Su Dap Temui Presiden Pkr Di Pejabat Pkr Bincang


 Menyertai hantaran tersebut ialah kapsyen dan tanda pagar #kawantetapkawan.
Jumpa Guan Eng, kawan tetap kawan kata Anwar

Di tengah-tengah kebuntuan mengenai calon perdana menteri mewakili Pakatan Harapan (PH) Plus, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menemui Anwar Ibrahim di pejabat presiden PKR itu di Petaling Jaya.

Pertemuan tersebut dinyatakan Anwar melalui hantaran di media sosial beliau petang ini.
“Terus bersama perkukuh muafakat,” kata Anwar.

Hubungan DAP dan Anwar menunjukkan tanda-tanda ketegangan setelah parti itu bertindak cenderung untuk menerima cadangan agar Dr Mahathir Mohamad, 95, sekali lagi menyandang jawatan perdana menteri.

Mengikut perancangan berkenaan, Anwar akan dilantik bergandingan dengan Mahathir menjadi timbalan perdana menteri dan akan menggantikan ahli parlimen Langkawi itu selepas enam bulan.

DAP dan Amanah berpendapat Mahathir mempunyai sokongan yang lebih kukuh daripada ahli parlimen blok Sabah dan Sarawak untuk merampas kembali Putrajaya selepas PH ditumbangkan melalui Langkah Sheraton baru-baru ini.

Bagaimanapun, PKR masih berkeras mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri. Bermesyuarat minggu depan.

Kebuntuan pemilihan tersebut semakin keruh setelah Mahathir mencadangkan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dikemukakan sebagai calon perdana menteri manakala Anwar dan Mukhriz Mahathir menjadi timbalannya.

Terdahulu, Malaysiakini memetik sumber PKR yang mendakwa bahawa parti itu turut menolak cadangan tersebut dan masih mahukan Anwar sebagai calon perdana menteri dan Mukhriz sebagai timbalan.

“Kami mahukan pilihan pertama (Anwar-Mukhriz). Kami tolak pilihan kedua (Mahathir-Anwar).
“Kami tidak pernah membicangkan hal itu dan tidak bercadang untuk membincangkannya,” kata sumber terbabit.

Sumber lain pula mendedahkan PH akan mengadakan mesyuarat majlis presiden minggu depan bagi membincangkan cadangan menaikkan Mohd Shafie.

DAP telah menggesa majlis presiden itu supaya berjumpa sebelum persidangan Dewan Rakyat, yang dijadual pada 13 Julai.

“Kami sedang mendapatkan tarikh untuk mesyuarat majlis presiden dalam minggu depan,” sumber dekat dengan sekretariat PH memberitahu Malaysiakini. Gambar fail

Persidangan Parlimen sesi akan datang dijangka panas dengan PAS membawa usul undi percaya buat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin – suatu langkah yang dianggap sesetengah pihak akhirnya berpotensi merugikan presiden Bersatu itu.

Ia terjadi di tengah-tengah spekulasi bahawa pembangkang akan berusaha untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan PN, yang memiliki majoriti tipis – tiga kerusi – di Dewan Rakyat.

Selain itu, Muhyiddin turut mengemukakan usul bagi menggantikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming. Ketua whip Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Fadillah Yusof dipetik Bernama sebagai berkata calon baru untuk jawatan speaker sudah dikenal pasti namun beliau enggan mendedahkan sebarang nama.

Antara nama yang disebut-sebut menggantikan bekas hakim kanan Mahkamah Rayuan itu ialah Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said.

Untuk rekod, ungkapan “kawan tetap kawan” biasanya mengingatkan aktivis dan pemerhati politik kepada Reformasi yang diketuai Anwar.

Gerakan itu mempopularkan slogan “lawan tetap lawan”. Mkini
(https://mykmu.net/2020/07/03/jumpa-guan-eng-kawan-tetap-kawan-kata-anwar/?utm)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/su-dap-temui-presiden-pkr-di-pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Dap Hormati Keputusan Pkr Tetapi Fakta Sebenar Tidak Perlu Disembunyi

Amanah Dap Hormati Keputusan Pkr Tetapi Fakta Sebenar Tidak Perlu Disembunyi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 556 hits
MALAYSIA DATELINE Parti Amanah Negara dan DAP menyarankan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung supaya merujuk kepada Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifudin Nasution sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung opsyen Perdana Menteri Dal...
Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 418 hits
Adun Sungai Acheh dari PKR Zulkifli Ibrahim berkata tindakan Amanah dan DAP menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu Dalam satu kenyataan di Facebook Zulkifli yang dispekulasi a...
Cina Pkr Bidas Cina Dap Siapa Belakangkan Semangat Ph

Cina Pkr Bidas Cina Dap Siapa Belakangkan Semangat Ph

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 343 hits
Seorang lagi pemimpin kanan PKR hari ini tampil menyanggah kenyataan dibuat dua parti dalam Pakatan Harapan mengenai calon perdana menteri dalam usaha pembangkang mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional Menurut Bendahari Agung...
Elok Mahathir Jadi Presiden Dap Najib

Elok Mahathir Jadi Presiden Dap Najib

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 450 hits
Najib Saran Jadikan Mahathir Presiden DAP Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menyindir DAP malah turut memberi saranan nakal kepada parti itu untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden DAP Ia susulan keputusan muktamad P...
Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 383 hits
Baru sahaja sebentar tadi PKR mengumumkan nama calon Perdana Menteri mereka iaitu Anwar Ibrahim dengan menolak Tun Mahathir tetapi lain pula yang jadi selepas rakan sekutu PKR iaitu AMANAH dan DAP dikatakan kekal menyokong Tun Dr Mahathir M...
You Weren T In The Meeting Dap Amanah Tell Pkr Treasurer

You Weren T In The Meeting Dap Amanah Tell Pkr Treasurer

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 2218 hits
DAP and Amanah have disputed PKR treasurer general Lee Chean Chung s conflicting chronology of Pakatan Harapan s first meeting to hash out who should become prime minister if the coalition regains power DAP organising secretary Anthony Loke...
Pan Pkr Dap Bila Nak Habis Sesi Tuduh Menuduh Calon Pm Korang

Pan Pkr Dap Bila Nak Habis Sesi Tuduh Menuduh Calon Pm Korang

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 484 hits
Parti Amanah Negara dan DAP menyarankan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung supaya merujuk kepada Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifudin Nasution sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung opsyen Perdana Menteri Dalam satu kenyataan ...
Calon Shafie Sebagai Pm Hanya Opsyen Akan Bincang Dalam Mesyuarat Ph Kata Dap Amanah

Calon Shafie Sebagai Pm Hanya Opsyen Akan Bincang Dalam Mesyuarat Ph Kata Dap Amanah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 414 hits
June 27 2020 7 51 PMDalam kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pertemuan pimpinan DAP dan Amanah sebelum ini dengan Dr Mahathir Mohamad merupakan pertemuan tidak rasmi PETALING JAYA Ca...
Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Coolblog Love At First Bite

Mendaki Bukit Keluang Di Besut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cencaru Goreng Pedas Ikut Resipi Ni Sambal Pasti Lebih Sedap

Monolog Seorang Aku Siri 3

Pm X Madafaka Kenapa Sampai Macam Ni

Pasaran Bebas Terkawal

Beralih Ke Bulan Julai Pula

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights