Strok Haba Tanda Gejala Kesan Cara Pencegahan Kkm


Terkini kita dikejutkan dengan tragedi sebuah keluarga yang telah kehilangan anak mereka disebabkan strok haba. Kami mengucapkan takziah atas kehilangan anak yang disayangi.
Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.
MET Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) suhu meningkat ke 35-37°C terutamanya di kawasan utara semenanjung. Sentiasa pantau FB Met Malaysia bagi melihat situasi semasa cuaca di Malaysia.
Ikuti seterusnya perkongsian tentang strok haba dalam artikel ini.
Apakah Itu Strok Haba? Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).
Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
Kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.
Kadar kejadian strok haba adalah berbeza bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk setempat. Risiko strok haba adalah tinggi apabila berada dalam keadaan suhu sekeliling melebihi 39.2°C.
Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain, berdasarkan laporan ‘World Health Organization’ (WHO) 2023, fenomena gelombang haba berterusan di Eropah pada pertengahan tahun 2022 telah menyebabkan lebih 20,000 kematian akibat strok haba.
“Di Malaysia pula, 200 kes penyakit berkaitan haba telah dilaporkan di mana 22 kes adalah strok haba. Oleh itu, tindakan aktif hendaklah diambil bagi mengelak kejadian penyakit berkaitan haba seperti strok haba.
“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah melaporkan bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan Julai 2023 selain turut melanda negara-negara Asia lain termasuk Thailand, Vietnam, China, India dan Bangladesh,” ujarnya.
Tanda / Gejala Strok Haba Orang awam perlu mengetahui tanda-tanda dan gejala strok haba agar tindakan segera dapat diambil.
Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah :
denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit), pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit), badan terasa panas dan kering, sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing, berasa mual, peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C), tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg) tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan. Langkah Pencegahan Orang awam juga perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu:
tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang, elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan, pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari, mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung, tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis Beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda awal penyakit berkaitan haba.
Golongan Berisiko Individu yang melakukan aktiviti atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang panas dikenal pasti berisiko tinggi seperti pekerja pembinaan, petani, pengawal keselamatan, polis, tentera, bomba, pengendali jentera berhaba, atlet dan aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan di bawah sinaran matahari terik.
Selain itu, beberapa golongan rentan juga dikenal pasti meningkatkan lagi risiko mendapat strok haba seperti warga emas, kanak-kanak dan individu dengan penyakit kronik.
Rawatan Rawatan di tempat kejadian :
Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin. Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk. Berikan udara segar, halakan  kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar. Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar. Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999. Rawatan di hospital :
Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran. Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan. Penyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan. Sumber: Public Health Malaysia Bahaya / Komplikasi Strok Haba Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius.
Berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh Bouchama et al. (2022), kesan jangka pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh mengakibatkan sel-sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting.
Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.
Sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada METMalaysia dan amaran kesihatan berkaitan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kurangkan atau elak daripada melakukan sebarang aktiviti luar mahupun bersenam ketika cuaca panas terik.
Sumber rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/strok-haba-heat-stroke/ https://www.kk.usm.my/…/1804-cuaca-panas-melampau-aw

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/strok-haba/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=strok-haba

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strok Haba Kkm Pantau Situasi Cuaca Panas

Strok Haba Kkm Pantau Situasi Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 179 hits
DENGAN satu kes kematian direkodkan akibat strok haba melibatkan kanak kanak berusia 11 tahun di Kelantan Kementerian Kesihatan kini sedang memantau perkembangan situasi cuaca panas di seluruh negara Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berk...
Strok Haba Ancam Nyawa Pastikan Anak Minum Air Yang Cukup Doktor Titipkan Pesanan Untuk Mak Ayah

Strok Haba Ancam Nyawa Pastikan Anak Minum Air Yang Cukup Doktor Titipkan Pesanan Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 381 hits
Dua kejadian yang tular melibatkan dua kanak kanak di negara kita mula membuka mata ramai Keadaan cuaca yang panas terik melampau yang melanda negara jangan dipandang ringan oleh mak ayah Ada baiknya memastikan agar anak minum air yang menc...
Berehatlah Anak Ibu Organ Dalaman Hangus Akibat Strok Haba Dehidrasi Ibu Reda Pemergian Anak Sulung

Berehatlah Anak Ibu Organ Dalaman Hangus Akibat Strok Haba Dehidrasi Ibu Reda Pemergian Anak Sulung

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 237 hits
Siapa menyangka Aidil Fitri kali ini menjadi sambutan terakhir seorang ibu bersama anak sulungnya yang disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi Anak kecil itu Muhamad Syamil Aqil yang berusia 11 tahun menghembuskan nafas ter...
Air Dalam Badan Kering Paru Paru Kecut Bayi 2 Tahun Meninggal Dunia Mangsa Strok Haba

Air Dalam Badan Kering Paru Paru Kecut Bayi 2 Tahun Meninggal Dunia Mangsa Strok Haba

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 180 hits
Selain kanak kanak berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat strok haba semalam seorang bayi yang baru sahaja berusia setahun tujuh bulan turut menjadi mangsa peralihan monsun ini Bayi kecil yang berasal dari Kampung Kota Kelantan itu di...
Anak Meninggal Pada Hari Raya Ke 4 Akibat Strok Haba Organ Dalaman Hangus

Anak Meninggal Pada Hari Raya Ke 4 Akibat Strok Haba Organ Dalaman Hangus

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 351 hits
Baru baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran cuaca panas di beberapa kawasan yang dijangka suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah celcius Kali ini cuaca panas berpanjangan telah terjadi pada bulan...
3 Langkah Kesan Awal Serangan Strok Di Rumah

3 Langkah Kesan Awal Serangan Strok Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 243 hits
Strok atau serangan angin ahmar adalah serangan yang menggerunkan Sekelip mata saja penyakit yang disebabkan oleh pembuluh darah di otak tiba tiba tersumbat atau pecah menyebabkan pesakitnya mengalami lumpuh koma malah hilang ingatan Oleh i...
Kanak Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba Air Dalam Badan Semua Kering

Kanak Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba Air Dalam Badan Semua Kering

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 1046 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota di sini meninggal dunia pada Selasa dipercayai kerana strok haba Menurut Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir anak tunggalnya itu Nur Imani mulai batuk sejak seminggu lalu ...
Jantung Buah Pinggang Aqil Dah Hangus Habis Ibu Sedih Anak Sulungnya Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Dehidrasi

Jantung Buah Pinggang Aqil Dah Hangus Habis Ibu Sedih Anak Sulungnya Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Dehidrasi

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 496 hits
The Reporter Baru baru ini pakar kesihatan menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong berikutan cuaca panas yang agak tinggi sejak kebelakangan ini Cuaca panas di atas 34 darjah celsi...
Lagi Kes Kanak Kanak Meninggal Akibat Strok Haba

Lagi Kes Kanak Kanak Meninggal Akibat Strok Haba

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 895 hits
KOTA BHARU Seorang kanak kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu dipercayai terkena strok haba Menurut laporan yang dipetik dari Astro Awani bapa kepada kanak kanak itu berka...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord