60 Pelarian Rohingya Maut Dalam Bot Ke Malaysia Sikap Malaysia Di Pertikai
TEKNAF: Seramai 60 etnik Rohingya maut dalam sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan, kata 2 pelarian terselamat kepada AFP pada Khamis.
Mereka berkata, kapten kapal pukat tunda itu yang membawa lebih 500 lelaki, wanita dan kanak-kanak, turut terbunuh dalam satu pergaduhan dengan pelarian atas bot terbabit.
Hampir sejuta etnik Rohingya tinggal di kem sangat kotor dekat sempadan Bangladesh dan Myanmar, selepas melarikan diri daripada tindakan ketenteraan pada 2017. Ribuan orang cuba melarikan diri ke negara lain dengan bot usang yang sarat dengan penumpang.
Seorang lagi pelarian terselamat, Anwarul Islam berkata, selepas Malaysia dan Thailand menghalang bot itu memasuki perairan mereka, ia kembali ke Bangladesh di mana mereka diselamatkan pengawal pantai pada lewat malam Rabu lalu.
“Terdapat lebih 500 orang dalam bot yang sarat itu. Sekurang-kurangnya 60 daripada kami maut atas bot. Kami mengadakan solat jenazah atas bot dan membuang jenazah mereka ke laut,” katanya melalui telefon kepada AFP.
“Kami tiada makanan, air bersih atau ubat.
“Kapten cuba merogol salah seorang wanita kami dan berlaku pergaduhan,” kata Islam sambil menambah lelaki itu terbunuh dalam pergaduhan dan mayatnya dicampak ke laut.
Kenyataannya disokong Anwar Alam, seorang lagi pelarian terselamat yang berkata, mereka terkandas di laut selama 2 bulan 18 hari.
“Kami memasuki (perairan) Malaysia 3 kali, tetapi mereka tak benarkan. Ramai daripada kami mati dalam keadaan panas dan peluh. Terlalu ramai orang atas bot, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak,” kata Alam kepada AFP di tenggara Bangladesh.
“Kapten bot terbunuh dalam pertengkaran antara kami dan kru.”
Kelaparan
Seorang pemimpin komuniti Rohingya di Bangladesh yang enggan dinamakan berkata, 482 orang menaiki bot itu.
Itu bermakna lebih 50 orang mungkin sudah mati.
“Ia membuat beberapa percubaan untuk mendarat di Malaysia, tetapi ditolak. Kami fikir beberapa bot membawa Rohingya masih berada di laut.”
Pengawal pantai Bangladesh berkata, pelarian yang terselamat memaklumkan 32 orang maut atas bot itu yang cuba memasuki Malaysia dan Thailand, serta mayat mereka dibuang ke laut.
Pengawal pantai, Shah Zia Rahman memberitahu AFP hampir 250 wanita dan kanak-kanak antara 400 atau lebih pelarian yang diselamatkan daripada bot itu pada lewat malam Rabu lalu di daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh.
“Mereka kelaparan,” katanya.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, mereka “terlampau kekurangan zat makanan dan air”.
“Badan mereka sudah menjadi rangka. Ada yang sehingga berjanggut atas bot,” kata ketua polis tempatan, Masud Hossain.
Media Bangladesh memetik seorang penumpang bot itu sebagai berkata, Malaysia tidak membenarkan bot terbabit memasuki perairan negara kerana pandemik Covid-19.
“Kami gagal mendarat di pantai Malaysia selepas beberapa percubaan,” Mohammad Jubayer memberitahu portal berita bdnews24.com.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Mohamad Zubil Mat Som berkata, kawalan di sempadan maritim diperketatkan.
Hanya beberapa penumpang terselamat itu mempunyai kad pelarian daripada kem dan ramai yang menaiki bot terbabit di Arakan, negeri Rakhine di Myanmar, kata pengawal pantai, Hamidul Islam.
Katanya, mereka ditahan kerana memasuki Bangladesh secara haram dan seorang jurucakap PBB mengesahkan kumpulan pelarian itu kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Sejak akhir tahun lalu, agensi penguatkuasaan undang-undang Bangladesh menahan kira-kira 1,000 Rohingya di kampung pesisir pantai dan bot yang dalam perjalanan ke Malaysia.
Biraj Patnaik daripada Amnesty International membidas “sikap kerajaan lain tidak bersimpati” dengan penderitaan Rohingya yang melarikan diri daripada “jenayah terhadap kemanusiaan” di Myanmar.
MR : Sedih, kesal pun ada...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/60-pelarian-rohingya-maut-dalam-bot-ke.html