Staycation 3 Hari 2 Malam Di Holiday Villa Hotel Suites Subang


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi dengan anda pengalaman aku dan keluarga ber'staycation' di sebuah hotel yang terletak di Lembah Klang. Kalau anda nak tahu, inilah agenda yang aku sebut dalam artikel Kelantan yang baru sahaja dipublish beberapa hari yang lalu

Pulang sahaja dari negeri Kelantan, keluarga aku yang dari Kedah terus mengambil aku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan terus ke hotel. Mereka datang awal sedikit disebabkan flight aku lewat petang. Sempatlah mereka berehat-rehat dulu dihotel sementara menunggu aku tiba

HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG

Holiday Villa  Hotel & Suites Subang  merupakan sebuah hotel 5 Bintang yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Hanya terletak 15 minit sahaja daripada Sunway Piramid dan Sunway Lagoon, Holiday Villa Hotel & Suites menawarkan penginapan yang cukup lengkap dan menarik. Hotel ini terdiri lebih daripada 300 bilik, 18 bilik mesyuarat dan dewan. 

Sebenarnya keluarga aku sangat jarang ke hotel-hotel yang banyak bintang dan mempunyai kemudahan yang lengkap. Kebiasaannya kami hanya menginap di hotel bajet sahaja. Oh ya, satu lagi antara sebab lain adalah tiada keperluan untuk menginap di hotel memandang jarang keluar jauh. Kalau mereka datang ke Kuala Lumpur, selalunya akan tinggal bersama saudara yang sememangnya tinggal di kawasan sini

First time bagitau keluarga yang nanti akan menginap di hotel ini, memang mereka teruja. Pada awalnya tarikh menginap disini adalah lebih awal, tapi disebabkan tarikhnya bercanggah dengan tarikh aku ke Kelantan, terpaksa diundurkan beberapa hari dan semuanya dirancang dengan baik. Alhamdulillah

GAMBAR DI DALAM BILIK

Bilik yang kami tinggal selama 3 hari dan 2 malam ini adalah jenis Corporate Deluxe Room . Bilik ini boleh memuatkan dua orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak. Pada mulanya aku mencari juga bilik untuk keluarga bersaiz besar, tapi hanya ada bilik ini sahaja. Tapi tak mengapa sebab aku ada minta katil tambahan untuk cukupkan katil. Jadi muatlah untuk kami semua


Antara lain yang tersedia termasuklah WiFi Percuma, Televisyen,  pendingin hawa, cerek air, peti ais mini, sofa, seterika dan pengering rambut. Bila ada seterika dan juga tempat menyeterika memang memudahkan mak dan adik beradik perempuan aku, sebab untuk ke kenduri kahwin esoknya mereka perlu menyeterika baju kurung mereka. Mudah bila lengkap dengan semua kemudahan


Selain ruangan bilik yang luas, tandas dan tempat mandi juga sangat luas. Ada dua pilihan untuk mandi sama ada melalui shower atau bathtub. Pertama kali sebenarnya keluarga aku jumpa bathtub, memang adik aku berendam dalam bathtub tu je la. HAHA 😂

Termasuk dalam pakej yang aku terima adalah sarapan pagi. Alhamdulillah, makanan yang dihidangkan memang sedap dan ruangan makan cukup menarik. Bagaikan berada di sebuah restoran zaman 60-an. Sangat klasik ditambah dengan lagu-lagu yang dipasang


Of course bila datang ke hotel dan bilamana nampak kolam renang, pastinya teruja untuk terjun dan mandi manda di sana. Tapi nak mandi di kolam bersaiz olimpik perlu booking awal terlebih dahulu & juga kena pandai berenang. Di sebelah tepi ada bahagian kolam cetek tapi ramai sangat orang termasuklah kanak-kanak yang riang bermandi manda. Jadi, kami sekeluarga hanya lepak-lepak di bawah sahaja


Selain kolam renang bersaiz olimpik, di sini juga ada tempat-tempat lain seperti gym, bilik sauna, bilik snooker, bilik muzik, bilik televisyen, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gelanggang squash dan pelbagai lagi. Memang lengkaplah dengan semua kemudahan nak beraktiviti sukan di sini


KENDURI KAHWIN

Dalam rancangan yang aku rancang, antara aktiviti sepanjang staycation ni termasuklah menghadiri majlis kenduri kahwin rakan aku di Kajang. Alhamdulillah, dapat juga aku menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan aku dan aku bawa keluarga bersama. 

Sempat juga bergambar sambil berjalan dari bilik hotel ke ruang tempat meletak kereta. Oh ya, antara rungutan mak aku adalah jarak yang jauh dari bilik hotel ke tempat parking. Kena berjalan dalam 100 meter tapi dalam kawasan ber'aircond'. 

Aku kongsikan juga kepada anda dua rakan aku yang melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mereka berdua merupakan kawan aku di tempat kerja lama. Semoga perkahwinan mereka diberikan keberkatan dan bahagia sehingga anak cucu

Majlis kenduri juga diadakan dengan begitu baik,makanan yang sedap serta mengikut SOP yang diberikan oleh pihak KKM. Alhamdulillah. Setelah selesai menjamah makanan, kami sekeluarga beransur pulang ke Subang Jaya dan berehat di hotel sahaja kerana disebelah malam kami nak keluar pula


Untuk makan malam, aku bawa keluarga aku ke satu tempat makan yang agak popular di Damansara iaitu restoran Podium. Beberapa kali jugak aku datang ke Podium ni bersama kawan-kawan. Kali ini aku bawa keluarga pula. Memang agak ramai pelanggan dan suasana yang agak 'happening'

Satu-satunya gambar yang aku sempat ambil ketika di Podium. Maaf kualiti sangat buruk.

Selesai makan., kami sempat memesan Pizza Hut di FOODPANDA pick-up untuk dibawa pulang dan makan di bilik hotel sambil menonton televisyen. Biasalah, bila bersama keluarga aku pastinya akan lapar dan barulah seronok tonton filem atau cerita di televisyen sambil makan pizza

Keesokkan harinya dalam jam 12 tengah hari kami check out dan keluarga aku pulang ke negeri Kedah dan aku kembali ke Seri Kembangan. Jadi itulah cerita aku sepanjang Staycation 3 Hari 2 Malam dan jika dikira termasuk dengan Trip ke Kelantan, semuanya berjumlah 5 Hari dan 4 Malam. Fuhh, hampir seminggu ya bercuti , pertama bersama rakan-rakan dan kedua bersama keluarga


Bercuti dan menginap di Holiday Villa Hotel & Suites sememangnya satu pengalaman yang menarik terutamanya bersama keluarga. Suasana selepas perniagaan dibuka semula di waktu PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) mula semakin meriah. Orang ramai mula keluar bersama keluarga tapi dalam waktu yang sama masih mengikut SOP dan penjarakan sosial

Adakah aku mengesyorkan untuk anda menginap di hotel ini? Of couse ya! Dengan lokasi yang dekat dengan tempat-tempat menarik, kemudahan yang lengkap dan juga pelbagai lagi, in shaa Allah jika ada rezeki dan peluang lagi, aku akan bawa keluarga dan rakan-rakan ke sini

Sekian sahaja untuk cerita 'Staycation 3 Hari 2 Malam di Holiday Villa Hotel & Suites Subang'. In shaa Allah jika ada rezeki lagi untuk menginap di mana-mana hotel lain, dan sebagainya aku akan ceritakan lagi dalam artikel lain

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/10/staycation-3-hari-2-malam-di-holiday.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Forest City Marina Hotel

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Forest City Marina Hotel

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 503 hits
Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel Alhamdulillah last minutes plan untuk bermalam di Forest City Marina Hotel berjalan dengan lancar Eceehhh Sebenar benarnya memang Ummi plan nak stay kat mana mana hotel sempena anniversa...
Aktiviti Menarik Di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam

Aktiviti Menarik Di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 532 hits
Aktiviti Menarik Di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang aktiviti yang telah Bonde sertai Disember tahun lepas This is a content summary only Visit my webs...
Jamaah Umrah Asal Indonesia Tiba Di Mekkah Dikarantina 3 Hari Dalam Kamar Hotel

Jamaah Umrah Asal Indonesia Tiba Di Mekkah Dikarantina 3 Hari Dalam Kamar Hotel

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 200 hits
Jamaah umrah asal Indonesia tiba di Arab Saudi untuk melaksanakan ibadah Pasca dibukanya kembali kota suci Mekkah untuk jamaah dari luar negeri Wakil Ketua Asosiasi Muslim Penyelenggara Haji dan Umroh Republik Indonesia Azhar Gazali mengung...
Travelogue Kelantan 3 Hari 2 Malam

Travelogue Kelantan 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 421 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca semua Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga siapkan bahagian pertama untuk siri Travelogue Kelantan Selama 3 Hari 2 Malam Sebenarnya aku nak ceritakan secara keseluruha...
Suasana All Suites Hotel Johor Bahru Executive Floor Level 32 Now Open

Suasana All Suites Hotel Johor Bahru Executive Floor Level 32 Now Open

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 380 hits
What is the difference between Standard Room and an Executive Room Obvioulsy it s concept of course Standard Room provide accomodation with or without additional extra while Executive Room or Business Suite definition caters for accommodati...
Tolak Omnibus Law Mahasiswa Di Jember Gelar Aksi Demo Malam Hari

Tolak Omnibus Law Mahasiswa Di Jember Gelar Aksi Demo Malam Hari

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 262 hits
AJM merupakan aliansi dari puluhan organisasi mahasiswa lintas kampus dan ideologi yang ada di Jember Turut bergabung di dalamnya juga berbagai unsur pelajar pemuda aktivis lingkungan hidup dan berbagai elemen masyarakat non formal lainnya ...
Rekomendasi Hotel Murah Yang Bikin Staycation Kamu Rasa Sultan

Rekomendasi Hotel Murah Yang Bikin Staycation Kamu Rasa Sultan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 266 hits
Yuk nikmati staycation di hotel murah yang manjakan kamu ala sultan ini
Rekod Tertinggi Kes Baru 869 Sabah Catat 38 Kematian Dalam 10 Hari

Rekod Tertinggi Kes Baru 869 Sabah Catat 38 Kematian Dalam 10 Hari

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 317 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 6 50 pmMalaysia mencatatkan 869 kes baru yang kesemuanya merupakan penularan tempatan Angka ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia sejak wabak itu melanda negara Daripada jumlah itu 7...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba