Status Hadith Umur Panjang Diampun Dosa



SOALAN:
Apakah status hadith ini? Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

سَأَلْتُ اللهَ فِي أَبْنَاءِ الأَرْبَعِيْنَ مِنْ أُمَّتِيْ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ : فَأَبْنَاءِ الخَمْسِيْنَ؟ قَالَ إِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ: فَأَبْنَاءِ السِّتِّيْنَ؟ قَالَ: قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ
“Aku telah meminta (keampunan) kepada Allah terhadap anak-anak yang berumur 40 tahun daripada umatku.” Maka Allah berfirman: “Wahai Muhammad, aku telah ampunkan mereka.” Aku berkata lagi: “Adakah untuk yang berumur 50 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah mengampunkan mereka semua.” Aku berkata sekali lagi: “Adakah untuk yang berumur 60 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah mengampunkan mereka semua.”

JAWAPAN:
Setiap manusia tidak mengetahui bilakah usianya akan berakhir. Akan tetapi, semua ini telah ada di dalam ilmu Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam banyak ayat al-Quran ketika membicarakan berkaitan ajal manusia. Di samping itu juga, Nabi SAW pernah menyebut di dalam sebuah hadith berkaitan usia atau umur umatnya iaitu:

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ
“Umur-umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [Riwayat al-Tirmidzi (3550), hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmidzi]

Tambahan pula, jika Allah SWT melanjutkan usia atau umur seseorang itu adalah bertujuan agar mereka berfikir serta mempelajari agama ini. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT:

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ
“Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.” (al-Fatir: 37)

Syeikh Sayyid al-Tantawi menyatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 352/11]

Berdasarkan soalan di atas, riwayat tersebut ada dinukilkan di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir karya Imam al-Suyuthi. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 455/1, no. Hadith 4600]

Akan tetapi, riwayat tersebut sanadnya dinilai sebagai dhaif sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab al-Siraj al-Munir. [Lihat: al-Siraj al-Munir, 205/3]

Tambahan pula, riwayat ini juga dinilai dhaif oleh al-Albani ketika beliau mentakhrijkan hadith-hadith di dalam kitab al-Jami’ al-Saghir ini. [Lihat: Dhaif al-Jami’, 472/1]

Selain itu, Syeikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi meletakkan riwayat ini di dalam kumpulan hadith-hadith dhaif dan palsu. [Lihat: Mausu’ah al-Ahadith wa al-Athar al-Dha’ifah wa al-Mawdhu’ah, 200/5]

Untuk itu, kami cenderung bahawa riwayat tersebut adalah dhaif (lemah). Akan tetapi berkaitan umur ini ada disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Ahmad iaitu:

1. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أَجَلَهُ، حَتَّى بَلَّغَهُ سِتِّينَ سَنَةً
“Allah SWT menghilangkan keuzuran bagi sesiapa yang dilewatkan ajalnya (dipanjangkan usianya) ketika dia sampai usia 60 tahun.” [Riwayat al-Bukhari (6419)]

2. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ
“Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (9251), hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]

3. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَتَتْ عَلَيْهِ سِتُّونَ سَنَةً، فَقَدْ أَعْذَرَ اللهُ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ
“Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.” [Riwayat Ahmad (8262), riwayat ini sanadnya adalah kuat menurut Syeikh Syu’aib dan riwayat ini dijadikan sebagai syawahid (sokongan kepada hadith lain) oleh Imam Muslim]

Hadith-hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Allah SWT memanjangkan usia seseorang itu adalah supaya mereka menggunakan peluang tersebut pada perkara-perkara ketaatan supaya ia tidak menjadi hujjah di akhirat kelak disebabkan sedikitnya amalan seseorang itu.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, makna hadith tersebut adalah tidak berbaki lagi keuzuran (tidak menerima alasan) bagi sesiapa yang telah dipanjangkan usianya oleh Allah SWT seperti mereka berkata “Jika Allah memanjangkan usia aku pasti aku melakukan apa yang telah diperintahkan.” Dihilangkan keuzuran (tidak diterima alasan) tersebut adalah kerana seseorang itu telah mencapai penghujung kepada keuzuran dan mereka juga mampu untuk melakukannya di samping tiada lagi keuzuran buatnya untuk meninggalkan ketaatan kerana mereka mampu untuk melakukannya apabila dikurniakan usia yang sedemikian. Maka, tidak layak seseorang itu ketika berada pada usia sedemikian menyibukkan diri mereka melainkan pada perkara seperti istighfar (memohon ampun kepada Allah), melakukan ketaatan dan juga mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menghadapi hari Akhirat. [Lihat: Fath al-Bari, 240/11]

Penutup

Kesimpulannya, setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan juga hari akhirat tidak boleh mensia-siakan usia yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya. Usia atau umur tesebut perlulah diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti melakukan amal soleh dan menuntut ilmu. Akhirnya, marilah bersama-sama kita merenung sabda Nabi SAW apabila Baginda SAW ditanya berkaitan siapakah manusia yang terbaik.

Daripada Abi Bakrah R.A berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” Rasulullah SAW menjawab:

مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
“Siapa yang usianya dan baik amalannya.” [Riwayat al-Tirmidzi (2330), Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

Semoga Allah SWT memberkati usia kita dan memimpin kita agar terus beristiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT supaya kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT di akhirat kelak. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-hadith-umur-panjang-diampun-dosa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penelitian Baca Buku 30 Menit Setiap Hari Bisa Bikin Panjang Umur

Penelitian Baca Buku 30 Menit Setiap Hari Bisa Bikin Panjang Umur

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 200 hits
Menurut penelitian membaca buku selama 30 menit setiap hari bisa meningkatkan kemungkinan hidup lebih lama
Jokowi Minta Normalisasi Sungai Dilanjut Anies Bilang Itu Jangka Panjang

Jokowi Minta Normalisasi Sungai Dilanjut Anies Bilang Itu Jangka Panjang

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 141 hits
Menurut Anies program normalisasi dan naturalisasi merupakan proyek jangka panjang yang dilakukan bersama Kementerian PUPR Sehingga dia belum bisa memastikan kapan pihaknya akan memulai program tersebut
Rentasan Berita 621 Panas Mp Pas Rantau Panjang Terbukti Menipu

Rentasan Berita 621 Panas Mp Pas Rantau Panjang Terbukti Menipu

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 252 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 621 1 KEWANGAN KELANTAN SURPLUS ADAKAH BOHONG SYARIE 2 SELEPAS MERDEKA MELAYU DIHASUT JADI SINOPHOBIA 3 KERAJAAN SELANGOR BANTU MENCARI PENGASUH UNTUK ANAK ANAK 4 RASISME EKSTRIMISME DAN ISLAMOPHOBIA CABARAN MALAYSIA ...
Anak Yang Cakap Bahasa Jerman Sebenarnya Dia Nak Tiru Kita Sebab Tu Elak Cakap Panjang Panjang

Anak Yang Cakap Bahasa Jerman Sebenarnya Dia Nak Tiru Kita Sebab Tu Elak Cakap Panjang Panjang

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 315 hits
Bahasa jerman yang dihasilkan oleh kanak kanak atau secara istilahnya dikenali sebagai JARGON kita perlu tahu apakah kemahiran yang menyebabkan kanak kanak melakukannya terlebih dahulu Untuk kanak kanak belajar bercakap banyak kemahiran yan...
Nak Rambut Panjang Sampai Orang Bosan

Nak Rambut Panjang Sampai Orang Bosan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 378 hits
Namanya melonjak naik selepas membintangi darama Sweet Dreams bersama Mira Filzah boleh dikatakan pelakon Ben Amir kini menjadi kegilaan ramai gadis diluar The post appeared first on
Kalendar 2020 Cuti Panjang Sepanjang Tahun

Kalendar 2020 Cuti Panjang Sepanjang Tahun

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 318 hits
assalamualaikum salam sejahtera saturday morning yg best tu yg pepagi dah nak kasik up satu entri di blog ni jam 8 pagi karang dah nak keluar rumah sarapan ada perjumpaan ibu bapa guru di sekolah Izzat then mungkin terus nak ke kedai buku n...
Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar Bertudung Tak Bererti Suci

Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar Bertudung Tak Bererti Suci

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 207 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai penampilan anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Ahmad Fakhruddin Attar Ada yang mengecam The post appeared first on
Warung Selera Kampung Bendang Panjang

Warung Selera Kampung Bendang Panjang

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1524 hits
Sewaktu hendak mengikut suami yang ada tugas di Perlis dari 29 12 2019 hingga 31 12 2019 anak keduaku beriya iya mengingatkan agar kami singgah makan di Katanya makanan di situ sedap dan murah Jadi bila sudah singgah di Kuala Kangsar untuk ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp