Strim Youtube Menggunakan Mpc Hc

YouTube seringkali dianggap hanyalah sebagai platform untuk menonton video-video pendek dan vlog.
Akan tetapi, jika anda tahu bagaimana hendak memanfaatkannya, YouTube boleh jadi satu sumber tontonan yang memuaskan, tanpa anda perlu membayar apa-apa yuran langganan.
Dengan menggunakan pemain video berprestasi tinggi, seperti Media Player Classic – Home Cinema atau pendeknya MPC-HC, anda boleh tonton video dari YouTube tanpa gangguan serta mempunyai kawalan video dari MPC-HC itu sendiri.
Ya, benar, jika guna VLC atau SMPlayer (SMPlayer adalah pemain media kegemaran saya untuk Linux), ianya adalah ‘effortless’. Ia berfungsi memainkan video dari YouTube secara out-of-the-box.
Tetapi di mana cabarannya tu?
Lagipun, sekarang saya lebih menggemari MPC-HC kerana prestasinya yang sangat bagus. Anda boleh lihat pada tangkap layar di bawah bagaimana ia beraksi memainkan video YouTube.

Jadi, apa yang diperlukan?
1. Aplikasi K-Lite Codec Pack
2. youtube-dl
3. Microsoft Visual C++ 2010 Redistributable Package (x86)
*Untuk anda yang masih tidak tahu, pembangunan MPC-HC telah dihentikan oleh pembangun asalnya. Namun salah seorang dari ‘penyumbang kod’ MPC-HC telah mengaktifkan kembali pembangunannya, dan setiap kemas kini disertakan dalam K-Lite Codec Pack.
Rujuk: Doom9’s Forum
Jika anda ingin tahu kenapa saya lebih memilih MPC-HC berbanding VLC, berikut adalah tangkap layar perbandingan antara keduanya. Di sebelah kiri adalah MPC-HC, manakala di sebelah kanannya pula adalah VLC. Contrast lebih baik, paparan tampak lebih ‘tajam’, dan secara keseluruhannya kualitinya lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan VLC.
Sumber gambar: ResetEra

Baiklah, setelah cukup semua yang diperlukan, apa pula perlu dibuat?
Mudah sahaja. Anda tempatkan youtube-dl.exe di mana-mana direktori. Paling mudah faham, letakkanlah ia dalam direktori MPC-HC sahaja. Rujuk paparan tangkap layar berikut untuk kefahaman.

Kemudian, klik pada File > Open File/URL.

Masukkan URL video YouTube yang anda ingin strim. Lihat tangkap layar supaya anda tahu di mana hendak masukkan ia. Klik pada butang OK bagi memainkan video tersebut.

Tunggu untuk seketika, dan youtube-dl akan dengan segera strim pautan tersebut melalui MPC-HC. Ya, ia semudah a,b,c.

Demikianlah caranya. Tidak susah dan ringkas sahaja. Tidak perlu lagi bergantung harap kepada VLC jika anda lebih sukakan MPC-HC.
Muat turun:
1. MPC-HC (K-Lite Codec Pack)
2. youtube-dl
3. Microsoft Visual C++ 2010 Redistributable Package (x86)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/strim-youtube-menggunakan-mpc-hc/