Studio Jalan Ampas Dalam Kenangan


Tempat Menarik Di Singapura | Studio Jalan Ampas (Malay Film Production) Dalam Kenangan | Ada lagi satu tempat menarik yang kita tak patut tak tengok kerana jasanya memberikan hiburan kepada masyarakat 1940an-1960an malah sehingga generasi kini. Studio Jalan Ampas, satu alamat dalam industri perfileman suatu ketika dahulu yang pernah gemilang dengan bintang-bintang filem tershor seperti P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Nordin Ahmad, Ahmad Nisfu, Saloma, Zaiton, Norlia Ghani, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Pasti ramai yang masih ingat filem Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertua dan banyak lagi yang lekat dalam ingatan dialog-dialognya. Butang baju Melayu aku mana Pahhhh? hahahahah..

Jalan Ampas ialah sebatang jalan pendek sambungan kepada Balestier Road yang menghubungkan Seranggon dan Jalan Thompson. Namanya tidak berubah dan masih wujud mungkin atas alasan sama seperti Bahasa Melayu yang dikekalkan sebagai bahasa rasmi kerana nilai sejarah dua negara

Semasa lawatan sehari ke Singapura September tahun lepas kami minta pemandu bawa ke sini. Walaupun tahu studio ini telah ditutup sejak Jun 2017 kami tetap ingin bergambar walau dari luarnya. Kata orang dapat tengok bumbung pun jadilah. Bila dapat mengintai dari luar tu kan rasa gembira dan sedih. Gembira bila satu bangunan bersejarah yang kita biasa tengok dalam tv walau kita belum lahir lagi waktu, dalam filem-filem yang pernah ditonton, sekarang ada depan mata. Sedih kerana ia telah ditutup, tidak tahu apa perancangan masa depannya kerana dan ia telah menjadi hak persendirian. Sayang betul dibiarkan begitu saja. Kini studio ini 'dikepung' oleh apartment


Studio Malay Film Production di Jalan Ampas adalah permulaan filem di Malaya dan Singapura. Studio ini milik Shaw Brothers yang dikuasai dua beradik Run Run Shaw dan Run Me Shaw dari Hong Kong. Nama Jalan Ampas bersempena ladang tebu di kawasan itu dahulu. "Ampas" diambil dari hampas tebu

Studio filem ini dibina pada 1947 dibawah nama Malay Film Production yang membuka era kegemilangan industri perfilemena Melayu. Di kemuncak sinarnya antara tahun 1950-1960an, studio ini telah menghasilkan 160 buah filem. Waktu tu wayang adalah hiburan yang paling popular tak kira apa pun status kehidupan. Sesekali akan diadakan wayang pacak di kampung-kampung. Studio ini telah banyak membuka peluang pekerjaan sehingga ada yang berhijrah ke Singapura untuk bekerja di Studio Jalan Ampas. Popularnya ia sehingga Perdana Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman pun pernah melawat studio ini







Gambar-gambar di bawah adalah dari fb Edit Gambar Lama
Kita mungkin ingat lagi babak dalam satu filem yang menunjukkan Studio 8, "Oh, inilah Filem Stadio" dan babak bertemu dengan Singh;
"Tabik Tuan Singh.""Saya bukan Tuan, saya Jaga"

Hahahah... cite apa eh

Studio 8 adalah pejabat Shaw Brothers, P. Ramlee & Jamil Sulong. Di sebelahnya Stage A, tempat uji bakat, simpanan pakaian, mekap, memproses filem serta tempat simpanan gulungan (reel) filem

Studio 9 juga sebagai bilik, bilik menukar kostum dan pakaian pelakon

Studio 6 & 8 dan Stage D untuk produksi yang lebih besar seperti filem purbawara & kepahlawanan

Di luar kawasan studio di sekitar Jalan Ampas sendiri letaknya jambatan Madu Tiga dan perkampungan Boon Teck Road yang pernah menjadi kediaman artis-artis di waktu itu






Selepas menghasilkan lebih 160 filem, era emas perfileman Melayu kian jatuh yang dikatakan sebab filem luar dibawa masuk tanpa kawalan dan akhirnya studio ini ditutup pada 1967. Sebelumnya pada 1960 Shaw Studio telah bergabung dengan Merdeka Film Enterprise di Kuala Lumpur menubuhkan Merdeka Film Studio (kemudian dinamakan semula sebagai Merdeka Film Productions) dan memindahkan kerja perfileman Melayu ke lokasi baharu. Kini yang tinggal hanya empat blok di kawasan seluas kira-kira 0.4 hektar. Syarikat Shaw Studios yang menjadi kuasa besar perfileman Asia sekitar tahun 1930 hingga 1980 kini hanya tinggal kenangan


Bagaimana Nak Ke Studio Jalan Ampas Menggunakan Kenderaan Awam?
Jika solo aku akan menggunakan public transport je... seronok explore negara orang naik bas MRT jalan kaki, macam-macam kita nampak nanti. Kita start dari MRT Bugis lah ea sebab situkan tempat tumpuan pelancong.
Dari MRT Bugis turun di Outram Park (interchange section) - Punggol.
Dari stesen MRT Punggol naik bas no 142 turun di Toa Payoh Stadium. Dari siti jalan sikit ke kanan masuk taman, melintas expressway guna jejantas, merentas Whampoa River. Kemudian ikut jalan tepi longkang besar sehingga Jalan Ampas.














© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/06/studio-jalan-ampas-malay-film.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Cerita Ku Dan Kenangan Ku

Aku Cerita Ku Dan Kenangan Ku

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 166 hits
AKU CERITA KU DAN KENANGAN KU nbsp Sejak dua tiga hari ni aku dok selongkar blog Ada masa baca balik entri entri lama nak tengok apa yang sesuai amp tidak lagi untuk di publickan Almaklum la blog ni terlahir secara luar nikah kekekeke Bukan...
Beli Kenangan Coffee Percuma Purrfect Sticker

Beli Kenangan Coffee Percuma Purrfect Sticker

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 108 hits
Wahai pencinta kucing jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Purrfect Sticker secara PERCUMA untuk rangkaian minuman Purrfect bermula 21 Mei 2025 Beli salah satu minuman dalam rangkaian tu dapatlah sticker kucing meow yang comel comel Saya ...
Kenangan Zaman Awal Debut Byun Wooseok Menangis Teringat Detik Sebelum Popular

Kenangan Zaman Awal Debut Byun Wooseok Menangis Teringat Detik Sebelum Popular

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 95 hits
Saluran YouTube rasmi agensi VARO Entertainment iaitu VARO Playlist telah memuat naik video bertajuk Byun Woo seok Perkara yang Berlaku di Milan WooSeok Artikel Berkaitan Video tersebut memaparkan Byun Woo seok ketika berada di Milan Itali ...
Banyak Kenangan Berlegar Difikiran

Banyak Kenangan Berlegar Difikiran

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 103 hits
BANYAK KENANGAN BERLEGAR DIFIKIRAN Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ISTIGHFAR sambil geleng kepala Kalau kelapa mahu sudah pecah dihempas Geram punya pasal tengok perangai anak bulu yang entah bil...
Imbau Kenangan Ketika Membesar Nabil Ahmad Berniat Jadikan Rumah Keluarga Sebagai Madrasah

Imbau Kenangan Ketika Membesar Nabil Ahmad Berniat Jadikan Rumah Keluarga Sebagai Madrasah

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 74 hits
Pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad menyatakan hasratnya untuk menjadikan rumah kampungnya sebagai madrasah Menerusi TikTok Nabil telah berkongsi satu video menunjukkan keadaan terkini rumah keluarganya yang terletak di Mambau Negeri ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu