Status Pelarian Rohingya Malaysia Tidak Iktiraf


Kuala Lumpur: Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian mana-mana kumpulan termasuk Rohingya walaupun mereka memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata sebaliknya kumpulan itu diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

”Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,” katanya menerusi kenyataan berkenaan status pelarian etnik Rohingya di negara ini.

Menurutnya, sehingga Mac 2020 terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR tinggal secara sementara di Malaysia dan daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya.


Sementara itu, Hamzah berkata berdasarkan hasil semakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)  tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.

Justeru, katanya, mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

”Oleh demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata KDN melalui jabatan dan agensinya komited dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara dan sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bertentangan undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hamzah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 19 laporan terhadap pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya dan empat kertas siasatan telah dibuka.

Selain itu, dua tekong warganegara Myanmar bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan terbabit dengan sindiket menyeludup masuk PATI yang memegang kad UNHCR ke dalam negara, katanya.

Merujuk tindakan pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan bot yang membawa etnik Rohingya memasuki kawasan perairan negara pada 17 April lalu, beliau menegaskan langkah itu adalah berlandaskan undang-undang bagi menjaga kedaulatan sempadan negara daripada diceroboh.

Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa Malaysia telah mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi bot itu keluar dari kawasan perairan negara.

Hamzah berkata tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong-lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

”KDN ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa akan terus bersiap siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap sempadan mahupun perairan negara,” katanya, menambah PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia diingatkan supaya terus menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini.

Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2020/04/status-pelarian-rohingya-malaysia-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tak Iktiraf Status Pelarian Rohingya Mereka Tak Berhak Untuk Membuat Sebarang Tuntutan

Malaysia Tak Iktiraf Status Pelarian Rohingya Mereka Tak Berhak Untuk Membuat Sebarang Tuntutan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya dan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang tanpa izin yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian Ini disebabkan Malaysia bukan Negara Pi...
Tak Terima Bot Pelarian Rohingya Kerajaan Malaysia Tak Berperikemanusiaan Kata Suaram

Tak Terima Bot Pelarian Rohingya Kerajaan Malaysia Tak Berperikemanusiaan Kata Suaram

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 774 hits
NGO Suaram mengutuk tindakan kerajaan Malaysia enggan menerima kemasukan bot mangsa pelarian etnik Rohingya dan menolak mereka semula ke laut pada 16 April lalu Suaram berkata walapun Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian Bangsa ...
Turki Terima Pelarian Malaysia Benci Rohingya

Turki Terima Pelarian Malaysia Benci Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 496 hits
Kredit Jamzuri Ardani Terdapat sekitar 4 juta pelarian Syria di Turki sejak negara Syria dilanda perang pada tahun 2011 Kehadiran pelarian Syria di Turki tidak disukai oleh kebanyakan rakyat Turki Selain dari beban kewangan yang terpaksa di...
Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1931 hits
Baru baru ini pula terdapat beberapa kapal yang dipercayai cuba menyeludup masuk lebih ramai lagi pelarian Rohingya ke Malaysia namun telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Sementara itu Duta TERC ke Malaysia Tengku Emma Zuriana Tengku...
Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

Kekangan Malaysia Hadapi Isu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1221 hits
MENANGANI isu politik Antarabangsa yang paling merumitkan antaranya ialah menguruskan pelarian yang meminta perlindungan selepas negara mereka musnah sama ada berlakunya peperangan bencana alam atau faktor politik Menurut laporan tahunan 20...
Majlis Rohingya Gesa Malaysia Pertimbang Dasar Tolak Bot Pelarian

Majlis Rohingya Gesa Malaysia Pertimbang Dasar Tolak Bot Pelarian

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 527 hits
PETALING JAYA Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula dasar menolak bot sarat dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara Ini susulan 2 laporan pihak ...
60 Pelarian Rohingya Maut Dalam Bot Ke Malaysia Sikap Malaysia Di Pertikai

60 Pelarian Rohingya Maut Dalam Bot Ke Malaysia Sikap Malaysia Di Pertikai

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1101 hits
TEKNAF Seramai 60 etnik Rohingya maut dalam sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan kata 2 pelarian terselamat kepada AFP pada Khamis Mereka berkata kapten kapal pukat tunda itu yang membawa lebi...
Malaysia Berhak Tolak Pelarian Rohingya

Malaysia Berhak Tolak Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 597 hits
Pelarian Rohingya sedia ada sudah timbulkan pelbagai masalah BANGI Jika Malaysia sudah tidak mampu menanggung beban pelarian yang sudah sedia ramai kerajaan berhak untuk menolak kehadiran pelarian Rohingya baharu Naib Presiden Barisan Jemaa...
Rakyat Malaysia Tuntut Kerajaan Hantar Pulang Pelarian Myanmar

Rakyat Malaysia Tuntut Kerajaan Hantar Pulang Pelarian Myanmar

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1085 hits
Surat terbuka tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya MalaysiaDari MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR Kepada ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI Tarikh 23 APRIL 2020TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGY...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao