Suami Ceraikan Isteri Culas Bayar Nafkah Anak Tetapi Bila Bekas Isteri Dah Kaya Dia Sanggup


The Reporter


Sudahlah tergamak menceraikan isterinya semata-mata untuk bersama perempuan lain, lelaki ini tergamak pula merampas tiga anak-anaknya dari jagaan bekas isteri dengan cara yang sangat keji. Malah dia tergamak membuat laporan palsu yang memfitnah bekas isterinya

Sedangkan selepas dia menceraikan isteri, lelaki ini sangat jarang datang berjumpa dengan anak-anaknya. Apatah lagi hal-hal berkaitan dengan nafkah juga culas. Namun bekas isterinya terus bangkit dan mencari kehidupan yang baik untuk menyara ketiga-tiga anaknya itu. 
Tetapi, permainan si lelaki durjana itu belum habis lagi. Dia sanggup memfitnah dan menyalahguna kuasa mahkamah untuk merampas tiga anaknya itu. Kini si ibu hanya berharap peguam ini dapat membantunya mendapatkan semula anak-anaknya itu. 
SEMASA masih berkahwin, bapa kadung tak balik ke rumah jenguk anak-anak. Seronok dengan kehidupan di luar rumah, ada makwe lain, join geng rider motosikal berkuasa tinggi. 
Kemudian lafaz cerai terhadap ibu kandung (anak guam saya) di luar mahkamah. Perceraian disahkan mahkamah syariah, hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak diberi kepada ibu. 
Semasa perbicaraan nafkah, bapa memaklumkan kepada mahkamah bahawa gajinya kecil, banyak komitmen bulanan. Dia kena tanggung isteri baru dan keluarga baru pula. Seboleh-bolehnya nak mohon bayar nafkah ciput saja untuk ketiga-tiga anak. Tak mampu katanya. 
Ibu bangkit mengutip semangat yang hilang, cuba membina kehidupan baru, berdikari di atas kaki sendiri sebagai ibu tunggal. Nafkah anak-anak culas dibayar bapa. Ibu terpaksa berhempas pulas memberi makan pakai untuk anak-anak. 
Selepas perceraian, ibu dapat tawaran bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Bukan calang-calang jawatan. Bukan mudah untuk melepasi requirement kerajaan Arab Saudi. Mungkin rezeki Allah untuknya dan anak-anak. 
Segala kemudahan diberi majikan, bukan sahaja untuk pekerja bahkan untuk ahli keluarga. 
Anak-anak didaftarkan bersekolah di international school di sana. Yurannya saja mencecah puluhan ribu bagi setiap anak. Ada pengasuh, ada pemandu, tinggal di vila. Pendek kata, kehidupan mereka selesa, selamat, terjamin, gembira dan bahagia di sana. 
Bila dapat tahu bekas isteri dan anak-anak tiada di Malaysia, bapa failkan permohonan baru ke mahkamah syariah untuk menukar perintah hadhanah (hak penjagaan anak-anak). Mungkin tiba-tiba bapa dah jadi kaya sekarang dan sudah mampu membela anak-anak. 
Walhal selepas perceraian, semasa ibu dan anak-anak berada di Malaysia, hak lawatan yang diberi oleh mahkamah tidak dimanfaatkan pun oleh bapa. Kata bapa nak datang jemput anak-anak, berhari-hari anak-anak tunggu tetapi bapa tak muncul-muncul. 
Nafkah juga selalu culas sehingga tunggakan nafkah anak-anak yang belum dibayar kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit. 
Bapa bertindak lebih lagi. Ego seorang lelaki bila mengetahui bekas isteri dan anak-anaknya sedang bahagia di luar negara. Kali ini bapa memohon mahkamah syariah mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga anaknya dibawa ke luar negara. Kononnya kerana risaukan keselamatan dan keberadaan anak-anaknya kerana tidak percaya bekas isteri dapat menjaga anak-anaknya dengan baik di tempat orang. 
Mahkamah Syariah keluarkan perintah sekatan keluar negara untuk anak-anak tanpa kehadiran ibu. Kononnya bapa telah serahkan saman kepada ibu, tetapi ibu enggan hadir. Walhal pada sepanjang masa, bapa sudah maklum yang ibu sedang tinggal dan bekerja di luar negara. 
Ibu sudah melantik peguam syarie di Malaysia, wakalah telah ditandatangani. Serahan saman permohonan injunksi sepatutnya boleh dibuat secara sempurna kepada peguam syarie yang mewakili ibu. 
Peguam syaire yang mewakili ibu tentu akan hadir semasa pendengaran permohonan injunksi, tetapi perkara ini tidak berlaku kerana bapa telah menyalahgunakan proses mahkamah. 
Oleh kerana mahkamah syariah telah mengeluarkan perintah, Jabatan Imigresen Malaysia perlu akur. Ketiga-tiga anak tersebut telah dihalang untuk mengikut ibu mereka pulang ke Riyadh pada 18 Ogos 2019 lalu. Mereka ditahan di KLIA dan tidak dibenarkan menaiki pesawat. 
Tiket penerbangan bertarikh 18 Ogos 2019 telah dibeli sejak Januari 2019. Bapa memperolehi perintah sekatan keluar negara ke atas anak-anak pada Mei 2019. 
Apabila perkara ini diketahui oleh ibu, ibu telah berusaha ke sana sini untuk menarik balik arahan keluar negara oleh Jabatan Imigresen, termasuk memanjangkan perkara ini kepada perhatian Menteri Dalam Negeri. 
Selepas insiden sedih tiga kanak-kanak disekat di KLIA pada 18 Ogos lalu, ego seorang lelaki masih tidak berpuas hati. Kali ini bapa membuat laporan polis bahawa ibu telah meninggalkan Malaysia tanpa membawa ketiga-tiga anaknya. Seolah-olah tindakan ibu ini sangat tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan anak-anaknya. 
Kini bapa memohon polis mencari anak-anaknya dan menghantar anak-anak tersebut kepada bapa. Kononnya bapa sangat bimbang akan nasib anak-anak yang ditinggalkan di Malaysia oleh ibu setelah ibu terbang pulang ke Arab Saudi. 
_______________________________________
Apa perasaan anda setelah membaca coretan saya ini? 
Gambar di bawah dihantar oleh anak guam saya, ibu kepada ketiga-tiga kanak-kanak tersebut. Hatinya begitu perut, jiwanya sangat lara. Anak-anaknya dirampas dari hidupnya dengan cara yang keji. 

Kata anak guam saya, dia perlu tenangkan hati dan mengadu kepada Allah. Minggu ini dia berkelana 700 kilometer dari Riyadh ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah. 
Tolong beritahu saya, mahkamah syariah boleh selesaikan masalah ini tak? Jika tidak, saya komited untuk bawa kes ini ke mahkamah sivil. 
Sumber: Asiah Abd Jalil

August 26, 2019 at 01:29PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/08/suami-ceraikan-isteri-culas-bayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Bayar Nafkah Bekas Isteri Ibu Tikam Kerat Anu Bekas Menantu

Gagal Bayar Nafkah Bekas Isteri Ibu Tikam Kerat Anu Bekas Menantu

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 326 hits
The ReporterSeorang wanita mengaku membunuh bekas menantunya dan mengerat kemaluan mangsa kerana gagal memberi nafkah kepada bekas isterinya selepas bercerai Anak perempuan suspek menghubungi polis selepas ibunya memaklumkan perbuatannya it...
Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 453 hits
Mak tolong jangan mati Itulah yang dikatakan seorang kanak kanak perempuan berusia 10 tahun sambil menangis teresak esak saat ibunya bertarung nyawa akibat ditikam oleh bekas suami Menurut seorang wanita Turkey berusia 38 tahun telah disera...
Jangan Salahkan Isteri Saja Bila Tak Dapat Anak Suami Pun Kena Periksa Jangan Ego

Jangan Salahkan Isteri Saja Bila Tak Dapat Anak Suami Pun Kena Periksa Jangan Ego

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 389 hits
Soal anak adalah satu perkara yang cukup sensitif dalam sesebuah rumah tangga Lambat dapat anak adalah menjadi perkara yang cukup sensitif untuk dibicarakan Hati boleh jadi kecewa dan marah bila sering diajukan soalan sebegini kerana jawapa...
Hutang Punya Pasal Isteri Tergamak Upah Hitman Bunuh Bakar Suami Dan Anak Tiri Dalam Kereta

Hutang Punya Pasal Isteri Tergamak Upah Hitman Bunuh Bakar Suami Dan Anak Tiri Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 458 hits
Dilaporkan dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta terbakar di Sukabumi Jawa Barat Indonesia pada Ahad lalu Penduduk tempatan yang terkejut melihat kejadian tersebut telah melaporkan kepada pihak polis Dipercayai penduduk juga melihat terda...
Suami Isteri Lari Tinggalkan Rumah Kerana Tidak Tahan Dengan Sikap Anak

Suami Isteri Lari Tinggalkan Rumah Kerana Tidak Tahan Dengan Sikap Anak

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 384 hits
Sayang anak tinggal tinggalkan mungkin ini pepatah yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri dari Besut ini Namun niat mereka meninggalkan anak bukanlah tindakan tidak berhati perut seperti disangka Akibat tidak tahan dengan sikap ...
Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 425 hits
Aulia Kesuma bisa dibilang adalah wanita yang cantik dan keibuan Akan tetapi di balik rupanya yang menawan ternyata ada jiwa yang sadis hingga tega membunuh orang bahkan menghilangkan nyawa orang terdekatnya Aulia Kesuma tega menghabisi sua...
Isteri Tak Mandi 3 Hari Sebab Suami Malas Nak Tolong Jaga Anak

Isteri Tak Mandi 3 Hari Sebab Suami Malas Nak Tolong Jaga Anak

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 378 hits
Seorang isteri meluahkan rasa kecewanya di media sosial mengenai suaminya yang malas membantunya menjaga anak anak sehingga dia tiada masa untuk membersihkan dirinya selama tiga hari Luahan yang dikongsikan di laman Reddit wanita itu menjel...
Setiap Hari Suami Selit Duit Nafkah Hujung Bulan Dapatlah Isteri Reward Diri

Setiap Hari Suami Selit Duit Nafkah Hujung Bulan Dapatlah Isteri Reward Diri

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 765 hits
Jadi tanggungjawab suami apabila berkahwin dan isteri bekerja tetap kena berikan nafkah walaupun isteri tak minta Jika selama ini seorang wanita ditanggung bapanya kini tanggungjawab itu beralih kepada suami Itu perkara asas perlu diketahui...
Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 325 hits
The ReporterSeorang lelaki di Daerah Meerut Uttar Pradesh mahu bercerai kerana isterinya hanya memberi dia makan ladu selepas wanita itu dinasihatkan oleh bomoh untuk berbuat demikian Menurut keterangan lelaki itu di mahkamah bomoh terbabit...
Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Why Malaysians Are Stuck With Religious And Racial Syndrome And How To Overcome This Conundrum

Bonding Time Dengan Anak Anak Masa Cuti Sekolah

Perak Mca Alcohol Sale Already Banned In Manjoi Beware Of Expansion

Bystander Apathy And What It Says About Us

Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

Drama Boleh Saya Bantu 2


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trending 4 Tahun Mesti Kena Pandai Baca Menulis Pakar Terapis Luah Rasa Bimbang

Melangkah Ke Usia 40 Wanita Ini Kongsi Perasaan Ramai Akan Faham

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Scammer Lagiiii Senang Betul Scammer Buat Duit

Shampoo Kelemumur Terbaik Untuk Rambut Bebas Gatal

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2025