Strategi Kubu Kosong Anwar Ibrahim



Khalid Jaafar, Malaysiakini
Peminat “San Guo Yan Yik (Babad Tiga Negeri)” tentunya tahu strategi kubu kosong yang digunakan oleh Zhuge Liang. Begitu pintarnya strategi tersebut hinggakan kini ia menjadi sebutan. Antara pengkagumnya adalah Henry Kissinger dan ‘grand strategist’ tersebut menulisnya dalam karya bertajuk On China.
Dalam episod itu Zhuge Liang, kepala strategis dan Perdana Menteri Liu Bei, berada di sebuah kubu yang tidak mempunyai pertahanan sama sekali. Tiba-tiba muncul tentera musuh yang dikepalai oleh Sima Yi, strategis utama Cao Cao, datang untuk menangkap Zhuge Liang.
Melihat kubu tersebut lemah dan tiada tentera berkawal, tentera Sima Yi begitu ghairah untuk menyerang dan menawan kubu tersebut serta menangkap Zhuge Liang. Tetapi Sima Yi melihat kubu itu terlalu sunyi dan dia melihat Zhuge Liang sedang bermain zither tanpa rasa gentar sama sekali kepada tentera musuh yang hampir.
Sima Yi berkata pada jenderalnya: “Dengar muzik yang dialunkan Zhuge Liang. Amat tenang dan dalam seperti tasik yang tidak berkocak. Ini perangkap. Dia mempunyai ramai tentera yang bersembunyi dan akan membuat serangan hendap bila kita menyerang. Ayuh kita berundur.”
Sama ada sedar atau tidak, Anwar Ibrahim turut menggunakan strategi ini. Beliau menggunakannya berkali-kali pada hal strategi ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sebaik sahaja Sima Yi dan tenteranya berundur, Zhuge Liang bergegas bungkus dan lari ke kubu yang mempunyai pertahanan kuat.
Salah satu tugu Zhuge Liang Anwar menggunakan strategi kubu kosong selepas PRU12. “I have the number.” Itulah ayat keramat beliau. Maka gemparlah seluruh Malaysia dan ibu negara bagi negara-negara jiran. Anwar Ibrahim sedikit hari lagi akan jadi perdana menteri keenam. Nujum-nujum politik pun riuh kembali mentafsir teori RAHMAN. Sepatutnya perdana menteri keenam adalah orang yang namanya bermula dengan huruf N. Seorang nujum lain menjawab. Sebenarnya RAHMAN itu dieja dengan dua A. Maka ejaan sebenar adalah RAHMAAN. Nujum seorang lagi membantah. Ejaan asal itu betul. Huruf A terakhir boleh mewakili dua individu tafsirnya.
Tetapi strategi kubu kosong hanya boleh berkesan apabila perangkap itu tidak dapat dihidu sebagaimana Sima Yi gagal menghidunya kerana terpukau dengan ketenangan Zhuge Liang dan petikan zithernya.
Perdana-perdana menteri mengikut teori RAHMAN Ahli-Ahli parlimen Umno pasca PRU12 yang beliau undang untuk melompat menyeberang ke PKR mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka ternanti-nanti ‘parliamentary coup’, undi tidak percaya yang akan membawa beliau ke Putrajaya atau Istana Negara akan membuka pintu untuk Anwar mempersembahkan akuan berkanun (SD) dukungan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Ayat keramat ‘I have the numbers’
Akhirnya temberang Anwar terbongkar, dia tidak mempunyai jumlah sokongan seperti yang beliau sebutkan. Maka BN kekal memerintah sehingga ditumbangkan dalam PR14 oleh Pakatan Harapan yang dipimpin oleh strategis yang lebih cemerlang iaitu Dr Mahathir Mohamad.
Baru-baru ini, Anwar sekali lagi mengulangi ayat keramatnya: “I have the numbers”. Begitu kerap beliau mengulanginya, diulangi dengan keyakinan seperti yang ditampilkan oleh Zhuge Liang yang berdepan tentera Sima Yi, sehingga ada wartawan asing yang naif mempercayai gelebong tersebut. Jawapan saya mudah sahaja. Betul Anwar ada jumlah, tetapi jumlah tersebut diperolehi melalui kiraan yang menggunakan ‘fuzzy math’.
Anwar meratib-ratibkan “I have the number” untuk mencipta persepsi bahawa dia boleh jadi perdana menteri pada bila-bila masa yang dia mahukan dan keberadaan Dr Mahathir di kerusi perdana adalah dengan ihsannya. Pada masa yang sama, juak-juak Anwar pula membuat kenyataan menuntut tarikh peralihan kuasa tersebut ditetap.
Anwar dan pemimpin PKR dalam pemukiman di Port Dickson Hakikatnya adalah jumlah sebenar, majoriti selesa, adalah di tangan Dr Mahathir. Dukungan kepada perdana menteri yang bipartisan sifatnya telah menjana kestabilan politik dan membolehkan beliau dan kiabinetnya memberikan tumpuan kepada menangani masalah rakyat dan ekonomi negara.
Namun, Anwar tidak gemar kepada kestabilan dan ketenteraman ini. Kaca TV dan dada akhbar akan dipenuhi dengan wajah Dr Mahathir dan menteri-menteri kabinet yang menjalankan tugas masing-masing. Bahkan isterinya, Wan Azizah lebih kerap muncul di TV dan mendapat laporan media kerana menyandang jawatan timbalan perdana menteri.
Anwar terpinggir dari arus perdana pemberitaan. Maka beliau ciptakan kempen peralihan kuasa dan citra perdana menteri kelapan. Rakyat diheret ke dalam kontroversi tentang apa yang boleh diuruskan secara teratur dalam Pakatan Harapan.
Mencipta kekalutan memang ‘forte’ Anwar Ibrahim. Mengulas kekacauan agung yang dicipta Anwar dalam tahun 1998 adalah terlalu panjang, lebih panjang dari kisah 1,001 malam yang dipintal oleh Shahrazad.
Namun lihat sahaja apa yang berlaku dalam PKR. Sebelum ini, ketidakpuasan pimpinan di semua peringkat terhadap kepimpinan Wan Azizah memang sentiasa ada. Namun rasa hormat dan sayang kepada Kak Wan lebih besar makna dan ertinya buat anggota PKR.
Gambar bertemu PM
Tetapi lihat sahaja apa yang berlaku dalam PKR tidak sampai setahun Anwar mengambil alih jawatan presiden. Beliau tidak berlaku adil semasa pemilihan baru-baru ini. Dan apabila pasukan yang beliau sokong bermati-matian kalah, maka beliau tidak berlaku adil kepada yang menang.
Berkali-kali Anwar ingin menyekat kemaraan politik seorang yang pernah bergelar setiausahanya dan dalam pemilihan yang lalu, riwayat politiknya mahu dibunuh. Namun, keterampilan dan wibawa politik Azmin telah sekali lagi membawa beliau melepasi segala sekatan tersebut.
Kini hampir setiap minggu Anwar menularkan gambarnya bertemu perdana menteri. Asal bertemu pasti bergambar. Entah ke mana panglima-panglima politik Anwar hari ini sehingga Anwar sendiri terpaksa membangkitkan persoalan peralihan kuasa, yang kemudian Anwar sendiri akan menjawabnya.
Salah satu pertemuan Anwar dan Mahathir Maka, persoalan paling agung di hadapan rakyat Malaysia pada hari ini, apakah Anwar sebagai sebagai orang yang gemar kepada ketidakstabilan, sendiri mencipta kacau bilau dalam parti dan dilihat tidak dapat berlaku adil kepada semua ahli parti berupaya untuk mempertahankan kestabilan dan ketenteraman negara serta memberi keadilan kepada semua?
Akan tetapi sudah ada janji. Janji mesti ditepati. Tetapi adakah dengan menepati janji tersebut akan menepati keadilan? Ini yang perlu direnungi dan dimuhasabahkan oleh rakyat Malaysia khususnya ahli dan pemimpin parti politik yang mengambil ‘Keadilan’ sebagai namanya. Saya yakin, Plato boleh memberikan pencerahan.
Karya Plato yang paling terkenal adalah Politeia yang sering diterjemahkan sebagai Republik. Tetapi inti buku tersebut membicarakan keadilan politik. Dalam hampir kesemua dialognya Plato menggunakan watak gurunya Sokrates sebagai pengungkap gagasan dan persoalan. Dalam Republik, Plato meletakkan Sokrates dalam satu perdebatan untuk mencari makna keadilan dengan sekumpulan anak muda.
Sokrates menanyakan pada anak-anak muda, “Bercakap tentang perkara ini, keadilan, adakah kita akan menegaskan tanpa sebarang pengecualian, ia adalah bercakap benar, memulangkan apa yang dipinjam, atau tindakan ini sebenarnya kadang-kadang adil dan kadang-kadang tidak adil?”
Maksud saya, sebagai contoh, jika ada seseorang yang meminjam senjata dari seorang kawan ketika ia siuman dan kemudian orang yang meminjamkan senjata tersebut jatuh gila dan meminta kembali senjatanya. Dalam keadaan begitu, kita tidak sepatutnya memulangkan senjatanya (mengikut perjanjian), dan kalau kita memulangkannya, kita sebenarnya tidak akan berlaku adil.”
Rakyat Malaysia memerlukan keadilan.
Kita renungkanlah!
KHALID JAAFAR ialah penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/07/24/strategi-kubu-kosong-anwar-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Suruh Anwar Ibrahim Cermin Muka Dahulu

Azmin Ali Suruh Anwar Ibrahim Cermin Muka Dahulu

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 921 hits
Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tiada keretakan dalaman dalam PKR namun kenyataan terbaharu Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggambarkan sebaliknya Ketika ditanya mengenai gesaan Anwar supaya Mohamed Azmin berundur seki...
Apakah Polis Akan Menahan Anwar Ibrahim

Apakah Polis Akan Menahan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 330 hits
Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari mendakwa dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali itu kini semakin jelas ketika siasatan hampir selesai Akhirnya sekarang makin hari mak...
Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 388 hits
Selain daripada menanti dan mengetahui siapakah individu yang menyebarkan video terbabit rakyat juga ingin mengetahui kesahihan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan bersama Datuk Seri Mohamad Azmin Ali kata Datuk Seri Anwar ...
Anwar Ibrahim Ni Tengah Mabuk Ke

Anwar Ibrahim Ni Tengah Mabuk Ke

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 293 hits
Anwar tahu kalau dia hanya bergantung kepada sokongan orang Cina sahaja dan tanpa sokongan orang Melayu Anwar tidak akan kemana Anwar akan sentiasa menjadi bakal perdana menteri sampai bila bila Sebab itulah Anwar mati mati memerlukan Umno ...
Time To Give Anwar Ibrahim Some Credit

Time To Give Anwar Ibrahim Some Credit

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 293 hits
I am writing this to support Anwar Ibrahim even though I am no big fan of his A year of Pakatan Harapan s rule has made me no fan of any politician any more I am writing purely from a fairness point of view For some reason we always love to...
Cari Siapa Warden Penjara Yang Pukul Wan Ji Anwar Ibrahim

Cari Siapa Warden Penjara Yang Pukul Wan Ji Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 382 hits
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin mendakwa dipukul seorang warden bertopeng ketika ditahan di Penjara Kajang selama 3 hari selepas mahkamah menolak rayuannya terhadap sabitan bersalah menghina Sultan Selangor pada Selasa lalu Saya cakap juj...
Bergambar Senaman Pagi Bersama Anwar Ibrahim

Bergambar Senaman Pagi Bersama Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 286 hits
Pagi tadi meluangkan masa untuk sesi senaman pagi bersama pimpinan sebagai sebahagian dari retreat KEADILAN di Port Dickson
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025