Su Dewan Ulama Pas Lawat Kuil Kebaikan Atau Keburukan




Seorang pemimpin ulama kanan PAS secara berlapik membidas tindakan "ustaz" yang berkunjung ke rumah ibadah orang bukan Islam atas alasan mahu menunjukkan betapa toleransinya agama

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berkata sepatutnya isu sebegitu tidak timbul kerana seseorang ustaz sepatutnya tahu berkenaan isu tersebut dan tidak tersalah langkah

"Ustaz tak jumpa ke ayat-ayat Quran yang boleh jadi dalil bahawa Islam ini agama toleransi dan adil? Tak payah la gi (pergi) kuil ke, gereja ke, untuk buktikan Islam agama toleransi.
"Tafsir, usul fiqh dan qawaeidul fiqh ngaji (belajar) belaka. Tinggal lagi nak amal bila tu?
"Jangan layan semangat playsafe tak tentu hala begitu. Hayatilah surah al-Kafirun," tulisnya di media sosial hari ini.
Meskipun tidak menyebut secara jelas, kenyataan Mokhtar itu hadir ketika sesetengah pihak mempersoalkan kewajaran Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nushi Mahfodz, melawat sebuah kuil Hindu di Semenyih, Selangor pada 6 April lalu

Nushi yang juga Adun Semenyih memuat naik gambar lawatannya ke Kuil Arulmigu Dewi Sri Karumariamman Alayam atas alasan mahu menyantuni penganut Hindu di kawasan tersebut


Nampak ada hikmah
Kata Nushi, sebahagian besar masa lawatannya dihabiskan untuk berdialog dan mendengar sendiri harapan penganut Hindu terbabit serta perancangan pihak kuil untuk komuniti setempat

"Ia ruang yang amat penting untuk membina kefahaman dua hala, jauh daripada prejudis atau tanggapan luar," katanya.
Menurut Mokhtar, langkah seorang ustaz melawat rumah ibadah bukan Islam membawa mudarat yang lebih banyak berbanding manfaat kepada agama

"Mudaratnya kepada jamaah. Kalau pun ada manfaat itu hanya untuk ustaz je," katanya yang baru-baru ini memperoleh gelaran doktor falsafah dari sebuah universiti di Riau, Indonesia.
Untuk rekod lawatan dibuat Nushi itu turut dibela oleh seorang pemimpin kanan DAP, Syahredzan Johan

Kata Ahli Parlimen Bangi itu, langkah diambil Nushi memang sebahagian daripada tanggungjawab asas seorang wakil rakyat yang perlu mewakili semua kaum dan agama bagi kawasan yang diwakilinya

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff, turut mempertahankan Nushi kerana ia bersifat kunjungan muhibah dan tidak melibatkan sebarang ritual keagamaan

Sementara itu, Nushi dalam hantaran di Facebooknya hari ini mempertahankan tindakannya berkunjung ke kuil Hindu sebagai "satu hikmah"

Katanya, dalam suasana masyarakat yang majmuk di negara ini, ada ketikanya langkah diambil atas dasar hormat dan perpaduan boleh disalah erti

"Kehadiran saya ke kuil (di atas tanah RIB - rumah ibadah bukan Islam) baru-baru ini, walaupun tidak melibatkan sebarang ritual keagamaan, tetap menimbulkan kekeliruan sesetengah pihak.
"Namun di situlah saya melihat satu hikmah, ia membuka ruang untuk kita perjelaskan kembali batas-batas yang Islam tetapkan: bahawa kita boleh menghormati tanpa menggadai akidah, dan boleh meraikan kepelbagaian tanpa menjadi apologetik," tulisnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2025/04/su-dewan-ulama-pas-lawat-kuil-kebaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulama Pas Tegur Ustaz Tak Payah Laa Gi Kuil Ke Gereja Ke

Ulama Pas Tegur Ustaz Tak Payah Laa Gi Kuil Ke Gereja Ke

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 221 hits
Malaysiakini nbsp Seorang pemimpin ulama kanan PAS secara berlapik membidas tindakan ustaz yang berkunjung ke rumah ibadah orang bukan Islam atas alasan mahu menunjukkan betapa toleransinya agama Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokh...
Aktiviti Toqqi Lawat Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Dewan Masjid Putra Heights Ppim 03 04 2025

Aktiviti Toqqi Lawat Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Dewan Masjid Putra Heights Ppim 03 04 2025

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 295 hits
3 April 2025 Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi mengadakan lawatan ke Dewan Masjid Putra Heights untuk meninjau keadaan mangsa kebakaran paip gas serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang terjejas akibat insiden ini
Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 254 hits
Jabatan Agama Islam Selangor dalam satu kenyataan hari ini tampil memberi penjelasan berhubung isu aktiviti dan pembinaan di atas tanah warta kerajaan bagi mendirikan masjid yang tular pada Rabu Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkat...
Tanah Tapak Masjid Dijadikan Kuil Dah Kenapa

Tanah Tapak Masjid Dijadikan Kuil Dah Kenapa

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 278 hits
Tular isu berkaitan sebuah kuil yang dibangkitkan oleh Ketua Kampung dari AMANAH Dengkil Setelah mendapatkan maklumat yang lebih tepat berhubung perkara ini memang diakui bahawa kuil tersebut telah dibina secara tidak sah di atas tanah yang...
Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Ancaman Sang Ultras