Staycation Tanjung Puteri Golf Resort Pasir Gudang
Suami nak main golf di Tanjung Puteri, Pasir Gudang, semalam..
Tapi dah deal dengan kawan kawan seminggu awal.
sebab suami belum pernah main golf kat Tanjung Puteri,Dia google dulu tempatnya.
Tengok tengok ada resort.
"Golf Tanjung Puteri ni ada resort la mama"
"Nak ikuttttt.... kita pergi Jumaat petang... balik Sabtu lepas ayah habis main golf.. OK?"
"Ok... mama urus booking"
selaju laju yang boleh MY menempah bilik
Suami punya golf Sabtu, 13 haribulan,Kami bertolak lepas solat Jumaat 12 hb nya tu
Sampai pukul 3 lebih juga la
Pasir Gudang kan..
Jalan jammed tu wajib la kan..
Suami MY siap berhenti kat signboard dan pintu gerbang masuk resort..
"Mama, content mama.."Hahaha...tergelak MY kejap.
Ok.. dah ambil dah gambar untuk buat content blog
MY tempah villa 3 bilik. Villa dia macam banglo usang gitu
1 biji ni ada 2 unit apartment
Kami yang belah atas,Tu kereta orang yang sewa unit bawah
Ni master bedroom
Ada 1 biji katil king size
Kemudian kat tepinya ada bilik wardrobe dan bilik air
Ada peti besi tapi takde iron. Tapi MY memang bawa iron siap siap dah
Bilik air dia jenis shower
Takde sabun dalam botol kecik kecik untuk dijadikan cenderamata ya..
Sabun mandi die letak dalam dispenser kat shower room tu
Takde bath tub mahupun jakuzi ok
Kemudian, depan shower room tadi tu ada la wash basin dan water closet
Cermin dia ada lampu.
Kagum anak anak..
"Ayah pasangla untuk mama nanti"
Ini bilik tidur ketiga
Lengkap dengan wardrobe tapi toilet keluar bilik
Bilik tidur kedua
Eh..dah ada penghuninya pula. Kacau je mama nak shoot gambar
Ni wardrobe, meja tulis dan toilet untuk bilik tidur kedua ni
Bilik airnya kecik sikit
Tapi takde hal la..
Nak mandi dan buang air je kot.
Ada ruang tamu lengkap dengan TV, sofa bed dan 2 biji bean bag
Anak yang nombor 1 tu dah suruh mamanya cari bean bag kat shopee..
Aiyoo..
Entah apa kena handphone ni punya kamera..
Kabur lah, masuk cahayalah, dah la susah nak ambil gambar semua
Macam ulat nangka masing masing, tak reti diam
Bahagian bawah depan pintu masuk terus pantry,Bilik bilik semua bahagian atas. Kena naik tangga sikitlah
Kat pantry lengkap dengan sudu, garpu, pisau, mangkuk, pinggan, piring, dapur induksi, peti ais, water heater, microwave, dan nescafe
Dari segi kebersihan,Mama Yan rasa memang dah cukup bersih dah
Tak secolek habuk pun kat villa dia ni. Pinggan mangkuk sudu yang disediakan semua berkilat
Tapi kat resort ni memang betul betul sesuai untuk orang yang nak buat aktiviti rekreasi je
Kalau nak lepak lepak dengan BFF pun sesuai lah
Nak lari dari kesibukan kota, sebab kawasan villa ni di kelilingi padang golf
Nyaman je pagi pagi.
Nak meeting, nak discuss urusan kerja rahsia, nak buat team building pun sesuai..
Pemandangan dari balkoni villa di pagi hari
Pemandangan dari pintu masuk villa
Sebab MY pergi dengan anak anak yang masih kecil dan perlukan pengawasan sepenuhnya ni,Tak banyaklah aktiviti yang dapat dilakukan
Nak nak si Mijan,Tak sporting langsung
Lambat panas
Petang Jumaat tu, sampai aje, terus bawa anak anak mandi kolam
Kolam untuk kanak kanak dia kecil aje. Ada 1 je water sliding cinonet
Masa kami sampai takde orang pun kat pool
Kat sebelahnya ada kolam renang orang bersukan renang tu
Tengoklah Mijan, cebik aje mulutnya
Berkepit aje dengan mama
Turun air pun taknak
Menangis aje
Dari salin baju mandi,Sampai dah siap salin baju pun buat perangai. Taknak jalan sendiri. Kena la ayahnya dukung
Geram je nak cubit...hahaha..
Tapi anak anak yang lain happy aje mandi pool
Sarah mandi kejap je. Tak sampai sejam dia dah menggigil
Terus bawa changing room, mandi dan salin baju yang kering
Demam karang, semua jammed
Harga staycation kami tidak termasuk makan adalah RM329
Makan minum takde dalam pakej
Takde la buffet breakfast tu semua
Jadinya, kami breakfast megi cawan dan lauk udang kunyit yang tak habis masa dinner malam tu
Alhamdulillah..
Macam ni pun dah cukup seronok dah..
Dapat rehat rehat..
Tanpa fikirkan kerja sekolah anak, kerja sendiri, kemas rumah dan masak..
Nanti kalau ada masa menyusul pula part 2
Sekian, wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2021/11/staycation-tanjung-puteri-golf-resort.html