Stay Strong Surat Terbuka Hishammuddin Hussein




Rakyat Malaysia sekalian,
Hari ini masuk hari ke-5 Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan perintah kawalan pergerakan (MCO) bagi menangani penularan Covid-19 di negara kita. Saya tahu, pada awalnya sebahagian kita panik dan tertanya-tanya, apa tujuan perintah ini. Sekarang, saya yakin majoriti rakyat mulai faham kenapa perintah ini dikuatkuasakan kerajaan.
Percayalah, perintah ini dikuatkuasakan demi menghalang penularan Covid-19 pada skala lebih besar. Ia menuntut kita berada di rumah masing-masing dan mengamalkan “social distancing”. Ia penting bagi menghindarkan kita daripada bergaul bebas dengan mereka yang walaupun tidak menunjukkan simptom, mungkin dijangkiti wabak ini. Pendek kata, perintah ini sebenarnya mampu menyelamatkan ribuan nyawa.
Sebab itulah, perintah ini wajib kita patuhi. Saya sendiri, sewaktu menghadiri beberapa mesyuarat MKN sebelum ini, melihat kesungguhan luar biasa pasukan MKN, menteri kesihatan, ketua pengarah kesihatan dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mencari penyelesaian krisis ini. Tetapi kita tidak boleh harapkan mereka sahaja. Kita sebagai rakyat perlu turut memainkan peranan. Kita mesti bantu meringankan beban mereka. Sekiranya penularan wabak ini dapat dikawal, risiko kita untuk dijangkiti akan jadi lebih rendah dan jumlah pesakit Covid-19 juga akan berkurang. Keadaan ini sekaligus meredakan tekanan petugas barisan hadapan (frontliner) yang mengendalikan krisis ini.
Untuk membantu mereka, caranya amat mudah – luangkan masa di rumah. Saya faham, kita rakyat suka keluar untuk berjumpa kenalan masing-masing. Bersilaturrahim memang budaya kita. Namun, penularan wabak ini memerlukan kita mengamalkan gaya hidup baru, sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa minggu ini. Saya percaya, tidak salah untuk kita berkorban sedikit, demi manfaat yang jauh lebih besar untuk negara.
Kita perlu ingat, Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan tidak pandai memilih bulu. Ia tidak memilih warna kulit, miskin atau kaya mahupun tua atau muda. Kita semua berisiko dijangkiti. Sekiranya Covid-19 tidak memilih-milih mangsa, kenapa perlu kita memilih-milih untuk membantu atau tidak?
Malah, dalam keadaan sekarang, bukan sahaja kita tidak boleh berkira-kira untuk membantu, tetapi juga kita perlu bersikap terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa sahaja yang diyakini ikhlas untuk membantu kita. Bantuan ini termasuklah daripada kerajaan luar negara. Wisma Putra misalnya, sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan China. Keakraban inilah yang membuatkan China tanpa ragu menghulurkan bantuan peralatan perubatan – “face masks”, “hand sanitiser”, “Covid-19 test kit” dan “protective equipment” untuk kegunaan “frontliner”. Kita juga sentiasa bekerjasama rapat dengan negara jiran seperti Indonesia bagi berkongsi maklumat serta membantu mengenalpasti rakyat yang hadir perhimpunan tabligh di sana baru-baru ini. Selain itu, kita juga berganding bahu dengan Singapura demi membantu rakyat yang bekerja di sana, yang mana sebahagiannya terjejas akibat MCO ini. Malah, kita juga sentiasa berhubung dengan rakan negara di Timur Tengah bagi mendapatkan pertolongan untuk perangi Covid-19.
Saya secara peribadi, tidak sangka Malaysia akan mendapat bantuan yang sebegini banyak daripada pelbagai negara. Saya percaya, ia bukanlah disebabkan saya menteri Luar Negeri. Tetapi kerana pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar sana terhadap Malaysia serta menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa.
Bagaimanapun, kita tidak boleh berasa selesa. Kita mesti sedar yang sikap kita sebagai rakyat Malaysia turut diperhatikan dari seluruh dunia. Tiada gunanya Malaysia menerima pelbagai bantuan, tetapi pada masa yang sama, sebahagian rakyat tidak patuh perintah kerajaannya sendiri. Nasihat saya – kita tiada pilihan selain mesti berdisiplin dan mematuhi MCO dengan bersungguh-sungguh. Nasihat ini juga saya tujukan kepada rakyat Malaysia di luar negara.
Seperti semua sedia maklum, walaupun ramai dapat dibawa pulang ke tanah air, namun masih ada rakyat kita yang terkandas di luar negara susulan pendirian kerajaan di sana berkait Covid-19. Kami di Wisma Putra sedang bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian agar semua dapat pulang dengan segera. Biarpun saya tahu, ada segelintir yang tidak setuju untuk bawa mereka pulang kerana bimbang meningkatkan risiko Covid-19. Namun saya tetap ingin menegaskan – saya tidak akan pernah berhenti berusaha untuk bawa rakyat Malaysia pulang. Negara ini milik mereka juga. Jadi mereka ada hak untuk pulang ke tanah air pada bila-bila masa.
Pun begitu, saya juga mahu mengingatkan mereka yang dibawa pulang ini, apabila tiba di Malaysia, patuhilah MCO. Pastikan juga diri dikuarantin selama 14 hari. Biarpun agak membebankan, namun langkah ini penting untuk menghentikan penularan Covid-19. Kerajaan dan Wisma Putra membantu saudara-saudari untuk pulang. Jadi saya harap, saudara-saudari juga boleh menjadi rakyat yang bertanggungjawab.
Saya juga menyeru seluruh rakyat, dalam kita mendepani Covid-19 ini, ketepikanlah segala perbezaan dan hapuskanlah kebencian. Sekarang ialah masa untuk kita mengutamakan kesihatan diri serta kepentingan negara. Lihatlah ujian ini sebagai peluang untuk kita semua bersatupadu. Elakkan daripada menjadi penyebar berita palsu – seruan ini tidak boleh hadir daripada saya seorang sahaja. Ia mesti disampaikan oleh semua pihak dengan apa cara sekalipun.
Kita juga mesti mengingatkan antara satu sama lain, Malaysia telah lalui pelbagai ujian sebelum ini. Dan kita sebagai rakyatnya telah buktikan, yang kita boleh harunginya bersama-sama. Dengan syarat, semua kekal tenang dan lakukan perkara yang betul. Jika ini dapat kita pastikan, saya yakin, kita juga pasti mampu harungi ujian Covid-19 ini.
Bersabarlah, setiap krisis pasti ada hikmahnya. Buat masa ini, antara kebaikan yang dapat dilihat, kita bukan sahaja lebih mengenali, malah lebih menghargai mereka yang terlibat secara langsung dalam pengendalian krisis ini. Kepada para doktor, jururawat, kakitangan hospital, petugas di lapangan terbang serta pintu masuk negara, anggota polis dan tentera – I salute you!
Saya percaya, apabila krisis ini berakhir kelak, salah satu kunci kejayaan yang akan dicatat dalam sejarah negara ialah, semangat kebersamaan antara seluruh rakyat. Semangat yang sama diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu dalam menuntut Malaysia yang bebas dan Merdeka. Sekarang giliran kita pula, untuk membebaskan negara daripada sebarang kemudaratan. Demi masa depan yang cerah buat anak, cucu dan cicit kita, kita mesti perangi wabak ini habis-habisan. Saya yakin, Malaysia boleh!
Kepada seluruh rakyat Malaysia – stay safe, stay home dan paling penting stay strong!
Hishammuddin




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/23/stay-strong-surat-terbuka-hishammuddin-hussein/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=stay-strong-surat-terbuka-hishammuddin-hussein

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Untuk Yab Tan Sri Muhyiddin Yassin Berkaitan Covid19

Surat Terbuka Untuk Yab Tan Sri Muhyiddin Yassin Berkaitan Covid19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 511 hits
Penulis Nungsari Ahmad Radhi Hamdan Abdul Majeed Muhammed Abdul KhalidYAB Tan Sri Muhyiddin YassinPerdana Menteri MalaysiaPERANG KE ATAS COVID 19 MASA UNTUK TINDAKAN DAN KEPIMPINANPandemik Covid 19 dikatakan peristiwa global yang paling men...
Surat Protes Terbuka Kepada Menteri Dalam Negeri Indonesia

Surat Protes Terbuka Kepada Menteri Dalam Negeri Indonesia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 432 hits
Kepada Yang Terhormat Menteri Dalam Negeri Republik Indonesia H Muh Dr Tito Karnavian Di Jakarta Shalom Terimalah salam hangat dan kritik konstruktif dari saya dari Ita Wakhu Purom Numbay West Papua Yang terkasih Saudara Dr Tito Karnavian s...
Terkait Surat Who Jokowi Bentuk Gugus Tugas Percepatan Penanganan Corona

Terkait Surat Who Jokowi Bentuk Gugus Tugas Percepatan Penanganan Corona

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 169 hits
Direktur Jenderal Organisasi Kesehatan Dunia Tedros Adhanom Ghebreyesus mengirimkan surat kepada Presiden Joko Widodo meminta peningkatan mekanisme tanggap darurat di Indonesia untuk menghadapi penyebaran penyakit pernapasan karena infeksi ...
Surat Maszlee Kepada Dr Mahathir Penjelasan Mengenai Isu Jawi

Surat Maszlee Kepada Dr Mahathir Penjelasan Mengenai Isu Jawi

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 354 hits
ASSALAMUALAIKUM Tun Sejak dua hari lepas saya sudah berkali kali diminta oleh media untuk memberikan maklum balas terhadap pandangan Tun berhubung dengan isu Jawi Pandangan tersebut telah diutarakan oleh Tun dalam Wawancara Ekslusif Sinar H...
Kes Anak Lim Guan Eng Polis Kata Tak Ada Lge Perlu Saman Surat Khabar Dan Orang Ini

Kes Anak Lim Guan Eng Polis Kata Tak Ada Lge Perlu Saman Surat Khabar Dan Orang Ini

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 490 hits
Bila Polis kata tiada aku tak berapa percaya Tapi kena percaya polis Jadi aku rasa kena bersangka baik sajalah sebab manalah kita tau juga mungkin anak Guan Eng ada beli nombor 4d dan kena Toto jackpot tu pasal dapat rm2 juta MR Masalah ini...
Anak Autisme Luah Syukur Titip Surat Khas Buat Menteri Agama Malaysia

Anak Autisme Luah Syukur Titip Surat Khas Buat Menteri Agama Malaysia

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 326 hits
Antara barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah apabila bekas mufti wilayah persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dilantik sebagai Menteri Agama Malaysia yang akan...
Surat Siaran Langkah Keselamatan Ketika Perhimpunan Di Sekolah Kpm

Surat Siaran Langkah Keselamatan Ketika Perhimpunan Di Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 1131 hits
Pelaksanaan Perhimpunan Sekolah Semasa Penularan Penyakit Coronavirus 2019 di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Jika terdapat perhimpunan yang tidak dapat dielakkan beberapa langkah perlu diambil sebagai pencegahan awal Covid 19 new i...
Elfira Loy Berjanji Akan Baca Satu Muka Surat Al Quran Sehari

Elfira Loy Berjanji Akan Baca Satu Muka Surat Al Quran Sehari

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 235 hits
Elfira Loy kini sudah menjadi seorang ibu dia mahukan yang terbaik buat putera kesayangannya dan berusaha untuk menerapkan ilmu agama agar anaknya itu menjadi anak yang soleh Foto Instagram Elfira LoyTerbaru Elfira ada membuat satu posting ...
7 Fakta Suami Istri Bunuh Diri Bersama Di Malang Caranya Tragis Isi Surat Wasiat Memilukan

7 Fakta Suami Istri Bunuh Diri Bersama Di Malang Caranya Tragis Isi Surat Wasiat Memilukan

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 386 hits
Fakta fakta suami istri bunuh diri bersama di Malang mulai terkuak setelah ditangani polisi Beberapa fakta terkait kasus bunuh diri pasangan suami istri tersebut di antaranya peninggalan surat wasiat hingga cara bunuh diri yang tragis Selai...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia