Strategi Baru Gugat Ph Desak Mahathir Anwar Berundur



Raja Gelap
Tadi aku scroll di Twitter, terjumpa video Syed Saddiq. Aku tak tengok penuh sebab berasa mual. Antara yang dia sebutkan, “kita dulu jatuh sebab bergaduh, bergaduh sebab jawatan. Orang yang sama, sampai hari ini, sudah tiada jawatan pun masih bergaduh…”
Itu yang aku mual. Bercakap macmalah dia betul sangat. Tapi aku nak beritahu, tiada pergaduhan pun masa PH memerintah. DS Anwar tak pernah desak Mahathir letak jawatan. Mahathir saja yang rasa tertekan sebab dah mula rasa terikat dengan janji.
Ok, tapi bukan itu yang aku nak ulas.
Aku mula nampak satu trend dalam kumpulan pembenci DS Anwar ini. Nampaknya mereka sudah tukar taktik apabila taktik pertama mereka iaitu mengangkat Mahathir sebagai wira negara dan mangsa pengkhianatan Muhyiddi ternyata gagal.
Kemudian mereka cuba burukkan DS Anwar dengan menuduh DS Anwar sebagai gila kuasa. Sesetengah pihak pergi lebih ekstrem hingga menyebut kes liwat dahulu walaupun puas dijelaskan bagaimana terangnya kes itu suatu fitnah.
Tapi kebanyakan mereka orang muda. Sewaktu perbicaraan Liwat 1.0 mereka masih budak hingusan. Sebab itu mereka tak tahu kisah sebenar. Cuma masalahnya bila kita beritahu, mereka bodoh sombong, tak mahu dengar penjelasan.
Kini nampaknya mereka mula tukar strategi apabila kedua cara sebelum ini gagal. Apa dia? Mereka mula meminta kedua-dua DS Anwar dan Mahathir berundur. Dan aku rasa cara ini lebih berkesan dari 2 taktik sebelumnya. Macam ada sambutan.
Mereka sedar memburukkan DS Anwar dan mengangkat Mahathir takkan berjaya. Kini mereka mula meracun fikiran rakyat supaya menolak kedua dua pemimpin ini. Dengan cara ini mereka nampak seperti neutral dan lebih mudah diterima.
Tapi… Aku tak percaya mereka. Kenapa?
Sebab persoalannya, siapa tokoh yang mahu diangkat sebagai pempimpin sekiranya betul DS Anwar berundur dari arena politik? Siapa?
Shafie Apdal? Pegang Sabah pun tak ke mana. Mukhriz? Kalaulah Mukhriz itu bukan berbinkan Mahathir, dia bukan siapa-siapa dalam politik Malaysia. Hanya melukut di tepi gantang.
Rafizi? Nurul Izzah? Saifuddin Nasution? Mereka ini bagi aku berbakat tapi belum cukup masak. Terutama Rafizi dan Izzah yang merajuk. Nak jadi ketua tak bolehlah merajuk. Tapi mereka masih muda. Mereka bakal pemimpin masa depan tapi bukan sekarang. Mereka perlu diuji dengan lebih keras.
Habis tu siapa? Mat Sabu? Salahuddin Ayub? Khalid Samad? Adoi… Janganlah buat aku ketawa. Aku akui mereka pemimpin politik yang hebat tetapi untuk pimpin negara, mereka bukan orangnya. Jenis yang tak faham sentimen rakyat, nak pimpin negara bagaimana?
Jadi?
Mahu tak mahu, masa itu mereka ini akan kata kita jemput semula Mahathir untuk jadi mentor orang orang muda ini. Sekejap sahaja. Bila yang muda dah sedia, Mahathir boleh undur diri. Percaya tak kalau aku kata itu rancangan sebenar mereka?
Maka sebab itu jangan terima idea menolak kedua dua pemimpin ini. Itu hanya satu dari helah mereka untuk menyingkirkan DS Anwar. Bukan Mahathir tak pernah guna helah ini dahulu. Konon nak bersara tapi konon ‘diseru semula’ untuk kembali aktif.
Ceritanya mudah. Yang perlu bersara dari politik hanya Mahathir. Tak perlu libatkan DS Anwar. Dan ketika PH berkuasa, DS Anwar tak pernah ganggu pentadbiran Mahathir. Sampaikan Mahathir nak habis satu penggal pun DS Anwar terima.
Yang bersalah, yang berdosa kepada rakyat, yang menipu, yang gila kuasa dan yang mengkhianat hanyalah Mahathir. Maka Mahathirlah yang wajib berundur dari politik Malaysia. Kerana dia seorang sahaja sudah cukup untuk rosakkan segalanya.
Jangan terpedaya dengan permainan licik mereka. Tetapkan pendirian. Kita berdiri teguh di belakang DS Anwar Ibrahim dan menyokong penuh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31214

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Does Not Need Mahathir To Win Ge15 Says Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan Does Not Need Mahathir To Win Ge15 Says Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 291 hits
Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is confident of Pakatan Harapan s chances of winning the next general election even without the support of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad He said this in response to Dr Mahathir s re...
Mahathir Cabar Anwar Ketepikan Saya Dari Pembangkang Bersedialah Untuk Hilang Undi Melayu

Mahathir Cabar Anwar Ketepikan Saya Dari Pembangkang Bersedialah Untuk Hilang Undi Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 225 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersa...
2021 Moga Tamatlah Konflik Panjang Mahathir Anwar

2021 Moga Tamatlah Konflik Panjang Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 257 hits
SEKIRANYA rakyat menoleh semula kepada sejarah konflik antara Anwar Mahathir sememangnya sukar untuk menyingkap lakonan lakonan kedua tokoh ini di atas pentas yang kelihatan berseloroh dan berjenaka antara satu sama lain Beberapa hari kemud...
Mahathir Jangan Serang Anwar Tumpu Grand Coalition

Mahathir Jangan Serang Anwar Tumpu Grand Coalition

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 242 hits
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN Pemuda AMANAH ingin menegur sikap Tun Mahathir yang berkali kali menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sekadar mengeruhkan keadaan Merealisasikan grand coalition memerlukan kesepakatan semua pembangkang dan...
Anwar S Influence Not Mahathir Attracted Malay Voters In Ge14

Anwar S Influence Not Mahathir Attracted Malay Voters In Ge14

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 228 hits
Pakatan Harapan s increased Malay support in the 14th general election had nothing to do with Dr Mahathir Mohamad s influence said Pasir Gudang MP Hassan Karim The PKR lawmaker rubbished the former premier s claims that Harapan may not be a...
Amanah Selar Mahathir Berhenti Serang Anwar

Amanah Selar Mahathir Berhenti Serang Anwar

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 195 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohammad diminta berhenti mengkritik mahupun menyerang Presiden PKR Anwar Ibrahim Permintaan itu disuarakan Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin susulan kenyataan Mahathir semalam yang antaranya yan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran