Staf Hotel Lima Bintang Dedah Tidak Dibayar Gaji


Wan Noor Hayati Wan Alias Wakil staf hotel, Kamaruzaman Ishak menunjukkan laporan polis yang dibuat berikutan tindakan pihak pengurusan hotel tidak membayar gaji mereka. KUALA LUMPUR – Seorang staf hotel lima bintang menerusi akaun Facebook (FB) miliknya, Faliq Hafiz mendakwa tidak menerima gaji bulan April lalu.
Beliau turut menyiarkan kenyataan bahawa tiada caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, staf hotel diminta bercuti tanpa gaji walaupun tidak menandatangani borang berkenaan.
Antara kenyataannya di laman FB itu adalah;
1) kami x dpt gaji bulan 4 lagi
2) perkeso x carum. PERKESO Selangor.
3) kwsp x carum 6 bulan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
4) kene unpaid leave walaupon ada antara kami x sign borang tu.kami nk tgk pihak hotel tolak ke x duit itu.
5) gaji bulan 5 lagi mcm mana???
Dalam pada itu, Faliq ketika dihubungi wartawan mengesahkan kenyataannya itu dan memaklumkan kira-kira 300 staf hotel turut menerima nasib yang sama.
“Isu ini bermula pada Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama pada 18 Mac lalu, ketika itu kami diminta tandatangan untuk skim cuti tanpa gaji selama dua minggu.
“Bagaimanapun setelah PKP dilanjutkan, kami tidak lagi tandatangan kerana terkejut caruman KWSP, Perkeso serta gaji Mac sebelum PKP tidak dibayar.
“Kami dipaksa untuk tandatangan tetapi kami tidak melakukannya kerana bimbang implikasi seterusnya,” katanya.
Sementara itu, wakil staf Hotel Palace of Golden Horses berkenaan, Kamaruzaman Ishak memaklumkan beliau sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi pada 27 April lalu.
“Kami tidak dibenarkan menubuhkan kesatuan pekerja jadi kami wujudkan komuniti di kalangan staf untuk berbincang mengenai kebajikan masing-masing.
“Kami sudah memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja dan akan membawa isu ini kepada MTUC, Perkeso, KWSP dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
“Sebagai pekerja kami ada hak untuk menyuarakan serta mendapat perlindungan sewajarnya mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Hotel dan Homestay Malaysia, Ahmad Yusri Abdullah menasihatkan staf terbabit untuk membuat aduan terus kepada KWSP, Perkeso dan Jabatan Tenaga Kerja kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing.
“Aduan mesti dikemukakan secara individu dengan membawa semua dokumen penting seperti penyata gaji bulanan dan tahunan serta surat tawaran kerja.
“Jika bersabit kesalahan, KWSP dan Perkeso akan mengenakan tindakan segera biasanya dalam tempoh 24 jam.
“Manakala jika gaji dipotong tanpa tandatangan atau sebarang makluman seperti memorandum syarikat mengenai pemotongan gaji atau cuti tanpa gaji dengan klausa tertentu, kakitangan wajar mendapat pembelaan.
“JTK akan menyiasat dan meneliti setiap aduan dari pekerja dan maklum balas dari majikan sebelum tindakan diambil,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/staf-hotel-lima-bintang-dedah-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zalim Sangat 2 Tahun Tidak Dibayar Gaji Diberi Sisa Makanan Dipukul Dengan Besi

Zalim Sangat 2 Tahun Tidak Dibayar Gaji Diberi Sisa Makanan Dipukul Dengan Besi

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 389 hits
Polis Manjung berjaya menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki dikurung dan diberi sisa makanan serta tidak dibayar gaji selama 2 tahun oleh majikannya Mangsa berumur 44 tahun itu diselamatkan selepas polis menyerbu...
Laporan Perhambaan Tesco Dedah Operasi Malaysia Aniaya Pekerja Asing

Laporan Perhambaan Tesco Dedah Operasi Malaysia Aniaya Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 345 hits
May 17 2020 Laporan tahunan Tesco yang berpangkalan di UK mendedahkan operasi Malaysia didakwa menahan pasport pekerja asing mengurangkan gaji secara tidak sah dan tidak dapat dijelaskan serta kerja lebih masa keterlaluan PETALING JAYA Rang...
Hiburan Dr Erin Dedah Pergi Jumpa Sendiri Bekas Isteri Untuk Serahkan Kembali Da I Farhan

Hiburan Dr Erin Dedah Pergi Jumpa Sendiri Bekas Isteri Untuk Serahkan Kembali Da I Farhan

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 823 hits
Walaupun sudah banyak pekung pasangan Da i Farhan dan Dr Erin yang terbongkar masih banyak lagi cerita yang tidak habis mengenai kemelut bekas suami isteri ini Terbaru Erin telah berkongsi beberapa tangkapan skrin mesejnya bersama Da i Farh...
Pelbagai Sumber Dalam Industri Drama Korea Dedah Sebab Disebalik Kegagalan The King Eternal Monarch

Pelbagai Sumber Dalam Industri Drama Korea Dedah Sebab Disebalik Kegagalan The King Eternal Monarch

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 372 hits
Nampaknya cahaya The King Eternal Monarch kian malap semakin ia mendekati ke penghujungnya Agak memeranjatkan kerana drama yang digarap oleh penulis popular iaitu Kim Eun sook malahan diterajui oleh nama besar seperti Lee Min ho dan Kim Go ...
Isu Kahwin Campur Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu

Isu Kahwin Campur Peguam Syarie Ini Dedah Kenapa Lelaki Bangladesh Sukakan Wanita Melayu

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 356 hits
Berbekalkan charm Shah Rukh Khan mereka cukup pandai berjanji manis licik dan majoritinya suka menikahi wanita Melayu itulah komen peguam syarie Ustaz Shazril Khairy Mustafa tentang trend perkahwinan campur melibatkan lelaki Bangladesh dan ...
Hiburan Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan

Hiburan Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 765 hits
Menjadi suatu dilema yang besar bagi seorang selebriti sekiranya gambar lama sebelum berhijrah masih lagi berterbangan di serata media sosial Sama juga dengan pelakon Lisdawati yang senantiasa berdoa supaya cerita lampau mengenainya ketika ...
Rupanya Masih Ada Tujuh Lagi Kluster Yang Aktif Akhirnya Kkm Dedah Punca Kes Baru Masih Bertambah

Rupanya Masih Ada Tujuh Lagi Kluster Yang Aktif Akhirnya Kkm Dedah Punca Kes Baru Masih Bertambah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 312 hits
Sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan laporan terkini berkaitan dengan kluster COVID 19 yang masih lagi aktif di negara Malaysia Mengikut laporang tersebut sebanyak tujuh kluster yang masih lagi aktif dengan pertam...
Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 616 hits
Youtuber Sugu Pavithra berjaya meraih jumlah subscibers sebanyak 370 000 dalam tempoh yang singkat Sejak tular di laman Facebook dan Twitter angka subscriber channel Sugu seolah olah tidak berhenti meningkat dan kini hampir mencecah 400 000...
Awal Ashaari Dedah Mahu Berkurung Pada Aidilfitri

Awal Ashaari Dedah Mahu Berkurung Pada Aidilfitri

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 299 hits
Tidak yakin dengan tahap keselamatan selagi vaksin menghapus wabak COVID 19 belum ditemui pengacara popular Awal Ashaari akui tidak teruja untuk keluar dari rumah Menurut laporan BH Online meskipun kerajaan telah memberikan kelonggaran mene...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip