Star Residences Cipta Kejayaan Diiktiraf Malaysia Book Of Records Dengan Seni Mural Mozek Terbesar


Star Residences's biggest Mosaic Tiles Wall Mural ArtStar Residences, mercu tanda terbaru gaya hidup mewah Kuala Lumpur, terus mencipta nama dengan kemasukan dalam senarai Malaysia Book of Records bagi seni mural mozek terbesar di negara ini yang boleh dilihat dari sejauh dua kilometer.

Dengan anggaran nilai pembangunan berjumlah RM3 bilion, pemajuan Star Development seluas empat ekar (1.62ha) yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng di dalam zon komersil KLCC bandar raya Kuala Lumpur telah meraih beberapa anugerah antarabangsa seperti International Property Awards, London for Best Apartment Design, Best Mixed-Use Architecture Design dan Mixed-Use Development Concept dan Malaysia BrandLaureate Best Brand Award dalam kategori Signature Brand Property Luxury Condominium.

Alpine Return Sdn Bhd team with the biggest mosaic tiles wall mural art  Kehadiran seni mural tersebut menyerlahkan lagi ciri-ciri sense of place pemajuan ini.

Dengan paras ketinggian mencecah bangunan tiga tingkat dan panjang keseluruhan 58.77m, dinding mural yang tersergam ini dibina di aras tertinggi ketiga-tiga menara yang merangkumi dua menara 57 tingkat Star Residences dan satu menara 58 tingkat Ascott Star KLCC Kuala Lumpur. Penghuni dan tetamu boleh melihat mural tersebut dari ketiga-tiga menara di samping menikmati pemandangan panorama bandar raya yang menakjubkan dari hartanah residensi tertinggi sekitar KLCC.

Pemaju Star Development, Alpine Return Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat gabungan dua pemaju hartanah terkemuka di Malaysia iaitu Symphony Life Bhd dan United Malayan Land Bhd (UM Land).

Alan Koh, CEO of Alpine Return Sdn Bhd received the aware certificate from Jwan Heah Yeow Hooi, Director, Business Development of Malaysia Book of Records Hasil seni jubin kaca dalam gabungan warna platinum, emas, putih dan hitam tersebut mengimbau kembali kemewahan seni mural tamadun Rom dengan sentuhan kontemporari. Berinspirasikan alam semula jadi, legenda dan pemuliharaan alam sekitar, pembinaan abstrak tersebut telah diilhamkan dan dikonsepsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alpine Return Sdn Bhd, En. Alan Koh.

“Pendekatan konsep place-making memisahkan Star Residences dengan kediaman lain dan menjadikannya satu ikon aspirasi di sekitar kawasan KLCC. Kami menyahut cabaran untuk mereka sebuah naratif visual yang mampu mempamerkan ciri-ciri kemewahan, kemegahan dan kemilau Star Residences, maka itu warna emas dan platinum digunakan. Kami percaya bahawa seni mural jubin kaca mozek agung ini, yang terpanjang dan tertinggi pada ketinggian melebihi 250m ini adalah yang pertama di Malaysia, dan barangkali di rantau ini. Ia adalah satu pemberian buat penghuni dan tetamu kami dan juga para pengunjung ke Malaysia kerana ia boleh dilihat dari jarak jauh. Walaupun wabak Covid-19 telah menjejaskan bilangan pelancong ke Kuala Lumpur, pihak Star Development yakin keadaan akan bertambah baik,” ujar En. Alan Koh.

Proses menyiapkan mural mega ini mengambil masa tiga bulan, dan lanjutan dua bulan untuk pemasangan dengan tangan. Anggaran 6.7 juta mozek Mozetti Classic bersaiz 10mm x 10mm x 4mm telah digunakan untuk memberi nafas kepada mural tersebut dengan transisi warna terperinci untuk kemasan yang sempurna. Keseluruhan projek dianggarkan menelan belanja RM1.5 juta.

Di samping menempa nama Star Residences sebagai pemegang rekod, mural tersebut turut menandakan komitmen syarikat dalam mencari keseimbangan antara pemuliharaan dan pembangunan, selain memperluas aspek kontemporari dengan memanfaatkan seni zaman purba. Star Boulevard dan Star Walk of Fame iaitu lima blok unit enam tingkat yang menempatkan kedai-kedai, restoran dan hiburan di dalam Star Development kini kembali sibuk di samping pelaksanaan penjarakan sosial.

Majlis penyampaian anugerah tersebut dihadiri oleh En. Alan Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Alpine Return Sdn Bhd, En. Teo Lian Seng, Pengarah Projek Alpine Return Sdn Bhd, En. Billy Teoh, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Alpine Return Sdn Bhd, En. Jwan Yeow Hooi, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Malaysia Book of Records, dan En. Edwin Yeoh Tiong Chin, Pengurus Bahagian Operasi, Penyelidikan dan Pemasaran Malaysia Book of Records.

Alan Koh (centre), CEO of Alpine Return Sdn Bhd, with Edwin Yeoh Tiong Chin (left) of Operations, Research and Marketing Manager of Malaysia Book of Records and Jwan Heah Yeow Hooi (right), Director, Business Development of Malaysia Book of Records Menurut En. Jwan Yeow Hoi, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Malaysia Book of Records (MBR), Star Residences adalah antara penyertaan yang pertama dalam Malaysia Book of Records sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Star Residences telah diiktiraf sebagai pemegang rekod mural dinding jubin mozek terbesar di Malaysia. Hasil seni yang megah ini adalah satu penambahan relevan terhadap latar langit KLCC dan tepat pada waktunya sebagai satu simbol harapan pemulihan ekonomi negara,” jelas En. Jwan Yeow Hoi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2020/06/star-residences-cipta-kejayaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAndNews+%28Z

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid 19 Ismail Sabri

Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid 19 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 458 hits
Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Cov...
Bolasepak Anak Malaysia Pukau Red Star Belgrade

Bolasepak Anak Malaysia Pukau Red Star Belgrade

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 314 hits
Aksi Omar Raiyan ketika menjalani sesi percubaan bersama Red Star Belgrade tahun lalu Foto ihsan Kama Azlan MuhammadKUALA LUMPUR Seorang lagi anak Malaysia sedang menempa nama di arena antarabangsa dan kali ini giliran Omar Raiyan Kama Azla...
Covid 19 Kejayaan Malaysia Perlu Jadi Contoh Kepada Barat

Covid 19 Kejayaan Malaysia Perlu Jadi Contoh Kepada Barat

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Kesiapsiagaan awal pengalaman menghadapi wabak tindakan segera menaik taraf kemudahan kesihatan kecekapan pelaksanaan ujian saringan dalam kapasiti besar selain pasukan perubatan yang bekerja dengan pengetahuan serta sumber yan...
Cara Kenal Jenis Jenis Buah Mangga Yang Popular Dan Laris Di Malaysia

Cara Kenal Jenis Jenis Buah Mangga Yang Popular Dan Laris Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 1938 hits
Jenis Mangga yang Popular Jika kita menyebut Murr Mangifera Indica L kepada sesiapa sahaja pasti terlopong dan terkesima tanpa faedah orang tersebut Cara Kenal Jenis Buah Mangga PopularAkan tetapi apabila mengungkapkan perkataan buah mangga...
Kremlin Ready To Talk With Malaysia On Covid 19 Vaccine

Kremlin Ready To Talk With Malaysia On Covid 19 Vaccine

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 348 hits
Russian ambassador Naiyl Latypov speaks in an interview with FMT at his office in Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Russian and Malaysian experts are poised to discuss the possibility of enhancing cooperation in the development of a Covid 19 vaccin...
Singapura Lanjut Tempoh Permit Kenderaan Malaysia Sehingga 30 Sept

Singapura Lanjut Tempoh Permit Kenderaan Malaysia Sehingga 30 Sept

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 278 hits
Pemandu diingatkan agar mengemas kini tarikh sah cukai jalan dan insurans kenderaan menggunakan Perkhidmatan Digital VEP LTA SINGAPURA Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura secara automatik akan melanjutkan tempoh sah permit kemasukan...
7 Strategi Dan Intipati Pkpp Harus Difahami Rakyat Malaysia

7 Strategi Dan Intipati Pkpp Harus Difahami Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 333 hits
Baru baru ini pada 7 Jun 2020 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang berakhir 9 Jun 2...
Mosti Ingin Membentang Rang Undang Undang Untuk Mengawal Selia Aktiviti Di Ruang Angkasa Malaysia

Mosti Ingin Membentang Rang Undang Undang Untuk Mengawal Selia Aktiviti Di Ruang Angkasa Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 269 hits
Kami pasti bahawa setiap negara mempunyai cita cita untuk meneroka angkasa lepas Baru baru ini Space X menjadi syarikat persendirian pertama yang berjaya menghantar manusia ke International Space Station Terkini Menteri Sains Teknologi dan ...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Deko Raya Yang Simple Je Alhamdulillah Tahun Pertama Raya Di Rumah Baru Ni

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Hikayat Budak Pening Sebuah Legasi

Bayu Somerset Pakaian Tradisional Untuk Gaya Harian

Pengalaman Pertama Alami Kesesakan Di Lebuhraya Hingga 10 Jam

Bila Ada Ahli Keluarga Dan Kawan Jadi Influencer

Subkontrator Gagal Siapkan

15 Breathtaking Diy Outdoor Furniture Ideas For Your Garden