Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal


Puasa Qadha' dan Puasa Sunat 6 Hari dalam Syawwal menjadi Soalan Lazim saban Tahun. Boleh ka gabung puasa? Sah ka? Dapat tak Pahala Puasa 6 kalau Gabung? 


Bismillah, mari kita lihat tiga pendapat Ulama yg mana kesemuanya adalah betul, sahih dan boleh diamalkan. Jadi selepas ini tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari mana satu yang lebih Rajih/ Sahih jika anda bukan seorang yang berkemahiran dalam Ahli Tarjih.


 STATUS PUASA QADHA' + PUASA 6 SYAWAL


Pendapat 1 : Melakukan secara berasingan yakni mendahulukan Puasa Qada' terlebih dahulu kemudian melakukan Puasa Sunat 6 Syawwal. 


Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah Puasa yang perlu diQadha' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal. Dan ini adalah Pendapat yang paling Afdhal menurut sisi semua ulama dalam Mazhab Syafie.




Pendapat 2 : Boleh melakukan Puasa Sunat 6 Syawwal terlebih dahulu Kemudian melakukan Puasa Qadha'.


Berdalilkan riwayat dari Sayyidatuna A'isyah r.a : 


كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.


Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah saw. 


Berdasarkan dalil di atas maka sebahagian ulama' menghukumkan harus bagi seseorang untuk menangguhkan Puasa qadha' dan memberi isyarat bahawa qadha' puasa itu tidaklah seperti qadha' solat  yang mesti disegerakan sebaik sahaja teringat. 


Kepada sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa qadha' terlebih dahulu kerana banyak jumlah yg perlu digantinya. Atau mungkin kerana tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat 6 hari  Syawwal, maka bolehlah dia beramal mengikut pendapat ini.


*Namun di sisi Ulama' Syafie, ianya Makruh kerana mendahului perkara yang wajib daripada yang sunat itu adalah lebih disukai.




Pendapat 3 : Menggabungkan kedua-duanya sekaligus akan mendapat hasil pahala bagi kedua-duanya. 


Inilah merupakan Pendapat sebahagian Ulama' Syafie dengan menggunakan Qiyas terhadap Solat Fardhu yang dikerjakan seseorang ketika mana ia masuk kedalam masjid, dia telah pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid keatas dirinya. Yakni Pahala solat Sunat Tahiyyatul Masjid akan terhasil sekali dengan Solat Fardhu tersebut.


Fatwa ini juga dinukilkan dari Imam yang muktabar didalam Mazhab syafie antaranya , Imam Ar Ramli, Imam Ibn Hajar Al Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.
*Berkata Imam Ramli*: Terhasillah puasa qadha tersebut walaupun disertakan niat yang lain dan terhasil juga pahala puasa enam sepertimana yang dinukilkan oleh golongan mutaakhirin. (Fatawa al-Ramli). 


Maka sesiapa yang merasakan lebih selesa atau kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan bolehlah menggabungkan kedua sekali, terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai suami supaya tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.


Ustaz, ada pendapat kata tak sah gabung? Yang ni Qoul Dhoif didalam Mazhab Syafie. Intaha! 




BOLEH KE GABUNG NIAT PUASA QADA DAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL?”

▶️ PENDAPAT YANG PERTAMA


1) Adalah lebih baik jika dilakukan secara berasingan niat puasa syawal dan puasa qada. Kerana ada ulama berpendapat bahawa tidak sah tetapi akan dikira puasa yang fardu sahaja dan puasa sunat Syawalnya tidak dikira. 


Ini adalah menurut pendapat Imam Al-Asnawi, Syeikh Ibn Al-Salah, Abu Makharamah. Mereka berhujah bahawa tidak boleh digabungkan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.




𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗘𝗡𝗔𝗠 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟

𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝟲 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 :
1) Diibaratkan Puasa Selama Setahun.
2) Menyempurnakan Kekurangan Ibadah Puasa Di Bulan Ramadan.
3) Disediakan Pintu Syurga Bernama Ar-Rayyan.
4) Dapat Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT.
5) Melatih Diri Untuk Istiqamah Melakukan Kebaikan Walau Berlalunya Ramadan.


𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗘𝗡𝗔𝗠


𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗘𝗻𝗮𝗺 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala.”





𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗤𝗮𝗱𝗮 (𝗚𝗮𝗻𝘁𝗶) 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗘𝗻𝗮𝗺 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً وَصَوْمَ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa ganti Ramadan yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala.


Semoga Allah SWT Mengangkat Segala Amal Ibadah Kita🤲🏼




▶️ PENDAPAT YANG KEDUA


2) Adalah SAH jika menggabungkan niat puasa 6 dibulan Syawal dengan puasa qada serta mendapat ganjaran pahala kedua-duanya.


Ini adalah menurut pendapat Imam Ibn Hajar Al-Haitami, Syeikh Muhammad Ramli, Imam Al-Barizi, Syeikhul Islam Syeikh Zakaria Al-Ansari dan kebanyakan ulama mutaakhirin. 


📌Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan:


“Saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dua niat”




FADHILAT PUASA HARI PUTIH

Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya:


“Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”


Riwayat Abu Daud (2449)


NIAT PUASA HARI-HARI PUTIH




TARIKH PUASA HARI PUTIH




Semua yang di kongsikan ini saya baca diFB dan saya himpunkan untuk tujuan pembelajaran dan rujukan diri sendiri dan semua dimasa akan datang...


Selamat Berpuasa semua...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2024/04/status-puasa-qadha-puasa-6-syawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lafaz Niat Puasa Ganti Dan Hukum Gabung Puasa Ganti Dan Puasa Enam Syawal

Lafaz Niat Puasa Ganti Dan Hukum Gabung Puasa Ganti Dan Puasa Enam Syawal

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 263 hits
Lafaz Niat Puasa Ganti dan Hukum Gabung Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal 5 Adakah anda cuba untuk menggantikan lepas dan ingin tahu lafaz niat puasa ganti Artikel kali ini menerangkan lafaz niat puasa ganti lafaz niat puasa enam syawal dan...
Malakoff Group Meriahnya Syawal Long Term Service Award 2024

Malakoff Group Meriahnya Syawal Long Term Service Award 2024

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum Semalam kan SA amik award tak sempat SA nak amik gambar kat podium 360 dan express photo penuh aje xde peluang langsung sudahnya ah biar la SA focus kat meja VVIP sampai event habis sempat gak la SA selfie dan bergambar deng...
5 Syawal Kehilangan

5 Syawal Kehilangan

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 225 hits
5 Syawal sedang menjamu selera sarapan pagi Ada panggilan masuk dari kakak Kakak inform yang abang di Jasin macam dah tenat sesak nafas sejuk Kesihatan arwah merosot dalam setahun dua ni Entah kenapa masa kakak cakap tu saya dah rasa macam ...
Bulan Syawal Adalah Bulan Peningkatan

Bulan Syawal Adalah Bulan Peningkatan

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 167 hits
Pertanyaan Saya sering mendengar bahwa bulan Syawal adalah bulan peningkatan Artinya kita tidak boleh kendor dalam beramal shalih setelah Ramadhan bahkan seharusnya bertambah semangatnya Apakah pernyataan tersebut benar Jawaban Alhamdulilla...
Kedah Pesta Songkran Dalam Bulan Syawal Sekali Netizen Perli Ustaz Pas Sampai Terpaksa Delete Gambar

Kedah Pesta Songkran Dalam Bulan Syawal Sekali Netizen Perli Ustaz Pas Sampai Terpaksa Delete Gambar

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 219 hits
MAISARAH AISYATahun lalu tular pendirian Dewan Pemuda Pas Kawasan Kampar yang membantah sekeras kerasnya penganjuran Pesta Songkran Pesta Songkran dikatakan ada unsur unsur adat keagamaan Buddha yang bercanggah dengan agama Islam Penganjura...
Tak Apa Lagi Pula Orang Gila Tak Wajib Puasa

Tak Apa Lagi Pula Orang Gila Tak Wajib Puasa

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 172 hits
Memang Nabi sallallah alaih wasallam suruh tengok hilal Untuk apa tengok Untuk tahu bulan Syawal dah tiba atau belum Adakah salah pakai teleskop Tidak salah kerana ia alat bantuan untuk tahu hilal Syawal sudah muncul atau belum Nabi sallall...
Syawal 1455h Beraya Di Kg Awah Temerloh

Syawal 1455h Beraya Di Kg Awah Temerloh

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 165 hits
20 Syawal bersamaan 29 April 2024 baru berkesempatan nak update sambutan syawal 1445H Kali ini kami suami isteri beraya non stop Penat saya yang semakin ketika itu dan migrain turut sertai beraya di Temerloh dan Kemaman Raya kan setahun sek...
Menu Syawal Kedua Mee Kuah

Menu Syawal Kedua Mee Kuah

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum dan Salam sejahtera Syawal kedua beraya di kampung tetapi raya sekarang dengan raya beberapa tahun lepas memang banyak bezanya Balik kampung tak semeriah dulu lepas arwah tok dan tokwan dah meninggal dunia Balik kampung suny...
4 Syawal Hiking Bukit Kepayang

4 Syawal Hiking Bukit Kepayang

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 223 hits
Raya raya pun nak hiking ke Ye dah sebulan cuti puasa kan Lepas tu raya melantak macam macam masuk perut Kena insaf awal Takut lupa diri pula Konon nak hiking Bukit Taisho memburu awan karpet selepas sebelum puasa haritu Tapi dah balik Sere...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik