Statut Rom Umno Hantar Memo Demo Belum Tahu


Editor       MINDA RAKYAT 
Umno Selangor akan menghantar satu memorandum kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat sebagai protes terhadap keputusan kerajaan menandatangani triti Statut Rom.

“Kita akan menghantar memorandum kepada ke bawah duli Sultan Selangor, untuk menunjukkan protes kita kepada tindakan ini.

“[...] Secepat mungkin, kalau tuanku Sultan beri tarikh cepat (untuk mengadap), cepatlah kita hantar,” kata Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Perhubungan Umno Selangor di Shah Alam hari ini.

Katanya, perlembagaan dengan jelas memperuntukkan kerajaan untuk mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes yang melibatkan raja-raja Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, dakwa anggota Parlimen Bera itu, dengan menandatangani Statut Rom, raja-raja Melayu boleh dihadapkan terus ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang menurutnya mencabuli kedaulatan negara.

“Tindakan kerajaan menandatangani Statut Rom tanpa persetujuan dan perkenan raja-raja Melayu, kita anggap melanggar Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam perkara 38(4) dan perkara 159(5),” katanya lagi.

Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa “sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Disoal apakah Umno akan menganjurkan bantahan jalanan seperti yang pernah dianjurkan ketika menentang cadangan meratifikasi Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum ( Icerd) dahulu, Ismail menjawab ‘tidak tahu lagi’.

Katanya, Icerd lebih jelas menyentuh hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam sementara Statut Rom pula lebih sulit untuk difahami.

“Dari segi kefahaman Statut Rom pun agak kurang jelas. Jadi nak memahami tu agak kurang, berbanding Icerd dulu.

“Jadi itu menyebabkan ramai yang keliru di peringkat awal. Tapi sekarang, setelah dijelaskan oleh peguam-peguam tertentu dalam Umno, akhirnya kita semakin jelas apa kesan menandatangani Statut Rom ni,” tambah Ismail.

Semalam di Parlimen, Ismail yang juga merupakan Ketua Pembangkang memaklumkan pihak pembangkang telah menghantar usul supaya kerajaan menarik diri daripada menjadi ahli Statut Rom.

Katanya, langkah itu diambil memandangkan triti antarabangsa itu dakwanya akan memberi kesan kepada kekebalan Yang di-Pertuan Agong.

Ismail turut berharap agar perkara berhubung Statut Rom akan didebatkan oleh wakil rakyat di Parlimen.

Statut Rom adalah satu triti rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf ICC sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.

Wisma Putra dalam kenyataan 4 Mac berkata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC itu dan surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama (4 Mac).

Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/statut-rom-umno-hantar-memo-demo-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Hantar Memorandum Bantah Statut Rom Kepada Sultan Selangor

Umno Akan Hantar Memorandum Bantah Statut Rom Kepada Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 257 hits
Umno Selangor akan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat untuk membantah tindakan Putrajaya menandatangani Statut Rom tanpa persetujuan Majlis Raja raja Ketua Umno Selangor Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan ker...
Is Statut Rom Anwar Sokong Mahathir

Is Statut Rom Anwar Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 373 hits
Plot tentang Dr M Anwar rujuk seseorang dari kerabat diraja Zikri Kamarulzaman Dakwaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat cubaan melaga lagakan raja Melayu dengannya berhubung isu Statut Rom bukanlah merujuk kepada parti po...
Isu Statut Rom Jemaah Menteri Buat Keputusan Ikut Prosedur

Isu Statut Rom Jemaah Menteri Buat Keputusan Ikut Prosedur

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 308 hits
Foto sumber internetKUALA LUMPUR Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan jemaah menteri telah membuat keputusan mengikut prosedur yang betul dalam proses meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Beliau berkata jemaah ...
Ada Usaha Burukkan Ph Guna Isu Statut Rom Tun Mahathir

Ada Usaha Burukkan Ph Guna Isu Statut Rom Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 337 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan terdapat usaha memburukkan Pakatan Harapan dalam meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa baru baru ini Sambil tidak mendedahkan pihak tertentu itu beliau be...
Statut Rom Memang Mengeliru

Statut Rom Memang Mengeliru

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 332 hits
ISMA WEB Pemimpin Islam Melayu dalam kerajaan takut kepada DAP Amir Isma BANGI Ikatan Muslimin Malaysia sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana menyokong keputusan kerajaan menarik diri daripada Statut Rom yang boleh mengancam kedaulat...
Tarik Diri Sertai Statut Rom Langkah Bijak Anwar

Tarik Diri Sertai Statut Rom Langkah Bijak Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 255 hits
Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah satu langkah bijak dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendir...
Kabinet Ikut Prosedur Ratifikasi Statut Rom Kata Saifuddin

Kabinet Ikut Prosedur Ratifikasi Statut Rom Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 227 hits
Kabinet ikut prosedur ratifikasi Statut Rom kata Saifuddin Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Apr 2019 7 17A
Malaysia Akan Tarik Diri Daripada Statut Rom

Malaysia Akan Tarik Diri Daripada Statut Rom

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada ratifikasi Statut Rom kontroversi yang dikritik pelbagai pihak termasuk istana Johor Perdana menteri berkata Kabinet membuat keputusan menarik diri da...
Dokumen Rumusan Eksekutif Statut Rom

Dokumen Rumusan Eksekutif Statut Rom

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 670 hits
Dalam isu Statut Rome Majlis Raja Raja Melayu meminta satu rumusan ekslusif dari 4 orang ahli akedemik yang terdiri dari pelbagai latar belakang berkaitan undang undang perlembagaan dan sebagainya Hasil daripada laporan itu MRRM telah menol...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia