Strim Dalam Talian Tamatkan Riwayat Cakera Padat


Siva Selan Jualan berkurangan, pemilik kedai sudah tidak mampu hanya bergantung dengan jualan CD dan DVD.

Pengusaha kedai cakera padat menghadapi cabaran untuk tingkatkan jualan sepanjang pandemik ketika ramai orang memilih untuk strim filem kegemaran di internet. Cakera padat (CD/DVD) yang satu ketika pernah menjadi perniagaan yang sangat laris setiap kali album dan filem diterbitkan dalam versinya, kini sukar bersaing dengan perkhidmatan strim dalam talian dan mungkin akan menguburkan terus era CD dan DVD yang pernah gemilang sebagai raja medium hiburan di rumah.
Ramai pengusaha perniagaan cakera padat merasai sendiri cabaran ini namun kedatangan pandemik Covid-19 menggandakan lagi kesukaran yang dihadapi perniagaan mereka.
Ia adalah ekoran tumbuhnya perkhidmatan strim atas talian seperti Netflix, Spotify dan Apple Music menjadikan CD atau DVD tidak lagi menjadi pilihan kerana orang ramai terpaksa duduk di rumah.
Pengusaha kedai-kedai CD yang ditemui MalaysiaNow berkata mereka kini sudah menjadi perniagaan yang hanya menunggu ajalnya sahaja.
Seorang peniaga CD di Shah Alam sejak beberapa dekad lalu, Sivakkumar berkata ketika ini sedang merancang untuk memulakan perniagaan baru kerana permintaan terhadap CD dan DVD sudah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata perniagaannya terkesan teruk pertama kali ketika kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) enam tahun lalu.
“Waktu itu, jualan jatuh teruk,” kenangnya.
Kemudian, katanya, keadaan jadi semakin buruk selepas perkhidmatan strim atas talian mula mendapat momentum dan bahkan peminat tegar filem pun tidak lagi membeli CD.
Sivakkumar juga sukar menjana pendapatan daripada perniagaannya, namun ketika Covid-19, perniagaannya jadi lebih sukar mendapat jualan.
Sebelum pelaksanaan GST, jualannya boleh menjangkau RM1,000 ke RM1,500 setiap bulan. Namun ketika ini, jumlah RM100 sudah dianggap jumlah yang banyak dan harus disyukurinya.
Dia memberitahu MalaysiaNow bahawa dia dan rakan kongsi kini dalam proses menghabiskan semua stok yang tidak terjual dengan harga serendah RM5 untuk satu CD.
“Kadang-kadang kami kenakan bayaran lebih rendah kerana kami dah syukur sangat sebab orang masih lagi terfikir untuk beli CD ketika zaman digital mengambil alih tempatnya.”
Selain itu, katanya, kebanyakan produksi dari industri Bollywood dan Tamil turut menerbitkan filem mereka melalui perkhidmatan strim.
Hal itu menjadi masalah kerana pembikin filem dan artis tidak lagi menghasilkan CD dan DVD sedangkan kedainya menawarkan filem-filem dan album dari sana.
“Hanya filem-filem dan muzik Inggeris sahaja yang masih bikin CD, tapi kami sudah tak ambil lagi stok baru,” katanya.
Di Petaling Jaya pula, situasi itu juga tidak ada bezanya.
Wallace, seorang pemilik kedai CD, berkata jualan kedainya menurun sehingga 50%.
Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana perniagaannya dapat dikekalkan kerana turut menjual barangan lain seperti catan dan barangan perhiasan.
Namun, jualan CD di kedainya memang tidak dapat dinafikan semakin menjunam.
“Kami cuba jual CD dengan harga sebenarnya,” kata Wallace.
“Diskaun hanya diberikan jika pelanggan membeli dalam jumlah yang banyak.”
Menjual CD dan DVD filem-filem dari China, Wallace berkata dia memiliki beberapa orang pelanggan tetap daripada generasi lebih tua yang sering datang ke kedainya untuk mencari album-album lama.
Wallace bersetuju bahawa pelanggan muda lebih gemar memilih strim di atas talian daripada CD.
Perubahan tingkah laku pengguna ini mungkin dapat dilihat kemuncaknya selepas penutupan syarikat Speedy Video Distributors Sdn Bhd selepas 30 tahun dalam industri.
Rangkaian kedainya suatu ketika dulu pernah menjadi pilihan utama peminat muzik dan filem untuk membeli CD, DVD dan cakera padat Blu-ray.
Dengan cabaran pandemik Covid-19 ketika ini, langkah untuk menukar budaya perniagaan konvensional ke arah digital menjadi pilihan yang mungkin tidak dapat lagi dielak.
Semuanya demi melanjutkan jangka hayat perniagaan.
Namun, seperti yang diberitahu Sivakkumar kepada MalaysiaNow, langkah itu pun barangkali tidak lagi dapat menyelamatkan perniagaan CD dan DVD.
“Dunia sudah berubah..,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/strim-dalam-talian-tamatkan-riwayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Tamatkan

Di Tamatkan

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 183 hits
sebulan yang lalu aku cuba untuk duduk dalam hidup seseorang tapi aku gagal berlama lama aku memang tak pernah meletakkan apa apa apatah lagi rasa sebab tu aku minta dia sebagai seseorang yang aku bisa menganggap sebagai keluarga dan rasa s...
Elak Monopoli Dalam Industri Atas Khidmat Atas Talian

Elak Monopoli Dalam Industri Atas Khidmat Atas Talian

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 334 hits
Perkembangan baharu Revolusi Industri 4 0 yang menjalar ke Malaysia yang telah mewujudkan beberapa bidang pekerjaan baharu menggunakan platform perkhidmatan atas talian seperti Grab dan sebagainya memerlukan Akta Persaingan Ekonomi 2010 dim...
Yb Rara Tamatkan Zaman Janda Kini Sah Milik Edrin

Yb Rara Tamatkan Zaman Janda Kini Sah Milik Edrin

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 534 hits
Majlis akad nikah YB Rara bersama Edrin yang tular di media sosial hari ini AHLI Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman melangsungkan perkahwinannya hari ini dengan jejaka bernama Muhammad Edrin Nordin Pemimpin DAP itu yang serin...
Pkpd Di Taman Guru Akan Di Tamatkan Esok Berbanding Tarikh Di Jadualkan Pada 9 April

Pkpd Di Taman Guru Akan Di Tamatkan Esok Berbanding Tarikh Di Jadualkan Pada 9 April

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Taman Guru Kuantan Pahang akan ditamatkan esok berbanding tarikh yang dijadualkan pada 9 April ini Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan ujian sa...
Mi Kari Chinese Style Isi Padat Dan Padu Kuahnya

Mi Kari Chinese Style Isi Padat Dan Padu Kuahnya

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 259 hits
Siapa saja tidak menggemari mi kari Bila dihidangkan dengan kuih yang penuh dengan isi seperti ayam udang kerang dan sebagainya memanglah kenyang Rezeki anak anak malam ini mama masakkan hidangan istimewa untuk sekeluarga nikmati Mi Kari Ch...
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Padat Dan Menarik

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Padat Dan Menarik

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 1057 hits
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 10 Yang Menarik dan Padat ini adalah untuk kegunaan para guru dan murid murid untuk memudahkan proses mengingati fakta fakta dalam mata pelajaran Sejarah Nota yang dikongsikan terdiri daripada Bab 1 sehingga B...
Trwpay Diperkenalkan Di Kelantan Satu Lagi Platform Untuk Transaksi Pembayaran Atas Talian

Trwpay Diperkenalkan Di Kelantan Satu Lagi Platform Untuk Transaksi Pembayaran Atas Talian

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 274 hits
Pemilik kelab bola sepak Kelantan kini telah memperkenalkan platform pembayaran atas talian tersendiri dinamakan sebagai TRWpay Platform pembayaran atas talian ini diperkenalkan dengan fokus untuk memudahkan urusan pembelian tiket penstrima...
Jimat Masa Wang Dengan Belanja Barang Runcit Dalam Talian

Jimat Masa Wang Dengan Belanja Barang Runcit Dalam Talian

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 352 hits
Jimat Masa Wang dengan Belanja Barang Runcit Dalam Talian Kadang tu dah beli barang siap masuk troli bayar dan letak dalam bonet kereta eh boleh pula terlupa sesuatu Walaupun setiap pasar raya memberikan pengalaman yang lebih selesa dan men...
Berhati Hati Dalam Urusan Pembelian Barang Kemas Dalam Talian

Berhati Hati Dalam Urusan Pembelian Barang Kemas Dalam Talian

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 391 hits
Zaman sekarang ramai orang suka membeli barang secara online Bahkan barang kemas atau perhiasan juga boleh didapatkan di dalam talian Kita lihat sekarang ada banyak promosi barangan kemas di mana mana platform media sosial yang ada Barangan...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit