Status Hadith Hajar Aswad Tangan Kanan Allah Di Bumi



SOALAN:
Apakah status hadith ini? Daripada Jabir bin Abdillah R.A berkata, dikatakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

الْحَجَرُ الأَسْوَدُ يَمِينُ اللَّهِ فِي الأَرْضِ يُصَافِحُ بِهَا عِبَادَهُ
“Al-Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi yang mana dengannya Allah bersalaman dengan hamba-hamba-Nya.”

JAWAPAN:
Al-Hajar al-Aswad merupakan batu yang terletak di salah satu daripada penjuru Kaabah dan Allah SWT menurunkannya dari Syurga sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith yang sahih. Daripada Ibn Abbas R.anhuma berkata, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

نَزَلَ الحَجَرُ الأَسْوَدُ مِنَ الجَنَّةِ، وَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ فَسَوَّدَتْهُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ
“Al-Hajar al-Aswad diturunkan dari Syurga. Warna lebih putih daripada putihnya susu tetapi ia telah dihitamkan oleh sebab dosa-dosa anak Adam.” [Riwayat al-Tirmidzi (877), Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

Berdasarkan soalan di atas, suka bagi kami untuk menukilkan terlebih dahulu sebahagian daripada pandangan para ulama' berkaitan hukum hadith di dalam persoalan di atas:

Imam al-Khatib al-Baghdadi (463H) menyatakan salah seorang perawinya Ishak bin Bisyr merupakan seorang pendusta, matruk al-hadith (ditinggalkan riwayatnya), munkar al-hadith (diingkari hadithnya) dan juga seorang perawi yang dhaif. [Lihat: Tarikh Baghdad, 7/338]Imam Ibn al-Jawzi (597H) menilai hadith ini sebagai tidak sahih kerana salah seorang perawinya Ishak bin Bisyr didustakan oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah dan selain daripadanya. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanahiyah, 2/85]Imam Ibn Taymiyyah (728H) mengatakan bahawa sanad hadith ini adalah tidak tsabit daripada Nabi SAW tetapi yang masyhur adalah daripada ucapan Ibn Abbas R.anhuma. [Lihat: Majmu’ al-Fatawa, 6/397]Syeikh al-Albani (1420H) menghukum hadith ini sebagai munkar. [Lihat: Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Mawdhu’ah, 1/390]
Melihat kepada beberapa pandangan daripada kalangan para ulama', kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah tidak tsabit daripada Nabi SAW. Justeru itu, kita sama sekali tidak boleh menyandarkannya kepada Nabi SAW. Akan tetapi, sepertimana yang diperkatakan bahawa hadith ini berkemungkinan merupakan ucapan Ibn Abbas R.anhum dan bukannya daripada Nabi SAW dengan lafaz yang sedikit berbeza, iaitu:

الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ يَمِينُ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ صَافَحَهُ وَقَبَّلَهُ فَكَأَنَّمَا صَافَحَ اللَّهَ وَقَبَّلَ يَمِينَهُ
“Al-Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi. Barangsiapa yang bersalaman dan mengucupnya, seakan-akan dia bersalaman dengan Allah serta mengucup tangan kanan-Nya.”

Hal ini disebutkan oleh Imam Abu Bakar Abd al-Razzaq di dalam musannafnya bahawa ia adalah ucapan daripada Ibn Abbas R.anhuma:

الرُّكْنُ - يَعْنِي الْحَجَرَ - يَمِينُ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ يُصَافِحُ بِهَا خَلْقَهُ مُصَافَحَةَ الرَّجُلِ أَخَاهُ
“Rukun (al-Hajar al-Aswad) adalah tangan kanan Allah di bumi, yang mana dengannya Allah bersalaman dengan hamba-hamba-Nya seperti bersalaman seorang lelaki dengan saudaranya.” [Lihat: Musannaf Abd al-Razzaq (8919)]

Jika kita amati ucapan Ibn Abbas R.anhuma ini tidaklah termasuk di dalam bab menyifatkan Allah SWT dengan makhluk. Ini kerana, ucapan Ibn Abbas R.anhuma bersifat perumpamaan dan bukannya hakikat. Tambahan pula, di dalam al-Quran jelas Allah SWT menyatakan bahawa Dia sama sekali tidak sama dengan makhluk yang diciptakan oleh-Nya:

Firman Allah SWT:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Al-Syura: 11)

Penutup

Kesimpulannya, hadith di atas adalah tidak sahih atau tsabit daripada Nabi SAW tetapi ia merupakan ucapan daripada Ibn Abbas R.anhuma. Selain itu, kami juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan para jemaah haji dan umrah agar tidak menyakiti orang lain ketika ingin mengucup atau mengusap al-Hajar al-Aswad kerana perbuatan tersebut adalah haram.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kesempatan dan peluang untuk mengusap dan mengucup al-Hajar al-Aswad. Amin. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/status-hadith-hajar-aswad-tangan-kanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jodoh Di Tangan Allah Swt

Jodoh Di Tangan Allah Swt

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 225 hits
Ikhtiar untuk menemukan jodoh anda Khusus hanya untuk yang siap nikah tidak pakai pacaran Siapakah jodoh kita kapan waktunya tiba di mana akan dipertemukan apakah ia benar benar orang shaleh shalehah Semua itu rahasia Allah SWT Allah SWT me...
Bala Di Berikan Oleh Allah Swt Kepada Hamba Hambanya Di Muka Bumi Ini

Bala Di Berikan Oleh Allah Swt Kepada Hamba Hambanya Di Muka Bumi Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 261 hits
Hampir sekian lama cucu kepada allah swt ingin hendak berkongsi bersama dengan anda semua sepi sunyi itulah ungkapan yang di beri oleh cucu kepada allah swt kerana sunyinya kerana mencari ilmu kerana sunyinya disebabkan mendalami ilmu Alham...
Insha Allah Dsai Menjadi Pilihan Yang Di Pertuan Agong

Insha Allah Dsai Menjadi Pilihan Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 784 hits
Februari 25 2020 20 51Dalam beberapa jam lagi dinamika politik Malaysia akan menjadi semakin dinamik Selepas PAS dan UMNO secara rasminya menarik balik sokongan mereka kepada Tun Mahathir dan mencadangkan untuk membubarkan parlimen segala p...
Bubar Parlimen Adalah Pilihan Akhir Bagi Pemimpin Yang Allah Bagi Kehebatan 9778

Bubar Parlimen Adalah Pilihan Akhir Bagi Pemimpin Yang Allah Bagi Kehebatan 9778

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 361 hits
Bila membuat keputusan yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan Itulah Tun Dr Mahathir Bubar Parlimen boleh ditangguhkan sehingga titik akhir atau menjadi pilihan akhir Utamakan kesetabilan keselamatan ekonomi dan kemesraan rakyat Malays...
5 Tahun Umi Tunggu Adik Tapi Allah Pinjamkan 9 Bulan Sahaja Dalam Rahim Umi

5 Tahun Umi Tunggu Adik Tapi Allah Pinjamkan 9 Bulan Sahaja Dalam Rahim Umi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 398 hits
Hanya tinggal beberapa hari untuk menyambut kehadiran orang baru kegembiraan hati seorang ibu bertukar saat menyedihkan apabila mengetahui anak yang dikandung 9 bulan tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum tarikh bersalin Apa yang lebih...
Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 207 hits
Orang yang M lukaimu Akan T rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan LuputM rasa g ram kar na dip rlakukan buruk itu adalah rasa yang manusiawi tidak t rima dan ingin s kali m mbalas Tapi k tika kamu m mbalas d ngan h...
Jika Menginginkan Yang Baik Minta Sama Allah Jangan Merebut Milik Orang Lain

Jika Menginginkan Yang Baik Minta Sama Allah Jangan Merebut Milik Orang Lain

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 304 hits
Jika Menginginkan yang Baik Minta Sama Allah Jangan Merebut Milik Orang LainUntukmu wanita menginginkan laki laki yang baik bertanggung jawab baik agamanya dan memiliki pekerjaan keren itu sah sah saja tapi jangan pernah gelap mata menginca...
Seburuk Apapun Pasanganmu Dialah Yang Allah Pilih Untukmu Dan Pastinya Dialah Yang Terbaik

Seburuk Apapun Pasanganmu Dialah Yang Allah Pilih Untukmu Dan Pastinya Dialah Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 131 hits
Seburuk Apapun Pasanganmu Dialah yang Allah Pilih Untukmu Dan Pastinya Dialah yang TerbaikAkan ada saatnya saya kamu mengeluh tentang keburukan pasangan Dihh kok gini ya kok gitu ya aku nggak sanggup bertahan kalau kita nggak sejalan Hey ng...
Ph Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri Allah Sebaik Baik Perancang Zahida

Ph Tumbang Atas Kezaliman Mereka Sendiri Allah Sebaik Baik Perancang Zahida

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 370 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Rakyat mendoakan kerajaan Pakatan Harapan hanya satu penggal di Putrajaya tetapi rupa rupanya hanya separuh penggal di mana perancangan Allah itu yang terbaik ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Z...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang