Cina Pkr Bidas Cina Dap Siapa Belakangkan Semangat Ph


 
Seorang lagi pemimpin kanan PKR hari ini tampil menyanggah kenyataan dibuat dua parti dalam Pakatan Harapan (PH) mengenai calon perdana menteri dalam usaha pembangkang mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN)

Menurut Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung, apa yang dinyatakan Saifuddin Nasution Ismail mengenai kronologi pencalonan untuk perdana menteri adalah sahih

Katanya jika ada yang bertanya mengenai minit mesyuarat mana yang sahih, apa yang didedahkan Saifuddin itulah jawabannya

Adun Semambu di Pahang itu menjelaskan mesyuarat PH pada 30 Mei lalu adalah untuk menentukan resolusi agar Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dicalonkan sebagai perdana menteri

"Tiada resolusi kedua atau opsyen kedua. Opsyen kedua hanya dicadangkan oleh Dr Mahatir Mohamad dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun namun ia tidak pernah dibawa ke mesyuarat PH selepas itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Isu calon perdana menteri menjadi penghalang kepada cubaan PH mengambil semula kerajaan pusat selepas gabungan itu diberikan mandat oleh pengundi sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) pada Mei dua tahun lalu

Kerajaan PH jatuh selepas Azmin Ali (ketika itu menjadi timbalan presiden PKR) membawa sejumlah anggota parlimen yang menyokongnya meninggalkan parti berkenaan, manakala Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, membawa parti terbabit keluar daripada gabungan

Norma asas mesyuarat
Mereka kemudian bekerjasama dengan Umno-BN dan PAS untuk membentuk PN. Ia kemudian mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Bagaimanapun GPS menegaskan mereka bukan sebahagian daripada PN

Pada masa sama PN ketika ini bukanlah sebuah entiti yang didaftarkan secara rasmi mengikut undang-undang negara ini

Kecuali Bersatu, tiada mana-mana parti dalam PN mendapat mandat untuk menjadi kerajaan berdasarkan keputusan PRU ke-14 lalu

PH dan kumpulan Mahathir kemudian menggerakkan usaha untuk mengambil alih kembali Putrajaya ketika Muhyiddin dilihat bertindak pantas cuba mengukuhkan sokongan melalui pelbagai pelantikan dalam kerajaan atau agensi berkaitan kerajaan

Kemelut calon perdana menteri PH Plus kini menjadi perdebatan dengan DAP dan Amanah berpendapat memilih gandingan Mahathir dan Anwar adalah langkah terbaik untuk mengambil semula Putrajaya

Bagaimanapun PKR secara rasmi menolak cadangan itu dan tekal untuk mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri. Namun ia dilihat bermasalah kerana sukar mendapat sokongan parti dari Sabah dan Sarawak

Pada 17 Jun lalu Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, meminta PKR menyatakan pendirian bagi memecah kebuntuan berhubung cubaan mengambil alih Putrajaya daripada PN

Kata Loke, dengan pilihan gandingan Mahathir - Anwar, DAP menyerahkan kepada presiden PKR berkenaan untuk membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak

Kata Lee bagi orang yang biasa dengan peraturan mesyuarat, sebarang keputusan PH sepatutnya dicapai dalam mesyuarat gabungan berkenaan sebelum ia boleh dibawa ke mesyuarat lain

Misalnya, kata beliau, mengadakan perbincangan bagi mendapatkan kelulusan dengan PH Plus

"Jika tidak boleh, ia perlu dibawa balik ke meja rundingan PH dan ini adalah norma asas mesyuarat

"Jika PH mengiktiraf opsyen kedua, kenapa Loke masih perlu memohon PKR untuk memaklumkan keputusan melalui paparan media?" katanya

Serah Anwar buat keputusan
Tambah Lee lagi, Mahathir bukan lah sebahagian daripada ahli komponen PH, justeru untuk menerima beliau sebagai calon perdana menteri gabungan terbabit perlu membuat keputusan untuk menerima seorang tokoh bebas dari luar

"Setelah fakta-fakta yang dinyatakan ini dipaparkan, persoalannya ialah: Siapa yang telah membelakangi semangat PH?" soalnya

Lee juga menyerakan kronologi mengenai perbincangan dan perkembangan isu calon perdana menteri PH Plus, iaitu:
30 Mei: PH mencapai resolusi bahawa Anwar menjadi calon perdana menteri. Tiada opsyen kedua

1 Jun: Wakil PH (Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Saifuddin Nasution Ismail) berjumpa Dr Mahathir Mohamad untuk memaklumkan resolusi tersebut. Mahathir tidak menolak (pendirian pertama)

9 Jun: Mesyuarat PH Plus memaklumkan sekali lagi bahawa Anwar merupakan calon perdana menteri yang diputuskan tetapi Mahathir dan Mohd Shafie Apdal (Presiden Warisan) mencadangkan agar Mahathir menjadi perdana menteri untuk enam bulan (pendirian kedua)

13 Jun: Mesyuarat kedua PH lus menegaskan pendirian bahawa Anwar ialah calon perdana menteri, Mahathir dan Mohd Shafie memilih Mahathir untuk menjawat jawatan itu selama setahun (pendirian ketiga). Amanah dan DAP menyerahkan hak untuk membuat keputusan kepada Anwar selepas kesepakatan gagal dicapai

17 Jun: DAP mendedahkan semua melalui media, tetapi Loke menyatakan PH akan move forward selepas PKR atau Anwar membuat keputusan

19 Jun: Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR membuat keputusan tidak mahu Mahathir menjadi perdana menteri dan menghargai sokongan komponen PH serta terus menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri. Namun, pada petang hari yang sama, Loke dan Khalid Samad (Pengarah Komunikasi Amanah) mengeluarkan kenyataan media meminta PKR menyokong opsyen kedua
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/cina-pkr-bidas-cina-dap-siapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pan Pkr Dap Bila Nak Habis Sesi Tuduh Menuduh Calon Pm Korang

Pan Pkr Dap Bila Nak Habis Sesi Tuduh Menuduh Calon Pm Korang

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 441 hits
Parti Amanah Negara dan DAP menyarankan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung supaya merujuk kepada Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifudin Nasution sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung opsyen Perdana Menteri Dalam satu kenyataan ...
Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 346 hits
Adun Sungai Acheh dari PKR Zulkifli Ibrahim berkata tindakan Amanah dan DAP menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu Dalam satu kenyataan di Facebook Zulkifli yang dispekulasi a...
Amanah Dap Hormati Keputusan Pkr Tetapi Fakta Sebenar Tidak Perlu Disembunyi

Amanah Dap Hormati Keputusan Pkr Tetapi Fakta Sebenar Tidak Perlu Disembunyi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 511 hits
MALAYSIA DATELINE Parti Amanah Negara dan DAP menyarankan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung supaya merujuk kepada Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifudin Nasution sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung opsyen Perdana Menteri Dal...
Adun Pkr Gesa Parti Keluar P Pinang Singkir Dap Amanah Dari Selangor N9

Adun Pkr Gesa Parti Keluar P Pinang Singkir Dap Amanah Dari Selangor N9

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 474 hits
on SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari PKR menyarankan agar parti itu keluar dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi maruah Beliu turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan mengeluarkan ADUN DAP dan ...
Dap Amanah Ni Tak Takut Kena Guling Guling Dengan Penyokong Pkr Ker

Dap Amanah Ni Tak Takut Kena Guling Guling Dengan Penyokong Pkr Ker

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 269 hits
Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan tidak adil bagi Anwar Ibrahim untuk dipaksa menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri PH plus selepas apa yang berlaku sebelum ini Nik Nazmi membangkitkan apa yang m...
As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 334 hits
DAP and Amanah urged allies in the so called Pakatan Plus grouping to reach a compromise today saying they were duty bound to regain control of the government from the unelected Perikatan Nasional In a joint press statement today Amanah pre...
Mahathir Pm Anwar Dpm Dap Urges Pkr To State Stand

Mahathir Pm Anwar Dpm Dap Urges Pkr To State Stand

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 332 hits
EXCLUSIVE DAP has revealed the cards with regard to the impasse in Pakatan Harapan Plus over who should be named as the prime minister candidate Party organising secretary Anthony Loke said in recent weeks the coalition and its allies had e...
Dr M Jadi Pm Anwar Timbalannya Dap Gesa Pkr Nyatakan Pendirian

Dr M Jadi Pm Anwar Timbalannya Dap Gesa Pkr Nyatakan Pendirian

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 278 hits
Diterbitkan Hari ini 8 02 pmEKSKLUSIF DAP hari ini mendedahkan perancangan berkenaan kebuntuan dalam PH plus dalam soal calon perdana menteri Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke beberapa minggu ini PH dan sekutunya telah meneroka...
Regardless Of Anwar Ibrahim S Decision Pkr Dap Amanah Must Stay United In Pakatan Harapan

Regardless Of Anwar Ibrahim S Decision Pkr Dap Amanah Must Stay United In Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 459 hits
We had written of allowing Mahathir Mohamad to again become a prime minister In a nutshell he cannot be trusted Anwar Ibrahim should be made the new Prime Minister not Mahathir Exactly why must Anwar be unfairly mistreated after all his sac...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash