Story Mory Cikgu Buku Teks Di Sekolah


As Salam,Kisah Cikgu Buku Teks Sekolah Yang Tak Viral-Masa kali pertama saya diminta dan dicadangkan mengambil alih pengurusan Buku Teks di sekolah, ketika itu saya baru sahaja 5 bulan berada di sekolah ini.Saya memohon pertukaran ke Negeri Sembilan kerana mahu berpindah ke rumah baru yang sudah boleh didiami.Rupanya aturan Allah itu memang tidak pernah tidak baik untuk kita.Masa saya diminta mengambil alih tanggungjawab tersebut, guru yang bakal bersara itu berkata kepada saya begini :
Siapa yang sanggup ambil tugas ni Sham? Semua cikgu lain tak nak.Akak harap Sham boleh uruskan dengan baik, akak akan bantu sham.Gambaran biasa tatkala hujung tahun, time cuti sekolah, cikgu-cikgu SPBT akan bertungkus lumus menyiapkan urusan memproses buku-buku teks yang dihantar oleh pembekal buku.Saya pula sangat bertuah kerana dibantu oleh anak-anak kecil Pengawas SPBT yang sangat rajin, dedikasi dan komited dalam membantu saya

Antara aktiviti pengawas SPBT, membantu saya membuat agihan buku, mengecop buku dan mengasingkan buku mengikut tahun dan aliran

Saya sangat hargai pengorbanan pengawas-pengawas SPBT sekolah yang komited menjalankan tugas walau sedang bercuti sekolah pada cuti hujung tahun.
Ini cerita setahun yang lalu.Saya ambil yang positif sahaja.Saya memang tiada pengalaman langsung dalam hal-hal pengurusan buku teks.Tambah menyesakkan dada ketika itu, sejak posting, saya juga bukanlah guru kelas yang biasanya hujung tahun sibuk membantu guru SPBT menguruskan buku teks murid. Saya mula uruskan buku teks di sekolah dengan bantuan guru yang bersara, selebihnya saya pandai-pandai sendiri.haha.
Rutin biasa pengawas SPBT tatkala menerima buku baru, mereka sedang menulis nombor perolehan pada buku teks yang baru sampai di sekolah.

Sistem agihan tugas yang sudah sebati bagi pengawas-pengawas SPBT. Mereka dibimbing dengan sistem agihan tugas sehingga boleh bertugas dengan pengawasan minima daripada saya:)
Time flies.Kini tahun kedua, saya sudah faham dan follow procedure yang sepatutnya saya buat sebagai seorang Guru Buku Teks di sekolah.Rupanya Allah nak bagi saya pengalaman, ilmu dan pengetahuan baru di sekolah baru:) Thanks to God, Saya manage segala masalah atau cabaran yang datang sebagai guru SPBT sekolah yang mungkin hanya kami-kami yang berada di dalamnya sahaja yang tahu.Bukan tidak gembira tapi anda juga harus tahu, tidak mudah untuk uruskan buku teks yang secara zahirnya nampak seperti bermusim, namun hakikatnya it is a lots work to do.

 Buku teks dan aktiviti murid disusun dalam bentuk set lengkap bagi memudahkan urusan agihan kepada murid-murid

 Saya akur, tak akan mampu buat semua ini sendirian jika tanpa kerjasama dan bantuan pengawas-pengawas spbt saya

Buku-buku teks yang sudah diikat kemas bagi tujuan agihan kepada murid-murid bagi sesi persekolahan tahun 2019

Paling merisaukan semua guru SPBT pastinya jika mendapati bilangan buku yang tidak mencukupi.Prosedur bagi mendapatkan bilangan guru yang tidak mencukupi ialah dengan mendapatkan lebihan buku yang terdapat di Bilik Boss Daerah (BOSSD) atau mendapatkan buku dari sekolah yang berhampiran.Cabarannya pula ialah, bukan semua sekolah mempunyai masalah kekurangan buku atau lebihan buku seperti yang kita harapkan.

longgokan borang SAP dari pembekal buku yang helaiannya lebih kurang sama banyak dengan bilangan order buku, yang pastinya boleh buat penyelaras SPBT kena sign dan cop setiap helaian sampai lebam.hahaha

Bagi ibu bapa yang hanya tahu "buku anaknya mesti lengkap dan cukup" akan bertanya kita bertubi-tubi, bila buku ganti akan dapat? atau bila buku akan lengkap? Selalunya saya terus terang je dan beritahu stok buku berkenaan tiada dalam bilik BOSS, jadi kena sabar dan tunggu sehingga saya mendapatkan tambahan buku atau ganti buku.

Ada juga ibu bapa yang sangat memahami dan bertanya dengan baik.Ramai juga ibu bapa yang memberi sokongan dengan memastikan buku teks anak berbalut kemas, bertulis nama dan dijaga dengan baik sepanjang tahun. Ramai juga rakan guru yang memberi sokongan dan memudahkan tugas saya di sekolah dengan tolong menyemak dan memastikan murid dalam kelasnya mempunyai buku yang mencukupi, memulangkan kepada saya jika terjumpa buku yang bersepah di mana-mana dan sentiasa menyampaikan info-info SPBT dari saya kepada ibu bapa melalui grup wassap kelas.

Salah seorang murid saya, yang ibu dan bapanya sangat gembira bila saya berjaya dapatkan buku teks yang lengkap dan mencukupi untuk anaknya.Murid ini antara yang tidak bernasib baik pada hujung tahun lalu kerana stok buku yang kehabisan dan banyak rosak, hanya  baru-baru ini saya dapat lengkapkan kesemua 7 buah buku yang tidak diperolehinya semasa agihan pada hujung tahun 2018

Penghargaan Kepada Pengawas SPBT sekolah
Hujung tahun lepas, saya berkesempatan meraikan anak-anak kecil yang banyak membantu saya sepanjang tahun dengan sedikit jamuan.Merekalah tulang belakang saya dalam membantu semua urusan pemulangan dan agihan buku sehingga semuanya berjalan lancar dan teratur.Sungguh, saya benar-benar terharu dengan komitmen dan sikap tanggungjawab mereka terhadap tugas yang diamanahkan.

 Jamuan hujung tahun bersama pengawas SPBT sekolah

 Merekalah tulang belakang saya dalam menguruskan SPBT sekolah

Mereka yang saya anggap sebagai "Malaikat kecil" yang Allah pinjamkan untuk saya:) mereka yang sangat rajin, tidak banyak kerenah dan selalu menghiburkan

Fahamlah saya, mengapa Allah pilih saya untuk urus hal buku teks di sekolah.Allah dah sediakan malaikat-malaikat kecil untuk bantu dan back up saya.Subhanallah.

Thanks reading this entry, keep reding this blog guys!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/01/story-mory-cikgu-buku-teks-di-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Blog Rasmi Berkaitan Pengurusan Buku Teks Di Sekolah Rendah

Blog Rasmi Berkaitan Pengurusan Buku Teks Di Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 677 hits
As Salam Syukur Dah lama saya berangan nak buat blog rasmi berkaitan tugas dan peranan saya di sekolah Cuma kali ini di sekolah baru saya berkesempatan menguruskan dan membangunkan sebuah official blog yang saya namakan yay Inilah rupa blog...
Wujud Balik Kpm Buat Perolehan Buku Teks Dlp Secara Rundingan Terus Bernama

Wujud Balik Kpm Buat Perolehan Buku Teks Dlp Secara Rundingan Terus Bernama

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 371 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan khas untuk permohonan melaksanakan perolehan buku buku teks Program Dwibahasa secara rundingan terus Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata kelulusan khas pada 18 September...
Malaysia Revisi Buku Sekolah Yang Isinya Sudutkan Anak Perempuan

Malaysia Revisi Buku Sekolah Yang Isinya Sudutkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 293 hits
Kelompok pembela hak perempuan mengatakan buku itu mengandung ajaran yang mengkambing hitamkan kaum hawa di usia mereka yang masih dini
Buku Rm9 Pun Tak Mampu Tanya Cikgu Kepada Murid Dengan Nada Sinis

Buku Rm9 Pun Tak Mampu Tanya Cikgu Kepada Murid Dengan Nada Sinis

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 290 hits
Sebenarnya masih ramai murid sekolah yang hidup didalam kesusahan Adakalanya mereka tidak mampu untuk melangsaika yuran buku ataupun membeli peralatan sekolah Anak anak yang jiwanya terlalu naif tidak ramai memahami apa yang sedang mereka l...
Ajari Anak Cewek Jaga Kehormatan Diri Buku Teks Untuk Anak Anak Sd Malaysia Ini Diprotes Keras

Ajari Anak Cewek Jaga Kehormatan Diri Buku Teks Untuk Anak Anak Sd Malaysia Ini Diprotes Keras

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 309 hits
Sekilas mungkin tidak ada yang salah tapi banyak yang menyebut ajaran seperti ini berbahaya Pemerintah Malaysia juga setuju dan menarik kembali buku ini
Victim Blaming Dalam Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 3 Kpm Akan Betulkan Segera

Victim Blaming Dalam Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 3 Kpm Akan Betulkan Segera

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 758 hits
Kementerian Pendidikan mengambil maklum mengenai satu infografik yang tersebar di sosial media merujuk kepada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tahun 3 sejak semalam Ditegur kerana menyalahkan mangsa dalam kes gangguan seksual KPM ...
Buku Teks Digital Pdf Semua Mata Pelajaran Kssr Tahun 1 Kegunaan Sk Sjkc Dan Sjkt

Buku Teks Digital Pdf Semua Mata Pelajaran Kssr Tahun 1 Kegunaan Sk Sjkc Dan Sjkt

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 3295 hits
Buku Teks Digital PDF Semua Mata pelajaran KSSR Tahun 1 Kegunaan SK SJKC dan SJKT Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pada kali ini admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi semua mata pelajaran Kurikulum Standa...
Buku Teks Digital Asas Kssr Tahun 1 Sains

Buku Teks Digital Asas Kssr Tahun 1 Sains

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1049 hits
Buku Teks Digital Asas KSSR Tahun 1 Sains Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pada kali ini admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi salah satu mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan 2017 untu...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak