Steamboat Dan Siakap Tempoyak Di Restoran Sisik Buat Ku Angau
Gigih sampai ke sini nak merasa steamboat. Hajat asal nak berjalan jalan cari makan, kebetulan asben balik kerja lewat, taknak ganggu dia. Jadi, ema berdua aje dengan noh-ensem
Bila datang mood berjalan, sanggup ku redah sejam lebih perjalanan semata mata nak makan. Naik grab dari Kepong, lepastu naik KTM dari stesen KL Sentral ke stesen Shah Alam.
Mujurlaa ada kawan dari Shah Alam, Pizah nak join makan sekali. Tak rancang pun nak jumpa. Jadi perjalanan tu lagi mudah sebab dia hantarkan ke Restoran Sisik betul betul depan GM Klang. Balik tu dia tolong hantarkan sampai ke rumah Kepong. Terima kasih. Sempat jumpa anak bujang dia nama Adam, rambut punya laa lebat. Kacak sungguh.
Tulis panjang panjang sebenarnya nak cerita pasal tempat makan, bukan pasal kawan tadi tu. Hahah! OK sambung balik cerita pasal restoran
Restoran Sisik Ikan Bakar dah ada sejak 6 tahun lepas. Cuma, nama asalnya ialah "Resepi Warisan Tok", femes dengan masakan melayu asli. Ini kerana pemilik restoran ni berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Habis semua darah dia sebat, patutlah masakan dia semua sedap belaka.
Disebabkan datang nak rasa steamboat, maka itulah makanan pertama yang ema test paling awal. Boleh tahan sedap, puas hati menusuk di kalbu. Pedas dia, garam dia semua secukup rasa. Tetiber rasa lagi sedap dari Jones. Ehh. Cuma untuk tak tahan pedas tu, baik cuba sedikit demi sikit ye. Tomyam dia menyengat sampai telinga. Nahh belanja video sikit bawah ni:
View this post on Instagram
A post shared by 👵🏻 (@ematunz) on Aug 3, 2019 at 8:05am PDT
Selain steamboat, banyak lagi menu berasaskan Makanan Laut antaranya ikar bakar berempah, sotong bakar, pahat dan pelbagai jenis ikan bakar tempoyak. Bila kata tempoyak ni, selalu terbayang ikan patin kan? Tapi Restoran Sisik ni kreatif. Semua ikan boleh ditempoyakkan tau. Walaupun dah makan kat situ beberapa hari lepas, ema masih duk teringat ringat Siakap Masak Tempoyak dia.
Ohya, tak lupa jugak, diorang punya hot seller asam pedas resepi warisan, sedap sangat bila kapel dengan Nasi Lemak Buluh Perindu. Gandingan mantopp dua pasangan sejoli gittuw. Kenapa buluh perindu? Itu adalah nasi lemak yang dikukus dalam buluh. Bila makan, terasa rindu rinduan, jadi pastikan bila nak makan kat hidangan ni, datanglaa makan bersama dengan orang tersayang.
*Sempat lagi aku bagi khidmat nasihat. Hehehee
Bawah ni ada info lanjut, harap ema dapat membantu korang yang berhajat memenuhi selera makan kat Restoran Ikan Bakar Sisik:
Waktu Operasi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ematunz.blogspot.com/2019/08/restoran-sisik.html