Steamboat Bbq Buffet D Kayangan Shah Alam Best


STEAMBOAT BBQ BUFFET D’KAYANGAN SHAH ALAM BEST | Assalamualaikum semua.. Sape yang rapat dengan aku mesti tau yang aku ni hantu seafood dan suka makan di steamboat & grill restoran. Tapi sejak kerja sendiri ni dah jarang dah pergi makan seafood. Busy bebenor.. ahakk.. Kadang tu membuak-buak juga nak pi tapi takpe, tunggu masa yang sesuai. Akhirnya Khamis lepas berjaya juga aku melepaskan gian untuk makan seafood dan aku memilih untuk makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Restoran ini berkonsepkan steamboat dan grill yang murah dan sedap di Shah Alam

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Shah Alam Best
Sebenarnya ini bukan kali pertama aku makan kat Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Masa kerja dulu, tiap kali bulan Ramadhan kat sini la lokasi pilihan officemate untuk berbuka puasa beramai-ramai. Seronok makan kat sini dengan diorang sebab masing-masing kuat makan. Jadi memang berbaloi bawa diorang ke sini. Tapi kali ni aku pergi ke sana dengan geng blogger iaitu Rafzan Tomomi dan Mawardi Yunus. Alang-alang tu celebrate sekali sempena Mawardi dapat kerja dan Rafzan pula terpilih untuk Top 12 Watsons Influencer. Wow, hebat la kengkawan aku ni. Bravo Bravo..

Mawardi dan Rafzan Tomomi
Masa kami sampai, masih belum ramai pelanggan lagi sebab belum pukul 8 malam lagi. Jadi masih banyak meja kosong. Tapi kalau korang nak datang beramai-ramai, aku sarankan baik booking dulu sebab senang nak arrange meja. Ni pun ada beberapa meja sudah tertulis 'Reserved'. Tapi jangan risau kat sini boleh muat 600 orang dalam satu-satu masa. Kalau nak datang awal pun takde masalah sebab kat sini ada kemudahan surau. So, boleh la solat dulu sebelum makan. Memandangkan ada dua pilihan sama ada duduk di dalam restoran ataupun di bahagian luar, kami memilih untuk duduk di dalam. Bukan apa, dekat sikit nak ambil makanan.. hehe, bijak tak???
Ruang makan bahagian dalam
Ruang makan bahagian luar
Kalau dah nama steamboat mestilah ada kuah kan. Kat sini ada dua pilihan kuah untuk memasak iaitu sup ayam ataupun tomyam. Kami sepakat pilih tomyam sebab ada rasa pedas-pedas sikit. So, nanti bila dah campur dengan seafood nanti akan jadi manis-manis pedas gitu.. so yummy. Tak sabar nak main masak-masak. Tapi sebelum tu kena la ambil bahan mentahnya kan.
Konsep steamboat dan grill
Apa yang best kat Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ni semua pilihan bahan mentah segar-segar belaka. Pulak tu macam-macam ada seperti udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Tak cukup dengan tu ada juga pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Fuyoo, rambang mata nak pilih. Tapi yang pasti kena cuba semua.

Seafood fresh
Bebola untuk steamboat
Ni pun untuk steamboat, banyak kan
Pelbagai jenis mee untuk steamboat
Sayur-sayuran untuk steamboat
Untuk grill pulak ada beraneka pilihan bahan mentah yang telah diperap. Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam /daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Ha, nampak tak kenapa aku pilih restoran ni.

Bahan mentah dengan perapan istimewa


Bayangkan semua bahan perapan tu digrill dan dicicah pulak dengan pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Perghh, meletop-letop dalam mulut rasa dia uolssss... (ok, ayaq liuq aku dah meleleh bila mengenang kembali keenakan makanan kat sana)
Seronok makan kat sini. yummy
Cicah pulak dengan pelbagai sos.. perghh dapp oo
Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ. Kalau tak kenyang jangan risau, ada juga nasi lemak, nasi goreng, spagetti, dan macam-macam lagi. Untuk desserts pula ada pelbagai buah-buahan, kek dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu teppanyaki dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnya dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .

Nasi lemak
Nasi Goreng
Kuey teow goreng
Spagetti
Kari ayam
Live cooking station - teppanyaki in the making
Tadaa.. siap dah teppanyaki panas-panas
Tudiaa, banyak kan makanan kat Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ni. Semua best tau. Aku sendiri tah berapa kali round pi ambil makanan. Memang berbaloi la bagi orang yang kuat makan macam aku ni. Dari segi harga pun murah dan berpatutan iaitu RM33.00 nett bagi dewasa dan RM12.50 nett bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak bawah 4 tahun percuma ya.. Oh ya, kalau sup korang kering jangan segan silu mintak tambah ye sebab boleh refill secara percuma. So kalau korang nak mai sini, ajak la ramai-ramai ye. Seronok makan ramai-ramai ni. Nah alamat dan no telefon untuk booking :
Puas hati betul makan kat sini
Steamboat BBQ Buffet D'KayanganSri Acapella Service Apartment, No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,Seksyen 13, Shah Alam

Waze : Dkayangan Steamboat & Grill(2 mins from Stadium Shah Alam)
Masa perniagaan : Isnin - Jumaat : 5pm to 11.30pmSabtu & Ahad : 3pm to 12am
Facebook :@D'kayangan Steamboat BBQ Buffet
Instagram:@dkayangansteamboat
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi 012-2971091 atau 03-55234979



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2018/11/steamboat-bbq-buffet-dkayangan-shah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istana Alam Shah Punya Challenges

Istana Alam Shah Punya Challenges

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 351 hits
Hari ini sungguh challengges Huhuuu pada awalnya Bangun pagi pagi bersilat seorang diri siapkan anak anak Rushing macamana pun kena sampai Istana Alam Shah sebelum 9 00pagi Berpeluh dalam aircond jugaklah Lepas hantar adik dengan si kakak T...
Pembiakan Kolestrol Di Papparich Bukit Jelutong Shah Alam

Pembiakan Kolestrol Di Papparich Bukit Jelutong Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 833 hits
Assalamualaikum hyeIngat tak dekat entry ni aku ada cakap yang aku melantak dekat papparich bukit jelutong Aku selalu dengar pasal papparich ni makanan dia sedap So apa salahnya cuba sementara tunggu check in hotel masatu Papparich Bukit Je...
Pak John Steamboat Bbq Di 101 City Mall Menghidangkan Makanan Segar Berkualiti Dan Terbaik

Pak John Steamboat Bbq Di 101 City Mall Menghidangkan Makanan Segar Berkualiti Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 727 hits
WE ONLY SERVE QUALITY AND FRESHFirst time Seri Wangi sampai di Pak John Steamboat BBQ di 101 City Mall Putrajaya cawangan terbarunya yang baru dibuka sebelum itu Pak John juga mempunyai cawangan di eCurve Seri Wangi bersama anak dan menantu...
Galeri Shah Alam Cerita Parking

Galeri Shah Alam Cerita Parking

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 479 hits
Satu kenangan dicipta pada hari semalam sabtu 20 oktober seawal 7pagi aku dan anak3 sudah bersiap wangi lengkap bersarapan sarapan simple cara kami lah susu dan roti bakar untuk alas perut sebelum gerak ke Galeri Shah Alam Kenderaan bertali...
Butter Chicken Murah Di Shah Alam Food Rush Cafe

Butter Chicken Murah Di Shah Alam Food Rush Cafe

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 1531 hits
Assalammualaikum dan hai semua Hari ini Neeza nak berkongsi dengan anda semua tempat makan yang murah untuk anda nikmati sajian butter chicken yang mana ia adalah menu kesukaan Neeza Suka sangat sangat Tapi sekarang ini Neeza sedang alami s...
Holiday Dan Menginap Di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Holiday Dan Menginap Di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 928 hits
Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor Lama tak bercuti sekeluarga Kali ini kami memilih untuk bercuti di Shah Alam je Dekat sangat Ye memang dekat sangat dengan rumah kami Walaupun dekat tapi sebenarnya banyak te...
Mehmet Durakovic Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam

Mehmet Durakovic Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 553 hits
Sejarah tercipta lagi bila PERAK menjadi juara Piala Malaysia 2018 mengalahkan Terengganu melalui sepakan penalti 4 1 setelah ketinggalan dua kali dan orang yang paling gembira sekali tentu sekali ialah jurulatih kelahiran negara kangaroo M...
7 Best Family Winter Vacations In United States

7 Best Family Winter Vacations In United States

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 262 hits
Trying to find the best family vacation spots for this December retreats Anywhere in United States Let s find the best spots for your family winter s holiday this year We have put some mom blogger s review for each spot to help you decide C...
Best Beach Resorts In Malaysia The Luxury Budget

Best Beach Resorts In Malaysia The Luxury Budget

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 526 hits
Malaysia is well known for its beautiful and impressive collection of beaches The beauty of its coast from Borneo to Peninsular Malaysia is often spoken by local and foreign tourists At each of these beaches there are astonishing beach reso...
Detik Detik Terakhir Laken Riley Sebelum Mati Dibunuh

Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Drama Curang Tanpa Niat

The Frugal Traveler Remembers Arthur Frommer The Guy Who Inspired Travelers To Just Do It

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

Rama Eru Feat Charly Van Houten Memeluk Angin Chord

10 Negara Terkecil Di Dunia Saiz Geografi Dan Latar Belakang

4 Ways Android Has Made Switching Even Better


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Cuba Bagi Pada Marang

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Pg Slot Top 25 By Ingeborg Pgslot Golf Pg Pg Pg Slot 16 67

Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort

Foto Alam 20 November 2024

Healing Main Game Online