Surat Terbuka Untuk Yab Tan Sri Muhyiddin Yassin Berkaitan Covid19




Penulis : Nungsari Ahmad Radhi & Hamdan Abdul Majeed, Muhammed Abdul Khalid

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Malaysia


PERANG KE ATAS COVID-19: MASA UNTUK TINDAKAN DAN KEPIMPINAN

Pandemik Covid-19 dikatakan peristiwa global yang paling mengganggu dalam sejarah moden – sesuatu yang belum pernah berlaku pada skala dan impak yang sebegini luas ke atas persekitaran ekonomi dan kualiti kehidupan.

Kita tidak pasti sejauh mana wabak ini akan berterusan dan setakat mana Malaysia akan terjejas, tetapi kemungkinan ia beralih kepada krisis meningkat pada setiap masa yang berlalu.

Dalam apa jua keadaan, pandemik ini dan juga kesan langsungnya akan berterusan buat beberapa ketika. Mungkin untuk tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.

Pandemik ini perlu ditangani secara tegas. Rancangan untuk berbuat demikian perlu disampaikan dengan jelas dan dilaksanakan dengan cara yang memelihara integriti institusi di negara ini, dan seterusnya keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Mengekalkan fabrik masyarakat dan perpaduan negara adalah sama pentingnya dengan menguruskan pandemik ini dan impaknya.

Kepemimpinan negara hendaklah dilihat sebagai tegas dan padu dengan kepentingan rakyat sebagai satu-satunya objektif mereka. Kebijaksanaan dan kepantasan membuat keputusan adalah amat penting.

Ini bukanlah masa untuk berjiwa kecil dan berpihak/partisan.

Kami akan mengemukakan pandangan kami dalam tiga bahagian, yang diolah dari tiga isu umum:

    a. Menguruskan pandemik: Tindakan segera diperlukan untuk mengenal pasti dan merawat pesakit yang berjangkit awal, memerlukan kakitangan di barisan hadapan yang terlatih dan dilindungi dengan baik, sumber dan infrastruktur.

    b. Menguruskan yang terkesan: Tindakan segera untuk menangani golongan yang tersisih dan terkesan secara negatif melalui tindakan bagi menguruskan pandemik di samping memastikan kesinambungan penyediaan keperluan asas, kemudahan awam dan perkhidmatan sosial.

    c. Menguruskan ekonomi dan bersedia untuk persekitaran pascakrisis: Keputusan untuk menguruskan pandemik dan mereka yang terkesan mempunyai akibat yang mesti dijangka dan diuruskan.

Dalam menyatakan pandangan dan cadangan ini, kami sedar bahawa ini adalah masa yang tidak normal, yang diumpamakan seperti masa perang.

Pertimbangan biasa - mengenai kekangan fiskal, defisit belanjawan, siling hutang, sasaran pertumbuhan atau agensi penarafan - tidak terpakai. Rakyat Malaysia mesti diutamakan.

Kita perlu menggerakkan kesemua sumber untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan.

Kedua, prinsip penentu untuk menetapkkan keutamaan adalah:

    a. Kakitangan kesihatan barisan hadapan mendapat keutamaan pertama.

    b. Selebihnya, prinsip ekuiti terpakai. Mana-mana yang memanfaatkan paling ramai orang mesti diutamakan.

Kita perlu menerima akan ada beberapa kelemahan dan kompromi, tetapi ini bukannya masa untuk menekankan kesempurnaan sehingga menjejaskan apa yang baik dan yang diperlukan.

Kami mencadangkan "rangsangan fiskal" untuk melangsungkan perbelanjaan penggunaan rumahtangga dan perniagaan dalam tempoh yang sukar ini - untuk mencegah masalah aliran tunai daripada menjadi krisis insolvensi yang akan membawa kepada masalah pengangguran besar-besaran dan masalah-masalah lain yang berkaitan.

Menguruskan pandemik

Walaupun kadar kematian Covid-19 adalah lebih rendah daripada jangkitan virus lain seperti SARS1 dan MERS, ia sangat mudah berjangkit.

Menguruskan jangkitan/penularan memerlukan ujian, pengasingan dan rawatan awal bagi yang telah berjangkit terutamanya golongan yang paling terdedah, yang merupakan warga emas.

Oleh itu, strateginya adalah untuk membendung jangkitan supaya sistem penjagaan kesihatan tidak lumpuh – apa yang dipanggil pendekatan meratakan keluk/lengkung.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan rancangan untuk membina kapasiti, meratakan keluk/lengkung melalui perintah kawalan pergerakan (PKP) dan untuk memperluaskan ujian saringan, dan menggerakkan penyedia penjagaan kesihatan swasta dan awam.

Ini adalah langkah langkah yang diambil secara global. Korea adalah terkecuali daripada mengenakan sekatan pergerakan tetapi ia menggunakan teknologi untuk mengesan pergerakan.

Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan langkah-langkah yang diguna pakai oleh kerajaan Perancis misalnya untuk membantu dan melindungi kakitangan perkhidmatan kesihatan barisan hadapan:

    a. Semua topeng dan pakaian pelindungan diutamakan kepada hospital, pengamal perubatan, jururawat dan semua kakitangan sokongan.

    b. Penyediaan pengangkutan, lodging dan penginapan untuk semua kakitangan di barisan hadapan.

    c. Penguatkuasaan yang kukuh terhadap mana-mana pencatutan peralatan perlindungan dan perubatan serta perkhidmatan, termasuk ujian.

Dalam kita menguruskan kecemasan semasa, rancangan perlu dibuat untuk tempoh 12 ke 18 bulan akan datang selepas kita berjaya melambatkan kadar jangkitan dan strategi kawalan PKP berakhir. Ini merangkumi keperluan untuk membangunkan keupayaan penjagaan kesihatan yang panjang di rumah.

Komunikasi oleh KKM - yang secara umumnya adalah professional - mempunyai impak yang terbatas setakat ini. Kami mencadangkan supaya komunikasi hanya disediakan oleh para profesional perubatan yang hanya berasaskan kepada fakta dan sains.

Bagaimanapun, banyak lagi perlu dilaksanakan terhadap kedua-dua media cetak dan penyiaran tradisional serta media sosial yang baru, terutamanya untuk membetulkan salah maklumat yang agak banyak serta karut yang terus menjadi sangat berpengaruh dan kadangkala mengelirukan.

Pasukan Petugas Khas perlu menyokong KKM dalam usaha ini.

Menguruskan golongan terkesan

Akibat yang tidak dapat dielakkan dalam mengekang Covid-19 adalah bahawa ia akan mempunyai kesan buruk yang ketara ke atas ekonomi.

Langkah berskala besar perlu diwujudkan untuk menguruskan penguncupan kegiatan ekonomi.

Individu dan isi rumah

PKP telah memberi kesan negatif kepada kehidupan berjuta-juta isi rumah yang mempunyai tahap pendapatan dan simpanan yang rendah sebelum pandemic Covid-19. PKP telah menjejaskan pendapatan ramai peniaga kecil yang menyediakan sumber makanan dan bekalan-bekalan lain.

Sebagai contoh, pasar tani/malam merupakan sumber pendapatan mereka dan juga sumber makanan dan bekalan yang mampu dibeli oleh kebanyakan isi rumah.

Terdapat juga mereka yang telah kehilangan pekerjaan atau pendapatan disebabkan PKP termasuk mereka yang telah diberikan kerja separuh masa atau cuti tanpa gaji.

Bagi individu dan isi rumah ini, perlanjutan PKP akan terus menjejaskan kehidupan mereka.

Perlu ada langkah segera untuk memberikan wang tunai kepada mereka yang terjejas bagi meneruskan kehidupan mereka dalam tempoh ini. Contoh yang dilaksanakan oleh kerajaan lain - di UK dan Perancis sebagai contoh - dalam hal ini perlu dipertimbangkan.

Kad MY, pangkalan data BSH serta program e-wallet telah tersedia untuk melaksanakan pindahan tunai tersebut.

Program Pengekalan Pekerja Perkeso yang baru diumumkan juga boleh diperluaskan dengan lebih ketara untuk memberi pampasan kepada kehilangan pekerjaan dan pendapatan, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Selain wang tunai, mereka yang terkesan dengan PKP mungkin memerlukan perumahan sementara dan penginapan, dan kemudahan tersebut hendaklah disediakan. Ada kes melibatkan pelajar dan golongan terpinggir terkandas disebabkan oleh PKP.

Perniagaan

Perniagaan sangat terkesan, termasuk perniagaan yang pada asasnya berdaya maju. Sokongan perlu disasarkan untuk memastikan bahawa perniagaan boleh melepasi keadaan yang sedang kita alami. Ini terutamanya bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) - majikan terbesar negara kita secara kolektif.

Mereka menyediakan pekerjaan kepada hampir 10 juta pekerja dan secara kolektif meminjam lebih RM300 bilion daripada bank. Mengurangkan kebimbangan mereka memberikan lebih banyak ruang untuk industri kecil dan sederhana (IKS) dan juga pekerja mereka.

Sebagai contoh, UK telah menjamin 80 peratus daripada semua upah pekerja sehingga £2,500. Walaupun sudah ada langkah-langkah yang diumumkan untuk melindungi PKS sebagai sebahagian pakej rangsangan ekonomi (ESP), lebih banyak boleh dilakukan bagi memastikan akses yang berterusan kepada pembiayaan.

Sebagai contoh, dana yang disalurkan kepada institusi kewangan pembangunan (DFIs) hendaklah disediakan untuk semua perniagaan. Pada masa ini, kita harus menyokong keseluruhan ekonomi dan bukannya cuma sebahagian daripadanya.

Bukan sektor yang berkaitan dengan pelancongan saja yang terjejas. Ini adalah untuk memastikan bahawa risiko kegagalan perniagaan dapat dikurangkan. Setiap perniagaan adalah majikan, pembekal, dan pembeli kepada seseorang.

Pada masa yang menguji ini, kita perlu meminimumkan kegagalan perniagaan, terutamanya PKS yang maju.

Cara pantas untuk memberikan bantuan kepada PKS adalah melalui jaminan kerajaan bagi pinjaman yang diberi oleh bank. Ini telah digunakan dengan berjaya dan efektif semasa krisis 2009 melalui syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan Berhad, yang menguruskan jaminan kerajaan dan bekerjasama dengan bank.

Dua jenis perkhidmatan - perkhidmatan kerajaan berkaitan pendaftaran, lesen, permit dan sebagainya, serta perkhidmatan asas utiliti seperti air, elektrik dan telekomunikasi - masih perlu bagi ekonomi tetapi caj bagi perkhidmatan tersebut perlu diberi potongan khas sementara bagi memudahkan pertimbangan aliran tunai isi rumah serta perniagaan.

Kerajaan perlu membentuk satu platform kolaboratif dengan semua syarikat yang menyediakan perkhidmatan asas ini untuk memastikan bekalan berterusan, dan pada masa sama menangani keperluan kewangan untuk melaksanakannya.

Rantaian bekalan

Rantaian bekalan global telah pun terganggu oleh konflik perdagangan sebelum wabak Covid-19. Pandemik Covid-19 dan langkah-langkah yang telah diambil untuk membendungnya - terutamanya kawalan pergerakan - terus mengganggu rantaian bekalan. Ia sesuatu yang sangat penting untuk ekonomi terbuka seperti kita.

Kami bimbang tentang rantaian bekalan makanan dan bekalan penting lain. Malaysia mengimport makanan bernilai lebih daripada RM50 bilion - dari sayur-sayuran segar sehingga ke daging, bijirin termasuk beras dan makanan yang diproses.

Menyedari bahawa perniagaan yang kebanyakannya beroperasi pada tahap inventori yang minimum, gangguan dalam rantaian bekalan pasti akan memberi kesan kepada peruncit.

Kini, kesemua tiga mod pengangkutan (udara, laut dan darat) terganggu teruk.

Senarai bahan makanan penting dan keperluan penting lain mesti disediakan dan bekalan mereka diperolehi, dengan jangkaan bahawa keadaan sekarang akan berlanjutan selama 12 hingga 18 bulan lagi.

Pandangan strategik terhadap stok simpanan mungkin perlu diwujudkan untuk memastikan makanan adalah mencukupi.

Sekurang-kurangnya, negara mesti mendapatkan bekalan sumber makanan yang dihasilkan dalam negara, terutamanya ayam dan telur di mana negara adalah pengeksport, dan juga barangan makanan import utama yang sebahagiannya dihasilkan dalam negara seperti beras, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menguruskan ekonomi dan penyusunan semula selepas krisis

Walau apa jua usaha dilakukan, ekonomi akan menguncup tahun ini. Gangguan ekonomi akan berlaku. Ada pekerjaan yang akan hilang, dan perniagaan yang akan gagal.

Persekitaran ekonomi selepas krisis ini akan sangat berbeza daripada tahun lalu setelah ekonomi global pulih daripada pandemik ini.

Krisis ini telah dan akan mempercepatkan penggunaan teknologi yang akan menggantikan tenaga manusia secara yang ketara. Fenomena ini memang pun sedang berlaku sebelum ini dan perancangan pembangunan sumber manusia dan penyediaan sokongan kepada mereka yang terjejas perlu dibuat dengan teliti.

Pengangguran akan menjadi masalah utama ekonomi selepas krisis ini.

Keadaan kewangan kerajaan dijangka akan menjadi bertambah teruk. Ianya telah pun teruk dan ia akan menjadi lebih teruk selepas ini. Oleh itu, keutamaan perlu diberikan untuk menjana pertumbuhan khususnya pertumbuhan baru.

Kerajaan juga perlu meluaskan sumber hasilnya.

Adalah jelas bahawa kita memerlukan kerjasama serantau yang lebih baik dari segi ekonomi dan untuk tujuan yang lebih umum, sebagai asas pertumbuhan emonomi masa depan serta untuk menangani krisis yang sama pada masa akan datang.

Krisis ini juga menunjukkan betapa pentingnya untuk menjaga hubungan dengan rakan dagangan utama kita.

Komunikasi dan ketelusan

Terdapat keperluan mendesak untuk ketelusan dan komunikasi yang lebih efektif – yang konsisten dan benar. Komunikasi kerajaan mesti berada pada asas yang tinggi dan rakyat mesti mempercayainya.

Sekarang adalah masa untuk keyakinan dan kebolehpercayaan sangat diperlukan. Sekiranya kerajaan memutuskan untuk menyembunyikan maklumat mengenai krisis kesihatan seperti ini - atas apa jua sebab - kehilangan kepercayaan dan kredibiliti akan memberikan akibat yang sangat buruk.

Kesimpulan

Kini adalah masa untuk perpaduan negara dan politik yang tidak berpihak. Keupayaan kita untuk menangani pandemik ini dan akibat segera serta yang berikutnya bergantung kepada keseluruhan sumber dalam negara. Ia memerlukan lebih daripada apa yang boleh ditawarkan oleh kepimpinan politik.

Ia memerlukan penglibatan setiap rakyat Malaysia.

Kerajaan Persekutuan mempunyai sumber yang paling banyak untuk merancang dan melaksanakan, tetapi kedua-dua perancangan dan pelaksanaan hendaklah dilakukan secara usahasama dengan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan.

Kepantasan pelaksanaan adalah kunci dan ia perlu desentralisasi sebanyak mungkin. Halangan birokrasi mesti diminimumkan dalam tempoh ini.

Kami amat bimbang dengan inisiatif-inisiatif yang tidak bersepadu oleh kerajaan dalam krisis yang semakin berkembang ini. Kami tidak bersetuju dengan perspektif belanjawan seimbang tradisional pihak Perbendaharaan kerana negara-negara lain di dunia - terutamanya Asia Timur - bertindak balas dengan agresif, menyedari bahawa kali ini ianya adalah berbeza.

Pada 2009 - berikutan krisis kewangan global - kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan berjumlah hampir RM60 bilion. Pakej itu adalah untuk merangsang ekonomi berikutan krisis kewangan.

Apa-apa pakej yang kita lakukan sekarang bukan semata-mata untuk merangsang ekonomi, tetapi untuk menyelamatkan nyawa dan untuk melindungi rakyat Malaysia dari krisis kesihatan antara hidup dan mati.

Jika kita boleh membelanjakan RM60 billion untuk merangsang ekonomi daripada krisis kewangan, pastinya kita boleh membelanjakan lebih banyak untuk melindungi semua rakyat Malaysia dari krisis kesihatan yang tidak pernah berlaku.

Kami berharap pandangan yang kami kemukakan di atas adalah berguna dan kami bersedia untuk menghuraikannya dengan lebih lanjut sekiranya diperlukan.

Kami bersedia untuk dibuktikan salah tetapi kami berasa ngeri dengan kemungkinan ianya separuh benar. Apa pun jua kadarnya, kami menggesa kerajaan untuk menunjukkan kepimpinan dan bertindak dengan pantas.
Nungsari Ahmad RadhiHamdan Abdul MajeedMuhammed Abdul Khalid
-malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2020/03/surat-terbuka-untuk-yab-tan-sri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Pm Malaysia Yang Menyentuh Hati Rakyat Malaysia

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Pm Malaysia Yang Menyentuh Hati Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 336 hits
We are a nation at war with invisible forces The situation we are now facing is unprecedented in history And this government may not be the government that you voted for But I want all of you to know that this government cares for you I res...
Cerpen Dari Zuraidah Ali Penyokong Tan Sri Muhyiddin

Cerpen Dari Zuraidah Ali Penyokong Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 291 hits
Soalan saya YAB Tan Sri tidak tahu ke hutang negara ada berapa semasa Tan Sri rampas kuasa hari tu Moga Allah merahmati Tan Sri YAB Tan Sri Muyiddin Yassin dia terdiam Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apab...
Teks Penuh Perutusan Khas Covid 19 Oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yasin

Teks Penuh Perutusan Khas Covid 19 Oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yasin

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 498 hits
TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID 19 Tarikh 16 Mac 2020 10 malam Perutusan Khas COVID 19Assalamualaikum wa rahmatulahi wa barakatuh dan salam sejahtera saudara saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Malam ini sekali lagi saya berada di hada...
Semoga Allah Memberi Perlindungan Kepada Kita Tan Sri Muhyiddin

Semoga Allah Memberi Perlindungan Kepada Kita Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 341 hits
Menerusi persidangan media yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin berkaitan jangkitan wabak Covid 19 di negara kita Katanya negara kita telah bersedia jika penularan jangkitan Covid 19 menjadi semakin teruk Sehubun...
Azmin Sah Sertai Bersatu Tan Sri Muhyiddin

Azmin Sah Sertai Bersatu Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 518 hits
PUTRAJAYA 11 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata permohonan oleh...
Hapuslah Air Matamu Tan Sri Muhyiddin Demi Kesejahteraan Kami Rakyat

Hapuslah Air Matamu Tan Sri Muhyiddin Demi Kesejahteraan Kami Rakyat

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 255 hits
Bukan mudah memerintah sebuah negara demi kepuasan rakyat tercinta apatah lagi ketika sedang cuba untuk mengekang wabak Covid 19 yang kini telah mencecah 20 kes kematian Bagi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau sentiasa berusaha...
Hapuslah Air Matamu Beri Amanat Bagaikan Ayah Rakyat Luah Rasa Tersentuh Dengan Tan Sri Muhyiddin

Hapuslah Air Matamu Beri Amanat Bagaikan Ayah Rakyat Luah Rasa Tersentuh Dengan Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 287 hits
Mengambil alih tampuk kepimpinan setelah berlaku goncangan dalam arena politik negara bukanlah mudah terutamanya apabila wabak sedang melanda negara Dalam tempoh singkat pemimpin yang mengambil alih perlu bekerja keras untuk menjaga rakyat ...
Muhyiddin Kongsi Kandungan Surat Untuk Bertemu Dr Mahathir

Muhyiddin Kongsi Kandungan Surat Untuk Bertemu Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 194 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi intipati surat yang telah dikirimkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan hasrat bertemu bekas perdana menteri itu Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ka...
Panasss Setiausaha Agung Ppbm Dipecat Muhyiddin Yassin

Panasss Setiausaha Agung Ppbm Dipecat Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 379 hits
Perkembangan terbaru ini sudah dilaporkan dengan meluas oleh media beberapa ketika tadi Malaysiakini turut melaporkannya Berita Harian turut melaporkannya di sini Ia satu lagi kejutan dalam suhu politik yang semakin dingin kerana penangan C...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions