Standard Chartered Kl Marathon 2018 Best Ke Tak
Standard Chartered KL Marathon 2018 best!
Lagi beberapa hari, kita akan beralih ke bulan Julai, cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar sudah melebihi setengah tahun di 2018. Tiba-tiba UA terkenang pula pengalaman menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 pada April lalu. Pada mulanya berdebar juga UA nak sertai marathon 10km, dalam fikiran asik tertnya-tanya "boleh ke sampai habis ni? Sampai tak boleh tidur dibuatnya malam sebelum itu.Haha
Terjebaknya UA menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 semuanya bermula dengan ajakan En. Suami. Disebabkan sebelum ini memang ada minat dan niat nak join marathon lepas tengok kawan- kawan di media sosial sertai, UA pun teruslah bersetuju menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 ini
Kemeriahan di Standard Chartered KL Marathon 2018
Sebelum menyertai marathon ini, En.Suami adalah cakap yang Standard Chartered KL Marathon ni memang tiap tahun diadakan dan sambutan dia tersangatlah meriah sebab merupakan acara marathon terbesar di Malaysia. Sebenarnya sebelum ni En.Suami pernah menyertai marathon ni beberapa tahun sudah di bawah kelolaan syarikat tempat dia bekerja tu yang dia tahu. Istimewanya Standard Chartered KL Marathon tahun ini adalah kerana ia merupakan Ulangtahun yang ke 10 ia diadakan. Lagi lah bertambah meriah suasananya.
Sebelum menyertai marathon ini, En.Suami kata yang Standard Chartered KL Marathon ni memang tiap tahun diadakan dan sambutan dia tersangatlah meriah sebab merupakan acara marathon terbesar di Malaysia. Sebenarnya sebelum ni En.Suami pernah menyertai marathon ni beberapa tahun sudah di bawah kelolaan syarikat tempat dia bekerja tu yang dia tahu. Istimewanya Standard Chartered KL Marathon tahun ini adalah kerana ia merupakan Ulangtahun yang ke 10 ia diadakan. Lagi lah bertambah meriah suasananya.
Pengalaman UA di Standard Chartered KL Marathon 2018
Buat pengetahuan semua, tahun ni merupakan pertama kali UA menyertai marathon, bertahun lamanya tak bermarathon ni. Last time sertai marathon pun waktu sekolah menengah, masa tu pun bukan minat pun nak bermarathon, join pun sebab wajib. haha..
Dalam debar dan tak sabar, hari yang dinanti pun tiba. seawal pagi sebelum subuh kami dah keluar dari rumah. Disebabkan marathon ini diadakan di sekitar Kuala Lumpur, banyak jalan yang di tutup. Jadi jalan paling tepat dan paling mudah adalah naik Lrt.
Jam 7 kami sampai di garisan permulaan marathon selepas sarapan, lautan manusia sudah pun
memenuhi jalan-jalan yang pada hari lain kebiasaannya sesak dengan kereta. Suasana memang meriah sangat dan lagi berkobar-kobar semangat nak lari haha..
Kalau kita rasa pukul 7 tu terlalu awal, yang sebenarnya ada peserta yang lagi awal datang ke sini, seawal pukul 4 ya, tapi itu untuk peserta half marathon, mereka ni join marathon 42km. Sedangkan UA rasa 10km tu mustahil nak habiskan inikan lagi 42km. Patah kaki ku haha, tapi salute pada yang berjaya habiskan marathon 42km. memang kental. Yang terakhir sekali mulakan larian adalah peserta 5km.5km ini sesuai lah untuk beginner dan yang nak berseronok, lari santai bersama keluarga dan anak-anak.
Pada orang lain yang mungkin menganggap marathon ini something yang sia-sia atau tak ada faedah. Think again, Cuba sekali join mesti dalam tak sedar kita akan rasa bersemangat , seronok dan lepas itu kita akan dapatkan rasakan tenaga dalam diri kita. Itulah yang UA rasakan apabila join marathon kali ini.
Mulakan larian pada hari tu dengan udara yang segar, berlari sambil melihat pemandangan dan
suasana sekeliling, memang suatu perkara yang menenangkan bagi UA. Walaupun banyak bangunan pencakar langit, tetap cantik. Sambil lari, sambil snap gambar, seronok pada UA. Rasa memang berkesan untuk hilangkan stress kalau selalu diamalkan, badan pun sihat dan masalah obesiti pun dapat diatasi kan!
antara gambar yang UA snap mse tengah lari, sempat lagi bhenti haha
Larian 10km, tawaf satu bandar Kuala Lumpur sebenarnya sangat mencabar buat UA, dengan trainnig yang ala kadar je stamina pun kurang tapi UA cuba juga hingga ke garisan penamat. Dari 3km, ke 5km , nak ke 10 km terasa azabnya haha.. Waktu itu fikir yes,I Can do this! Memang bersemangat sangat nak habiskan walaupun rasa penat gila, dan kaki dah terasa sakit.
Tapi dengan adanya ramai yang bersorak bagi semangat, terus laju, semangat nak habiskan marathon ni. Makin hampir dengan garisan penamat makin bersemangat, sebab makin ramai yang bersorak. Memang meriah sangat masa ni.
Dan waktu yang tersangat puas adalah apabila medal dalam genggaman. Terasa puas sangat walaupun keletihan. Dan UA rasa nak teruskan bermarathon ni, dan jadikan sebagai hobi baru. Bila dah mula sekali rasa macam nak lagi dan lagi. Kalau dulu fikir buat apa nak join marathon ni, harapan nak menang tu jauh sangat , sekarang pandangan UA berubah. Dalam tengah berlari ,dan tengok orang lain pun struggle nak habiskan marathon. Sebenarnya sertai marathon bukan sekadar untuk kemenangan semata, tapi ia lebih kepada cabaran untuk melihat sejauh mana ketahanan mental dan fizikal kita dalam mencapai sesuatu. Samada kita cukup kuat untuk hadapi tekanan ataupun tak kerana setiap cabaran nak capai kejayaan tu perjalanan nya seperti bermarathon ni juga, kita perlu lalui tekanan dan kesusahan untuk mencapai impian kita.
Jadi pada siapa yang ada keinginan nak sertai marathon, cubalah. Marathon ni bukan sekadar lari sahaja tapi ia membuatkan kita berfikir tentang perjalanan dan perjuangan kita dalam mencapai sesuatu dalam hidup ini . Jadi kalau ada keinginan bermulalah dari sekarang dan berjuanglah untuk diri sendiri,bukan untuk hadiah mahupun untuk orang lain, UA pasti memang sangat berbaloi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.artyazkee.com/2018/07/standard-chartered-kl-marathon-2018.html