Stereotaip Pemandu Wanita Di Jalan Raya


Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini. Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’.


Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Menyangkal apabila kaum lelaki dikatakan mudah untuk stereotaip, mereka berkongsi pendapat mengenai beberapa kelebihan dan kekurangan pemandu wanita daripada kaca mata sang jejaka.

Cekap dan tangkas

Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tidak ketika memandu. Tapi situasi dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita.

Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!

Tertib sepanjang masa

Gadis memang sinonim dengan sikap tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap.

Contoh yang jelas ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak boleh nak memotong.

Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau tukar laluan.

Bayangkan kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.

Kaki gagap

Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’ dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta.

Dan si jejaka berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita. Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi kaki asyik memijak brek.

Asasnya, jika tidak yakin dengan kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’ pemandu lain.

Teragak-agak

Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan tepat.

Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1.

Penulis masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir panjang.

Banyak fikir

Melihat kepada cara pemanduan, perempuan didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan jadikan mereka teragak-agak.

Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar simpang.

Oleh kerana pergerakan lelaki lebih pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan risiko.

Sebenarnya, tak kira pemandu itu lelaki atau ­perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Masa penulis belajar memandu dulu, untuk mengelakkan ­gugup, saya suka berbual dengan guru memandu.

Jadi, ­tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ­perempuan asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ­positif dan negatif yang sukar dihurai.

Apa yang penting, ­lebihkan sikap bersabar dan hormat menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.

Tips memandu jarak jauh

Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.

Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.

Pilih posisi selesa sebelum memandu.

Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.

Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.

Pilih kelajuan yang tenang dan jarak sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.

Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.

Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.

Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.

Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk BelakangPemandu Ambulan Tidak Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/07/omg-pemandu-wanita-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Mencetuskan Pergaduhan Di Tengah Jalan Raya Setelah Ditampar Seorang Wanita

Lelaki Mencetuskan Pergaduhan Di Tengah Jalan Raya Setelah Ditampar Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 574 hits
Korang ada tengok tak video yang tular di media sosial baru baru ini tentang beberapa orang yang terlibat dalam pergaduhan di tengah jalan raya Ish malu betul bila tengok diorang macam ni tau KEMBALI LAGI KITA DALAM RANCANGAN GADUH2 TENGAH ...
Pencari Burung Temukan Mayat Wanita Membusuk Di Jombang

Pencari Burung Temukan Mayat Wanita Membusuk Di Jombang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 157 hits
Belum diketahui secara pasti penyebab wanita itu apakah merupakan korban pembunuhan atau lainnya
4 Mitos Rahim Kembang Yang Selalu Takutkan Wanita

4 Mitos Rahim Kembang Yang Selalu Takutkan Wanita

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 569 hits
Kaum wanita sering dilanda isu mengenai masalah rahim kembang akibat daripada ais Malah bagi ibu ibu pula mereka dikatakan tidak digalakkan untuk mengambil ais semasa berpantang kerana ia boleh menyebabkan rahim kembang atau rahim jatuh Nam...
Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami

Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 394 hits
Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya Kasihan Parasnya cantik Sudahnya dilayan seperti sampah Bukan salah sang isteri atau mungkin juga memang...
Selepas Bergaya Rambut Pendek Ayda Jebat Dedah Sering Terima Mesej Peribadi Daripada Ramai Wanita

Selepas Bergaya Rambut Pendek Ayda Jebat Dedah Sering Terima Mesej Peribadi Daripada Ramai Wanita

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 2418 hits
Ayda Jebat sememangnya dikenali sebagai artis yang versatil Bukan sahaja hebat menyanyi bahkan dia juga memiliki bakat yang besar dalam bidang lakonan Rasanya hampir semua rakyat Malaysia mengenali gadis genit ini Tidak takut untuk mencuba ...
Wanita Cina Bunuh Diri Dalam Kereta Tak Tahan Tekanan Hidup

Wanita Cina Bunuh Diri Dalam Kereta Tak Tahan Tekanan Hidup

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 410 hits
Wanita ditemui suaminya sudah meninggal dunia di dalam sebuah kereta dipercayai akibat bunuh diri Harian Metro melaporkan kejadian berlaku di tempat letak kereta Hospital Umum Sarawak di Kuching pada 9 15 malam Isnin lalu Lelaki berusia 45 ...
Heboh Artis Pamer Saldo Atm Wanita Berdaster Perlihatkan Tumpukan Uang

Heboh Artis Pamer Saldo Atm Wanita Berdaster Perlihatkan Tumpukan Uang

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 192 hits
Tak hanya artis yang memiliki banyak uang Banyak orang yang memiliki uang banyak tetapi tak menunjukkannya Tetapi berbeda dengan wanita berdaster dalam video ini Ia tampak memperlihatkan tumpukan uang miliknya yang sangat banyak
Anak Meninggal 3 Jam Selepas Dilahirkan Wanita Derma Susu Badan Dipam 63 Hari Untuk Bantu Bayi Lain

Anak Meninggal 3 Jam Selepas Dilahirkan Wanita Derma Susu Badan Dipam 63 Hari Untuk Bantu Bayi Lain

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 574 hits
Seorang ibu yang berasal dari Wisconsin telah memerah susu badannya selama 63 hari untuk didermakan selepas kematian anak lelakinya selepas 3 jam dilahirkan kedunia Strangfeld dari Neilsville Wisconsin mengetahui bahawa anak dalam kandungan...
Wanita Beranak Melalui Lubang Dubur Dr Amalina Bengang

Wanita Beranak Melalui Lubang Dubur Dr Amalina Bengang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 496 hits
Aduhai pecah perut melihat gelagat segelintir masyarakat yang terlalu ingin tahu mengenai sesuatu hingga mengutarakan soalan yang agak tidak masuk akal Perkara ini dikongsikan Doktor Amalina Che Bakri menerusi ruangan Twitternya Jenuh Dr Am...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus