Staycation Di Geo Resort Hotel Genting Highlands


Sebelum ni, kalau ke Genting Highlands aku selalu menginap di hotel yang berdekatan dengan Theme Park. Untuk trip kali ni, aku cuba menginap di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kat mana lokasi hotel ni? Sebenarnya, hotel ni dekat je dari Kuala Lumpur / Klang Valley. Lagi dekat dari nak ke Genting Premium Outlets (GPO) atau Awana Genting Station. Dari tepi jalan besar, dah boleh nampak Geo Resort & Hotel, Genting Highlands yang tersergam indah sebelum sampai ke Stesen Awana Genting yang bertentangan dengan GPO.

Kebetulan time tu aku tengah bercuti panjang. Settle program Volunteering bersama Global Peace Foundation Malaysia di kampung orang asli di Muadzam Shah, aku bertolak balik ke Kuala Lumpur. Memandangkan car pool dengan member, suruh dia drop di Stesen Putra Gombak yang bersebelahan dengan stesen LRT Gombak. Actually, kalau korang plan nak naik bas ke Genting Highlands, korang boleh naik bas sama ada dari Stesen Putra Gombak atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ataupun KL Sentral. Tiket pun tak mahal, dalam RM10 sehala. Memandangkan aku dari Muadzam Shah, terus stop di Gombak dan naik bas ke Awana Genting Station. Perjalanan lebih kurang 1 jam, bila sampai di Awana Genting Station tu, sempat la sekejap menyinggah di Genting Premium Outlet (GPO) dan shopping apa yang patut. Then, aku ambil grab untuk ke Geo Resort & Hotel dengan tambang sekitar RM8-RM10. Kalau nak ke Genting Theme Park pun mudah, naik je Cable Car dari stesen Awana Genting tadi. Memang convenient!

Okey, back to our story! Staycation di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Memandangkan ni first time aku menginap di bawah, bukan di puncak Genting Highlands, jadi tak sempat nak ronda-ronda di Genting Theme Park yang baru buka tu. Takpe, next time boleh plan lain. Cuma, kalau korang plan nak staycation di Genting Highlands, especially plan nak shopping di Genting Premium Outler (GPO) atau bersiar-siar di ladang strawberry dan sebagainya, aku rasa lokasi hotel ni memang strategik. Paling best, di sekitar hotel ni pun agak meriah. Macam-macam kedai makan, food trucks dan Starbucks pun ada. Memang heaven! Overall experience menginap di Geo Resort & Hotel selama 2 hari 1 malam ni, aku memang berpuas hati. Ye lah, setelah seminggu bermandi-peluh di bawah panas terik mentari buat kerja-kerja bertani di kebun, akhirnya dapat staycation di hotel yang selesa macam ni untuk berehat, memang bersyukur sangat. Rasa betul-betul rejuvenated!


Geo Resort & Hotel, Genting HighlandsActually, ni first time aku menjejakkan kaki ke Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Perasaan memang teruja bila tengok lobi hotel pun dah lawa. Fuh, memang betul-betul eksklusif! Untuk penginapan di Geo Resort & Hotel, ada beberapa pilihan bilik iaitu Premier Suite, Family Suite, Deluxe Room dan Superior Room. Untuk penginapan kali ini, aku stay di Superior Room.

Superior Room ni dilengkapi dengan dua single bed. Tilam dan bantal yang disediakan sangat selesa. Pendek kata, kalau buka aircond terus tidur lena sampai ke bulan, hahahaha. Jadi, kalau korang plan nak staycation atau self-retreat, boleh la datang sini. Memang puas hati!

Superior Room ni saiznya agak besar dan selesa iaitu kira-kira 32.4 meter persegi. Paling best, dilengkapi dengan workstation, TV LED, Coffee Maker, Minibar, Seterika dan hair drier. Pendek kata, cukup lengkap dengan segala kemudahan untuk sebuah bilik hotel.

Selain itu, bath rob juga disediakan. Oh lagi satu, kalau korang ada barang-barang berharga yang nak ditinggalkan dalam bilik time nak keluar, jangan risau. Boleh guna safety box yang disediakan. Bercuti dengan tenang dan aman!


Apa yang aku paling suka dengan bilik-bilik di Geo Resort & Hotel ni, ia mempunyai balkoni. Korang boleh tengok balkoni bilik sebelah, atas dan bawah. Kalau ambil gambar di balkoni, memang cantik dan insta-worthy. Lagi satu, pemandangan dari balkoni bilik pun lawa. Sejuk mata memandang!

Selain itu, bilik mandi dan tandas Superior Room ni juga sangat bersih dan selesa. Dilengkapi dengan toileteries yang cukup lengkap. Paling aku suka adalah rain shower. Memang best mandi, laju betul air. Refreshing!




Landskap cantikSelain lobi hotel yang cantik dan bilik yang selesa, satu lagi tarikan di Geo Resort & Hotel adalah dari segi landskap. Bagi aku, personally aku rasa hotel ni menitikberatkan konsep hijau ataupun Go Green! Bayangkan, dari jauh atau dari highway dah boleh nampak kehijauan Geo Resort & Hotel. Memang cantik dan menarik!






FasilitiDari segi fasiliti pula, kalau korang plan nak staycation kat sini jangan lupa bawa sports attire dan swimming suite. Kalau korang aktif bersukan, boleh ke gimnasium ataupun swimming pool. Bukan setakat hotel je cantik, tandas awam kat sini pun cantik. Fuh, tak mustahil kalau kat toilet pun ramai yang akan singgah OOTD ataupun selfie, hahahaha.


BreakfastTak lengkap staycation tanpa breakfast buffet. Macam-macam jenis makanan ada disediakan dari appetizer, main dish sehinggalah ke dessert. Dalam banyak-banyak menu yang ada, jangan lupa untuk cuba sendiri roti canai sarang burung. Hah, ini paling special untuk breakfast di Geo Resort & Hotel. Mujur menu favorite aku untuk breakfast pun ada. Kalau ke mana-mana hotel, apa yang aku cari time breakfasr adalah bijirin dan susu, omelette dan telur masuk separuh. Dapat semua ni, memang perfect breakfast











Staycation di Geo Resort & Hotel selama 2 hari 1 malam ni macam tak cukup, Rasa macam nak extend je lagi. Kalau bukan sebab cuti dah habis, rasanya sambung lagi bercuti kat sini. Jadi, kalau korang nak try staycation di Geo Resort & Hotel, bolehlah book sekarang. Mana tahu ada yang nak ke Genting Premium Outlets (GPO) untuk shopping raya atau bercuti time raya nanti, bolehlah singgah menginap di sini. Btw, kalau korang plan nak pergi dalam bulan puasa ni, boleh juga try bufet Ramadan di Geo Resort & Hotel yang bertemakan Citarasa Selera Geo dengan lebih 80 jenis juadah yang dihidangkan

Apapun, di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua. Nak travel atau nak balik kampung tu, hati-hati memandu. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Lepas raya, jom kita travel lagi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2022/04/staycation-di-geo-resort-hotel-genting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Legoland Hotel Resort Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam Di Bilik Bertemakan Lanun

Legoland Hotel Resort Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam Di Bilik Bertemakan Lanun

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 220 hits
LEGOLAND Hotel Resort Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam Di Bilik Bertemakan LanunLEGOLAND Hotel Resort LEGOLAND Hotel Resort Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam Di Bilik Bertemakan Lanun Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tak pernah MOMI ...
Dinner Buffet Ramadhan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Dinner Buffet Ramadhan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 224 hits
Dinner Buffet Ramadhan Di Hard Rock Hotel Desaru Coast Assalamualaikum hai korang harini sis nak share dengan korang tempat best dan santai untuk buffet ramadhan sebelum kita nak makan kat satu tempat tu mesti kita wat research kan nak teng...
Buffet Ramadhan 2022 Buka Puasa Di Legoland Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 Buka Puasa Di Legoland Hotel Malaysia

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 443 hits
Buffet Ramadhan 2022 Buka Puasa Di LEGOLAND Hotel Malaysia Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan bulan Ramadan dan menghampiri 10 bulan terakhir ramadan Semoga segala amalan kita diangkat dan diterima oleh Allah S W T...
Modus Operandi Polisi Pelaku Pemerasan Di Jateng Sasar Orang Yang Check In Di Hotel

Modus Operandi Polisi Pelaku Pemerasan Di Jateng Sasar Orang Yang Check In Di Hotel

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 161 hits
Jadi oknum itu beraksi di Solo Boyolali Klaten dan Karanganyar Sedangkan informasinya terakhir meminta uang kepada korban Rp14 350 juta ungkapnya
Wanita Bekas Housekeeping Hotel Kongsi Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel

Wanita Bekas Housekeeping Hotel Kongsi Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 391 hits
Gambar Hiasan Biasanya bilik hotel akan dikemas oleh pekerja dalam jangka masa 30 minit atau kurang daripada itu Oleh itu ada kemungkinan kebanyakan peralatan di hotel mungkin tidak sebersih yang anda jangkakan meskipun ianya kelihatan berk...
Buka Puasa Excited Sahur Layu Idea Ibu Ni Masak Lauk Sahur Ala Hotel Memang Superb

Buka Puasa Excited Sahur Layu Idea Ibu Ni Masak Lauk Sahur Ala Hotel Memang Superb

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 168 hits
Menanti detik berbuka menjadi detik cukup mengujakan bagi anak anak kita namun lain pula situasinya bila bersahur Semuanya layu dan sendu Namun idea ibu ini yang menukar waktu sahur menjadi cukup istimewa sememangnya dinantikan anak anaknya...
Video Heboh Wanita Joget Tanpa Busana Saat Dibangunkan Sahur Depan Hotel

Video Heboh Wanita Joget Tanpa Busana Saat Dibangunkan Sahur Depan Hotel

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 166 hits
Di lantai atas hotel itu terekam sejumlah muda mudi yang berjoget dengan tanpa busana Video itu kemudian viral di media sosial
The Langham Jakarta Salah Satu Hotel Termewah Dengan Desain Elegan

The Langham Jakarta Salah Satu Hotel Termewah Dengan Desain Elegan

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 323 hits
Belum lama ini terdapat hotel mewah yang baru saja launching di kawasan Jakarta Hotel tersebut adalah The Langham Jakarta yang merupakan landmark hotel bintang lima asal Inggris Hotel The Langham sendiri sudah cukup terkenal mewarnai dunia ...
May 7 June 2022 Promotion 2 Signature Dishes In Premiere Hotel Klang

May 7 June 2022 Promotion 2 Signature Dishes In Premiere Hotel Klang

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 314 hits
PREMI RE HOTEL KLANG PROMOTION Premi re Hotel located in Bandar Bukit Tinggi Klang is a 4 star hotel which offers an array of authentic dining options for
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris