Walaupun Lelaki Produk Mandian Juga Penting Sedap Guna Safi Anti Bacterial Shower
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ini adalah orang yang cerewet dalam pemilihan produk penjagaan diri walaupun nampak jer macam ni tapi kalau produk tu banyak sangat bahan kimia yang tak berasas Maha susah nak terima juga. Maha ini adalah orang yang kuat berpeluh jadi bahan untuk penjagaan kulit terutama mandian adalah sangat penting bagi Maha
Bukan setakat ia hanya memberi bau wangi dan banyak buih tapi yang penting kena ada penjagaan kulit juga. Sebab itu Maha suka guna mandian dari bahan semulajadi seperti keluaran baru SAFI ini. Maha dah jumpa sekarang SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER iaitu rangkaian gel mandian anti-bakteria dengan kombinasi sensasi menyejukkan dan manfaat buah-buahan semulajadi. Ia juga melindungi, menyegarkan malah memanjakan kulit tubuh badan Maha. Penting ia adalah unisex dimana lelaki atau wanita boleh guna tak ada masalah.
Mandian ini memberikan pelindungan antibac harian dan membasmi kuman dari kulit dengan berkesan sehingga 99.99%. Sebab itu Maha suka kerana bila kita berpeluh segala kotoran akan melekat pada kulit dan juga mengeluarkan bahan toksik jadi mandian ini mampu membersih kotoran yang tidak nampak dengan mata kasar.
Mula-mula pakai hari tu Maha ingat ia ni hanya mandian biasa, tapi bila dah guna ia memberi rasa yang lain pada kulit lepas mandi dan lebih segar. Kalau mandi dengan gel mandian SAFI ini memang masa mandi Maha lebih panjang sebab seronok sangat main buih wakakaka. Rupanya rangkaian gel mandian antibakteria ini adalah bebas sabun, bebas alkohol, bebas paraben, Halal dan mempunyai kadar pH yang seimbang sesuai untuk kulit semua orang.
Kalau korang tengok kat pasaran sekarang ada dua variasi gel mandian yang dikeluarkan SAFI iaitu RANGKAIAN GEL MANDIAN SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON dan RANGKAIAN GEL MANDIAN SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE. Kedua-dua mandian ini sama dari segi kebaikan seperti mana yang Maha cerita tadi
Cuma yang bezanya adalah yang satu warna merah tu diperkaya dengan manfaat ekstrak Tembikai & Lemon dan satu lagi yang warna kuning pula diperkaya dengan ekstrak Nenas, Raspberry & Kelapa. Tapi kalau korang tanya yang mana satu Maha paling suka adalah yang Watermelon tu sangat wangi dan silap-silap orang ingat ia jus buah
Awas ia adalah mandian yang digunakan untuk luaran sahaja jadi jangan sekali-kali cuba untuk minum lak yer wakakaka. Walaupun korang nampak bentuk aiskrim kat depan botol ia adalah untuk menunjukkan ia sensasi yang sejuk bila kena pada kulit. Produk mandian ini dah ada kat pasaran sekarang, hari tu Maha beli satu botol 1kg tu RM18.50. Boleh dapat kat banyak tempat pasaraya besar, farmasi atau malas nak keluar beli online jer kat Lazada pun dah ada. Jadi tak ada alasan untuk orang lelaki mandi tidak bersih dan jangan malas guna gel mandian ok nak cepat jer. Selamat mencuba semua
Info lanjut tentang produk ini boleh layari :-Laman web : www.safi.com.my Facebook : www.facebook.com/SAFI.MYIntagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/07/walaupun-lelaki-produk-mandian-juga-penting-safi-anti-bacterial-shower.html