Starbucks New Refreshing Summer Menu Including Sweet Corn Frappuccino And More
Starbucks New Refreshing Summer Menu | Starbucks telah memperkenalkan menu musim panas yang menyegarkan termasuklah Sweet Corn Frapuccino dan banyak lagi. Kesemua Starbucks new drinks Malaysia ni telah diperkenalkan pada bulan April yang lepas
Bagi penggemar tegar kopi mahal jenama Starbucks sudah pastinya tidak lepaskan peluang mencuba menu Starbucks Malaysia 2020 yang dikeluarkan sempena musim panas ini. Ada yang dah cuba? Jika kau orang bukan penggemar kopi, patut cuba menu Starbucks yang baru ni sebab semuanya tidak berasaskan kopi pun.
Starbucks New Refreshing Summer MenuFrapuccino dan Starbucks berpisah tiada itulah trademark Starbucks. Untuk Starbucks Malaysia Frapuccino menu sempena musim panas ni ada 3 jenis minuman yang menyegarkan dan melegakan tekak.
Musim panas tu merujuk kepada cuaca panas ye sebab Malaysia ni bukan negara bermusim. Faham-fahamlah kan cuaca panas di Malaysia ni macamana. Lain macam panasnya. Dapat minuman sejuk yang Starbucks Malaysia keluarkan ni memang sejuk tekak
1. Caramel Sweet Corn Frappuccino
Caramel Sweet Corn Frappuccino di inspirasikan daripada air jagung Bazaar Ramadhan. Bulan April yang lepas kita masih dalam bulan Ramadhan kan. Jadi, Starbucks mencipta air jagung mengikut versi Starbucks dengan menggabungkan buttered sweet corn, a swirl of green tea whipped cream dan tak lupa sos caramel manis.
Menarik betul gabungan semua tu menghasilkan air jagung premium. Siapa suka air jagung tu rugilah kalau tak cuba Air jagung Starbucks ni. Terasa bangsawan pula minum air Caramel Sweet Corn Frappuccino ni kan. Tak suka frapuccino? Boleh je order yang blended
Harga bermula dari RM18
2. Oolong Jelly Matcha Royale
Jika kau orang peminat teh, boleh cuba Oolong Jelly Matcha Royale yang berasaskan matcha latte bersama dengan Oolong jelly. Oolong tu sejenis chinese tea dan jelly tu adalah cincau. Pernah nampak air matcha (green tea) campur cincau (jelly)? Tak pernah kan?
Peminat matcha, jangan lepaskan peluang cuba rasa Oolong Jelly Matcha Royale yang serba mewah ni. Rasa kecur pula tengok Oolong Jelly Matcha Royale ni sebab Fiza peminat matcha. Teringin nak cuba
Grande saiz dengan harga RM19.10
3. Tropical Triple CitrusBila musim panas, dapat air buah-buahan pasti menyejukkan tekak. Untuk kau orang yang suka air buah-buahan tu silalah cuba Tropical Triple Citrus. Tropical Triple Citrus menggabungkan 3 jenis orange juices iaitu orange, lemon and grapefruit. Dicampurkan bersama Teavana Emperor Cloud dan Mist Green Tea.
Tak lupa juga didatangkan sekali dengan hirisan buah orange, lemon dan grapefruit. Minuman gabungan 3 buah orange ni rasanya sesuai untuk kau orang yang suka jus buah-buahan yang masam-masam. Menulis sambil tengok gambar air ni pun dah buat rasa kecur air liur.
Grande saiz dengan harga RM19.10
Ice Pop Cold Cups Series
Ohh ya, untuk kau orang yang suka kumpul barangan ekslusif Starbucks. Starbucks Malaysia ada keluarkan juga koleksi barangan ekslusif terbaru yang di inspirasikan sempena musim panas. Ada cold cup, botol air dan juga mug. Kesemua koleksi ekslusif ni menampilkan warna warna yang ceria dan bermotifkan corak musim panas
Starbucks Kati Kati BlendBerita baik untuk penggemar kopi Starbucks dimana Starbucks Malaysia telah membawa semula Kati Kati Blend Coffee (Starbucks Whole Bean Coffee). Kegemaran semua penggemar kopi di musim panas. Rasa-rasa nak minum kopi Starbucks selalu, belilah kati-kati blend ni
Kati Kati Blend ni di hasilkan daripada biji kopi yang terpilih dan terbaik di East Africa. Kopi panggang yang diadun dengan sempurna dibungkus dengan citrus dan aroma rempah
Order Online Dengan Food Delivery FoodPandaBest-best Starbucks menu keluarkan ni. Kau orang boleh dapatkan kesemua minuman musim panas ni di mana-mana cawangan Starbucks seluruh Malaysia selagi Starbucks Malaysia promotion still ON. Rasa macam nak rasa semua je.
Agak-agak macam teringin dan macam malas nak keluar rumah, boleh je order online dengan menggunakan servis food delivery dari FoodPanda.
Tak payah susah-susah nak keluar beratur dan tak perlu nak gelabah tak tahu nak order Starbucks macamana. Almaklumlah susah juga nak order menu Starbucks di kaunter tu kalau tak biasa. Lainlah kalau kau orang yang dah biasa.
Macam biasa, bila Starbucks Malaysia memperkenalkan rangkaian minuman terbaru mengikut musim ni dia akan dikeluarkan dalam tempoh terhad. Lambat memang tak dapat lah. Mana satu pilihan kau orang? Kalau tanya Fiza, Fiza pilih semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/06/starbucks-new-refreshing-summer-menu.html