Status Hadith Berwudhu Menghindarkan Wabak Dan Penyakit



SOALAN:
Saya ingin bertanya tentang status hadith yang banyak dikongsikan semenjak isu COVID-19 ini yang menyatakan: “Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wudhu’nya” -Riwayat Al-Thabrani. Persoalan saya, adakah hadith ini sahih?

JAWAPAN:
Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa memang terdapat nas-nas syarak yang mengkhabarkan akan berlakunya wabak penyakit berjangkit pada generasi yang terkemudian dari kalangan umat ini. Antaranya adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
“Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun serta penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi sebelum mereka.” [Riwayat Ibn Majah (4019)]

Berikut kami nyatakan beberapa pendapat para ulama' hadith berkenaan status hadith di atas:

Imam Al-Hakim al-Naisaburi mengatakan: “هَذَا حَدِيث صَحِيح الْإِسْنَاد hadith ini isnadnya sahih.” [Rujuk: Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, Al-Hakim (4/582)]Imam al-Bushiri mengatakan bahawa: “هذا حديث صالح للعمل به hadith ini soleh (baik) untuk diamalkan.” [Rujuk: Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah, Al-Bushiri (4/186)]Syeikh Syu’aib al-Arna’uth pula menyatakan bahawa hadith ini hasan lighayrih. [Rujuk: Sunan Ibn Majah tahqiq Syu’aib al-Arnauth (5/150)]
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, setelah kami melakukan pencarian yang meneliti terhadap teks hadith tersebut di dalam kitab-kitab hadith yang dikaryakan oleh Imam al-Thabrani seperti Al-Mu’jam al-Saghir, Al-Mu’jam al-Awsath, dan al-Mu’jam al-Kabir, maka kami tidak menjumpai walau satu pun hadith yang menghampiri atau menepati teks yang terdapat di dalam hadith tersebut.

Demikian juga kami menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadith yang sahih lagi sarih menunjukkan bahawa perbuatan berwudhu’ menghalang wabak dan penyakit kepada seseorang yang melakukannya. Bahkan teks yang terdapat di dalam hadith tersebut jelas bercanggahan dengan hakikat yang berlaku apabila ia menyatakan bahawa umat Islam yang memelihara wudhu’ terhindar daripada wabak penyakit.

Ini kerana, merujuk kepada hadith-hadith yang sahih, saat terjadinya wabak atau azab daripada Allah SWT kepada sesuatu kaum, maka ia turut menimpa golongan soleh dan orang beriman yang ada dalam kalangan mereka. Antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا ظَهَرَ السُّوءُ فِي الْأَرْضِ أَنْزَلَ اللَّهُ بَأْسَهُ بِأَهْلِ الْأَرْضِ ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنْ كَانَ فِيهِمْ صَالِحُونَ؟ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كَانَ فِيهِم صَالِحُونَ، يُصِيبُهُمْ مَا أَصَابَ النَّاسُ، ثُمَّ يَرْجِعُونَ لِرَحَمَةِ اللَّهِ
“Apabila munculnya kejahatan di atas muka bumi maka Allah akan menurun azab-Nya kepada seluruh penduduk bumi. Aku (Ummu Salamah) bertanya: “Sekalipun dalam kalangan mereka ada orang soleh?” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Ya, meskipun dalam kalangan mereka ada orang soleh. Mereka ditimpa seperti mana yang ditimpa oleh orang ramai kemudian mereka kembali kepada rahmat Allah.” [Riwayat Al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath (2089)]

Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa sekiranya azab Allah SWT menimpa sesuatu kaum, maka ia akan meliputi kesemua yang terdapat dalam kalangan tersebut sama ada terdapat di dalamnya orang soleh atau tidak. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ عَذَابًا أَصَابَ الْعَذَابُ مَنْ كَانَ فِيهِمْ ثُمَّ بُعِثُوا عَلَى أَعْمَالِهِمْ
“Apabila Allah mengkehendaki azab berlaku kepada sesuatu kaum, Allah akan menimpakan azab kepada semua yang berada dalam kalangan mereka. Kemudian mereka akan dibangkitkan dengan amalan-amalan mereka.” [Riwayat Muslim (2879)]

Syeikh Muhammad Al-Amin al-Harari al-Syafi’e dalam syarahan ke atas hadith ini berkata: “(Azab) akan meliputi kesemua yang berada dalam sesebuah kaum dari kalangan orang yang taat dan juga pelaku maksiat.” [Rujuk: Al-Kaukab al-Wahhaj Syarah Sahih Muslim (26/58)]

Begitu juga yang dinyatakan oleh Syeikh Abu Al-Abbas Ahmad bin Umar al-Qurthubi yang menyebut: “Allah akan membinasakan kesemua mereka dengan azab yang Dia utuskan kepada mereka yang meliputi orang soleh dan juga orang jahat dari kalangan mereka. Adapun azab yang menimpa orang soleh maka itu bertujuan mengangkat darjatnya serta membanyakkan pahalanya kemudian dia akan dibangkitkan di atas niatnya yang soleh.” [Rujuk: Al-Mufhim (7/144)]

Demikian juga dikuatkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Zainab bint Jahsy R.Anha beliau berkata:

أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ قَالَ ‏نَعَمْ، إِذَا كَثُرَ الْخَبَثُ
“Adakah kami akan binasa dalam keadaan orang-orang soleh berada dalam kalangan kami?” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Ya, jika kejahatan semakin banyak.” [Riwayat Al-Bukhari (7059)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami ringkaskan kenyataan ini dengan beberapa noktah yang berikut:

Tidak dinafikan bahawa wabak penyakit berjangkit akan muncul pada akhir zaman dan kita berpada dengan hadith-hadith sahih yang menjelaskan berkenaan hal ini.Tidak ada nas yang secara spesifik lagi sahih menyatakan bahawa berwudhu’ dapat menghindarkan seseorang dari wabak penyakit. Tanpa menafikan bahawa antara fadhilat sampingan berwudhu’ adalah ia dapat membersihkan anggota wudhu’ dari kotoran.Golongan soleh dan beriman juga turut tidak terlepas untuk ditimpa azab sekiranya Allah SWT menurunkannya kepada sesuatu kaum seperti mana yang disebutkan dalam hadith-hadith sahih yang telah kami kongsikan.Hadith yang diajukan dalam persoalan di atas merupakan hadith palsu yang bercanggah dengan riwayat-riwayat yang sahih serta tidak ada asal baginya. Meskipun begitu, ini sama sekali tidak menafikan fadhilat berwudhu’ seperti yang telah disebutkan dalam hadith-hadith yang sahih.Perlu juga ditegaskan bahawa penyebaran hadith-hadith palsu merupakan salah satu perbuatan dosa yang haram hukumnya. Melainkan ia dibenarkan untuk disebar bagi menjelaskan kepalsuannya sahaja.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/status-hadith-berwudhu-menghindarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zikir Dan Doa Untuk Keselamatan Daripada Segala Wabak Penyakit Mufti N Sembilan

Zikir Dan Doa Untuk Keselamatan Daripada Segala Wabak Penyakit Mufti N Sembilan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 1436 hits
Susulan wabak pandemik Covid 19 yang semakin menular dalam negara Malaysia Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Dato Hj Mohd Yusof Bin Hj Ahmad hari ini mengeluarkan zikir serta doa untuk keselamatan dan kesentosaan daripada segala wabak penyakit...
Doa Untuk Memohon Perlindungan Dari Wabak Penyakit

Doa Untuk Memohon Perlindungan Dari Wabak Penyakit

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 2380 hits
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Pelbagai langkah berjaga jaga telah diambil kerana penyakit COVID 19 yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian Selain pencegahan dari aspek kesihatan aspek ke...
Coronavirus Covid 19 Penularan Penyakit Pernafasan Dan Wabak Bahaya Seluruh Dunia 2020

Coronavirus Covid 19 Penularan Penyakit Pernafasan Dan Wabak Bahaya Seluruh Dunia 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 472 hits
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua Salam Jumaat penghulu segala hari dah 2 tahun menyepi dari dunia penulisan dan blog kini kembali sebab dah lama terkurung dalam rumah hahaha Semoga rakan rakan yang membaca dapat manfaat daripada e...
Doa Tolak Wabak Penyakit Doa Hindari Penyakit Buruk

Doa Tolak Wabak Penyakit Doa Hindari Penyakit Buruk

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 667 hits
Kebelakangan ini kita telah diuji dengan datangnya penyakit pandemik bernama Coronavirus atau nama barunya Covid 19 Semua kita takut risau dan sedih Sebagai orang islam jika kita bersedih adalah baik jika kita berdoa usaha yang terbaik dan ...
Hadith Mencegah Penyakit Berjangkit

Hadith Mencegah Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 376 hits
Hadith Mencegah Penyakit Berjangkit Hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Dan Hari Jumaat pertama sembahyang Jumaat tak dapat dilaksanakan Agaknsedih juga kan bila lihat masjid Dan surau sunyi dan sepi dari jemaah Walau apapun sa...
Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit Kemusnahan Dan Thriller

Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit Kemusnahan Dan Thriller

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 498 hits
Movie korea banyak antara movie yang sangat best bila tengok sebab dia punya level tu dah tahap level movie Hollywood Jauh sekali nak dibandingkan dengan movie buatan Malaysia Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit Kemusnahan d...
Tanggungjawab Bersama Cegah Wabak Penyakit

Tanggungjawab Bersama Cegah Wabak Penyakit

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 364 hits
Wabak penyakit melanda negara adalah ujian untuk semua Setiap rakyat bertanggungjawab melakukan apa termampu untuk membendung wabak daripada terus merebak Di pihak kerajaan sangat serius mengekang penularan wabak Covid 19 tetapi terpaksa be...
Wahan Wabak Penyakit Akhir Zaman Yang Nabi Dah Pernah Sebut

Wahan Wabak Penyakit Akhir Zaman Yang Nabi Dah Pernah Sebut

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 573 hits
Wahan Wabak Penyakit Akhir Zaman Yang Nabi Dah Pernah Sebut Saat sedang bersemuka dengan virus corona saat ini secara tidak langsung daku turut teringat akan wabak akhir zaman yang Rasulullah SAW dah sebut Baginda dah pernah beritahu pada p...
Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 311 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Naim harap semua berada bersama sama keluarga tercinta Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bantuan Awal Persekolahan Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan

Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat