Strategi Mengadakan Prn Untuk Umno Pastikan Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa


Langkah sengaja mengadakan pilihan raya negeri (PRN) yang bermula di Melaka adalah untuk UMNO memastikan Kluster Mahkamah kembali berkuasa dan menunjukkan mereka kembali berpengaruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata kumpulan dalam UMNO yang terpalit puluhan pertuduhan dan sudah dijatuhkan hukuman di mahkamah masih tidak berpuas hati walaupun kerajaan diterajui sebelum ini dijatuhkan dan masih meneruskan usaha mereka untuk kembali berkuasa sepenuhnya.

“Jadi tidak peliklah Kluster Mahkamah ini masih tidak berpuas hati. Mereka mahu PN tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan dan dengan itu kerajaan akan dikuasai sepenuhnya oleh parti UMNO yang dikuasai oleh kluster ini.

“Satu cara untuk kumpulan ini kembali berkuasa ialah dengan menumbangkan kerajaan-kerajaan negeri yang dibentuk melalui gabungan dengan PN supaya diadakan pilihan raya negeri.

“Apabila diadakan pilihan raya dan jika parti mereka menang, kepimpinan parti yang diterajui oleh Kluster Mahkamah akan dilihat semakin kuat dan berpengaruh,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.

Strategi mengadakan PRN sebenarnya bermula di Melaka dan bertambah yakin selepas meraih kemenangan besar walaupun faktanya hanya sekadar memperoleh 38.5 peratus undi popular dengan peratusan pengundi yang sangat rendah semasa PRN tersebut berlangsung.

“Strategi ini bermula selepas BN menang PRN Melaka. Mereka berasa cukup yakin bahawa rakyat telah kembali menyokong mereka walaupun BN hanya mendapat 38.5 peratus undi.

“Kerana itu kumpulan ini telah merancang pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor untuk diadakan Pilihan Raya Negeri Johor,” katanya lagi.

Jelasnya, langkah UMNO khususnya Kluster Mahkamah memilih negeri Johor untuk mengadakan PRN satu lagi kerana dengan anggapan ia merupakan kubu kuat mereka dan jika menang berkemungkinan akan mendesak supaya pilihan raya umum (PRU) pula diadakan selepas ini.

“Mereka memilih Johor kerana Johor dikatakan negeri kubu kuat UMNO. Jika parti mereka menang PRN Johor, mereka akan mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum pula dapat diadakan,” katanya lagi.

Apabila PRU diadakan, Ismail Sabri bukan lagi menjadi calon Perdana Menteri (PM) sebaliknya Presiden parti yang akan membuat ketetapan dan boleh memilih individu yang layak untuk diangkat bagi memegang jawatan nombor satu dalam negara, ia termasuk dirinya sendiri.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri tetapi yang menguasai UMNO adalah Presiden UMNO.

“Apabila Parlimen dibubarkan, yang berkuasa menentukan calon yang akan bertanding dan mengetuai parti dalam pilihan raya adalah Presiden, bukan Perdana Menteri.

“Jika parti mereka menang dalam pilihan raya, lazimnya yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri adalah Presiden parti,” katanya lagi.

Apabila strategi ini berjalan mengikut yang dirancangkan maka akan kembalilah Kluster Mahkamah berkuasa dan mereka akan mengambil kesempatan untuk terlepas daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika ini.

“Jika ini berlaku, maka lengkaplah perancangan Kluster Mahkamah. Mereka akan kembali berkuasa dan selesailah masalah mereka, na’uzubillah.

“Jadi siapa sebenarnya pengkhianat? Saya atau mereka?” katanya.

Muhyiddin berkata tidak ada pilihan bagi pengundi di Johor selain menunjukkan kuasa rakyat dan tidak membiarkan Kluster Mahkamah ini terus bermaharajarela dan yakin orang Johor bijak dalam membuat penilaian yang baik dan buruk sesebuah parti tersebut.

“Sebagai orang Johor, saya percaya pengundi di negeri Johor adalah bijaksana. Saya tidak fikir Bangsa Johor yang beradab, berhemah dan tinggi nilai moral dan agamanya rela membiarkan PRN Johor digunakan sebagai alat untuk Kluster Mahkamah dan kleptokrat kembali berkuasa.

“Hanya satu cara untuk mengalahkan Kluster Mahkamah iaitu dengan memastikan BN kalah dalam PRN Johor,” katanya lagi. - agendadaily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/strategi-mengadakan-prn-untuk-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 309 hits
freemalaysiatoday com February 11 2022 4 35 PMBekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata satu cara untuk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional pada PRN Johor PETALING JAYA Bekas Perdana ...
Pengesahan Mahiaddin Khabar Sedih Buat Kluster Mahkamah Umno

Pengesahan Mahiaddin Khabar Sedih Buat Kluster Mahkamah Umno

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 258 hits
SHAHBUDIN HUSINMahiaddin Md Yasin akhirnya mengesahkan bahawa Bersatu dan Perikatan Nasional tidak akan meninggalkan kerajaan atau menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Di sebalik cabaran berkali kali oleh Najib Raza...
Keh Keh Keh Jika Umno Kembali Berkuasa Evolusi Umno Ini Yang Akan Membawa Malapetaka Kepada Kita

Keh Keh Keh Jika Umno Kembali Berkuasa Evolusi Umno Ini Yang Akan Membawa Malapetaka Kepada Kita

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 261 hits
Jika Umno kembali berkuasa bukan kestabilan tetapi malapetaka kata penganalisis February 4 2022Penganalisis yakin jika Umno kembali berkuasa di negara ini ia akan membawa malapetaka besar kepada negara bukannya kestabilan dan kemajuan Kim Q...
Jika Umno Kembali Berkuasa Bukan Kestabilan Tetapi Malapetaka

Jika Umno Kembali Berkuasa Bukan Kestabilan Tetapi Malapetaka

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 312 hits
MALAYSIA DATELINEPenganalisis yakin jika Umno kembali berkuasa di negara ini ia akan membawa malapetaka besar kepada negara bukannya kestabilan dan kemajuan Kim Quek ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Khalid Nor...
Bukan Buang Imej Umno Kluster Mahkamah Tapi Buang Kluster Mahkamah

Bukan Buang Imej Umno Kluster Mahkamah Tapi Buang Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 305 hits
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mencabar UMNO untuk mengakui bahawa parti itu sedang diperkuda oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan peribadi mereka Menurutnya jika UMNO benar bena...
Sedarlah Kerja Buat Umno Kluster Mahkamah Vs Kluster Kayangan

Sedarlah Kerja Buat Umno Kluster Mahkamah Vs Kluster Kayangan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 272 hits
Satu Demi Satu Pilihanraya Negeri Dibuat Tidakkan anda sedar Ini adalah permainan catur kuasa hasil pertelagahan sesama mereka antara PN dan BN juga pertelagahan dalaman UMNO Kluster Mahkamah vs Kluster Kayangan Sedarlah Bangkitlah
Strategi Pembangkang Fokus Serang Pas Dan Bersatu Rela Umno Berkuasa

Strategi Pembangkang Fokus Serang Pas Dan Bersatu Rela Umno Berkuasa

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 314 hits
agendaily com1 2 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Berbanding serangan kepada UMNO kebiasaannya akan diserang parti pembangkang nampaknya berlainan sedikit kali ini apabila fokus kecaman lebih tertumpu kepada PA...
Rentasan 1063 Gagal Singkir Kluster Mahkamah Kini Bersatu Koyak Umn

Rentasan 1063 Gagal Singkir Kluster Mahkamah Kini Bersatu Koyak Umn

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 208 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10631 LANGKAH SHERATON PUNCA KETIDAKSTABILAN NEGARA 2 HENTI GANGGU MP DAN AKTIVIS PEMBANGKANG 3 SELEPAS TANGKAPAN APA KHABAR LCS 4 UMNO ASABIYYAH KATA HADI
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd