Stress Dan Akibatnya





Stress dan Akibatnya
Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. 

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Also See and Read This : READ MORE
Strictly For Blogger Only!!! : READ HERE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloghanz.blogspot.com/2016/01/kesihatan-stress-dan-akibatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adding Stress To A Stressful Situation

Adding Stress To A Stressful Situation

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 151 hits
The decision to ban goods with brand names that can cause public distress is itself distressing Last week PAS deputy president and environment and water minister Tuan Ibrahim Tuan Man announced that after the Timah whisky debacle names or b...
Pameran Foto Perang Dan Akibatnya

Pameran Foto Perang Dan Akibatnya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 99 hits
adalah sebuah pameran yang menjelajahi pengalaman perang dengan koleksi 400 foto buku majalah album serta perlengkapan kamera Foto foto ini baik yang sudah terkenal ataupun belum diambil oleh anggota militer pemotret komersial wartawan seni...
Stress

Stress

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 80 hits
Hadoi tetiba aku rasa takde semangat nak teruskan idup Macam2 benda kena pikir Ada kawan pun bukannya nak bagi semangat Hermm Serabut Rasa down gila Rasa cam tak layak ada kat muka bumi ni ARGHHHHH P S Sabaq atik istighfar banyak2 Berdoa ba...
Fakta Kesan Buruk Guna Laptop Tanpa Bateri

Fakta Kesan Buruk Guna Laptop Tanpa Bateri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 395 hits
Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan leptop sambil menge charge bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara ...
Stress Lol Janji Ditepati Edisi Rakyat

Stress Lol Janji Ditepati Edisi Rakyat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 110 hits
Sudah ada parodi Lagu Janji Ditepati untuk Merdeka 55 muncul di Youtube hujung minggu lalu Setakat ini video Youtube tersebut merima ribuan dislike dan komen yang ditinggalkan rakyat hampir 80 negatif Dibawah ialah sebuah video parodi Janji...
Main Permainan Online Plays Org Bantu Kurangkan Stress

Main Permainan Online Plays Org Bantu Kurangkan Stress

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 142 hits
Plays org Bantu Kurangkan StressSetiap hari bekerja di rumah menghadap komputer penat juga minda dibuatnya Lebih lebih lagi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID 19 melanda Nak keluar rumah untuk menghirup udara se...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free