Berehatlah Anak Ibu Organ Dalaman Hangus Akibat Strok Haba Dehidrasi Ibu Reda Pemergian Anak Sulung


Siapa menyangka Aidil Fitri kali ini menjadi sambutan terakhir seorang ibu bersama anak sulungnya yang disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.
Anak kecil itu, Muhamad Syamil Aqil yang berusia 11 tahun menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi.

Walaupun payah untuk menerima hakikat kehilangan anak sulungnya itu namun dia akur dan reda dengan aturan Allah Yang Masa Esa. Melalui facebooknya, ibu ini, Wanie Alias, 32, sempat meluahkan rasa hiba dan berkongsi nasihat untuk semua ibu bapa.
“Semua sayang Abe Aqil. Sorang pym tak tinggal, semua pakat-pakat kebumi Abe Aqil. Ibu sebak sangat-sangat tengok kami.
“Kamu anak yang baik Aqil. Abe Aqil dah selamat pergi ke negeri abadi. Selamat berehat anak ibu, penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama abah ibu yang mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Semoga Abe tenang dan riang bersama kawan-kawan baru.

“Ibu tak kisah dah Abe nak main. Abe boleh main puas-puas doah. Ibu lepaskan Abe main puas-puas dengan kawan baru Abe di sana,” luahnya sebak.
Menceritakan detik hiba itu, kata Wanie anaknya sebelum itu iaitu pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua masih sihat dan aktif beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara.
Malah katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada hari raya ketiga.

“Saya sentiasa memantau keadaan anak pada setiap jam dan mendapati suhunya sekitar antara 37 hingga 38 darjah Celcius.
“Pada hari raya keempat selepas Subuh, saya lihat keadaan anak lemah sebelum mahu membawa anak ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap anak secara tiba-tiba diserang sawan.
“Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air. Namun, tekanan nadi anak tiba-tiba terhenti dan anak didapati pengsan,” katanya berkongsi melalui Facebooknya.
Malah akui ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, doktor berusaha melakukan yang terbaik apabila memberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Walaupun payah namun dia dan suami paksa reda panggilan Ilahi buat anak kesayangannya itu.

Bahkan kata ibu ini lagi, dia reda apabila diberitahu organ dalaman, jantung dan buah pinggang anaknya hangus malah kekurangan air dalam badan.
Beliau berkata, jenazah anaknya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati anaknya meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.
“Semua isi di dalam, jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering.
“Saya mahu ibu bapa mengambil iktibar dari cerita ini dan jangan bagi anak-anak main panas terik berikutan suhu masa ini sangat tinggi. Bagi anak minum air secukupnya,” pesannya.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di SINI
The post “Berehatlah Anak Ibu” Organ Dalaman Hangus Akibat Strok Haba & Dehidrasi, Ibu Reda Pemergian Anak Sulung! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berehatlah-anak-ibu-organ-dalaman-hangus-akibat-strok-haba-dehidrasi-ibu-reda-pemergian-anak-sulung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Meninggal Pada Hari Raya Ke 4 Akibat Strok Haba Organ Dalaman Hangus

Anak Meninggal Pada Hari Raya Ke 4 Akibat Strok Haba Organ Dalaman Hangus

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 350 hits
Baru baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran cuaca panas di beberapa kawasan yang dijangka suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah celcius Kali ini cuaca panas berpanjangan telah terjadi pada bulan...
Jantung Buah Pinggang Aqil Dah Hangus Habis Ibu Sedih Anak Sulungnya Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Dehidrasi

Jantung Buah Pinggang Aqil Dah Hangus Habis Ibu Sedih Anak Sulungnya Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Dehidrasi

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 496 hits
The Reporter Baru baru ini pakar kesihatan menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong berikutan cuaca panas yang agak tinggi sejak kebelakangan ini Cuaca panas di atas 34 darjah celsi...
Semua Organ Dalaman Jantung Anak Saya Hangus Wanie

Semua Organ Dalaman Jantung Anak Saya Hangus Wanie

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 290 hits
KOTA BHARU Seorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin Kanak kanak berkenaan Muhamad Syamil Aqil menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok jam 9 27 p...
Saya Izinkan Dia Pergi Kanak Kanak 12 Tahun Mangsa Terbaru Strok Haba Bapa Reda Tak Sanggup Tengok Anak Sakit

Saya Izinkan Dia Pergi Kanak Kanak 12 Tahun Mangsa Terbaru Strok Haba Bapa Reda Tak Sanggup Tengok Anak Sakit

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 219 hits
Selepas pemergian dua kanak kanak berusia 11 tahun dan dua tahun selepas sambutan Hari Raya lalu kini seorang lagi kanak kanak lelaki berusia 12 dari Kluang meninggal dunia pukul 7 pagi semalam selepas disyaki turut menjadi mangsa strok hab...
Lagi Kes Kanak Kanak Meninggal Akibat Strok Haba

Lagi Kes Kanak Kanak Meninggal Akibat Strok Haba

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 893 hits
KOTA BHARU Seorang kanak kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu dipercayai terkena strok haba Menurut laporan yang dipetik dari Astro Awani bapa kepada kanak kanak itu berka...
Strok Haba Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi Emosi Terganggu

Strok Haba Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi Emosi Terganggu

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 174 hits
KOTA BHARU Dua ibu yang kehilangan anak masing masing dan dikaitkan dengan strok haba di Kelantan baru baru ini meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu Yawaree Samoh 25 berkata ...
Strok Haba Ancam Nyawa Pastikan Anak Minum Air Yang Cukup Doktor Titipkan Pesanan Untuk Mak Ayah

Strok Haba Ancam Nyawa Pastikan Anak Minum Air Yang Cukup Doktor Titipkan Pesanan Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 381 hits
Dua kejadian yang tular melibatkan dua kanak kanak di negara kita mula membuka mata ramai Keadaan cuaca yang panas terik melampau yang melanda negara jangan dipandang ringan oleh mak ayah Ada baiknya memastikan agar anak minum air yang menc...
Kanak Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba Air Dalam Badan Semua Kering

Kanak Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba Air Dalam Badan Semua Kering

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 1045 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota di sini meninggal dunia pada Selasa dipercayai kerana strok haba Menurut Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir anak tunggalnya itu Nur Imani mulai batuk sejak seminggu lalu ...
Kalau Sakit Anak Boleh Berbalik Saya Sanggup Tanggung Anak 70 Peratus Melecur Ibu Serik Tengok Anak Meronta Sakit

Kalau Sakit Anak Boleh Berbalik Saya Sanggup Tanggung Anak 70 Peratus Melecur Ibu Serik Tengok Anak Meronta Sakit

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 186 hits
Malang tak berbau Siapa menyangka hasrat seorang ibu untuk menikmati ramen bertukar tragedi bila anaknya terkena air rendaman makanan segera itu Luluh hati seorang ibu bila mana menyaksikan kesakitan yang dilalui anak kecil itu yang baru be...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm