Staf Ambulans Cpm Uncle Kentang Kongsi Pengalaman Selamat Nyawa Ketika Kecemasan


Jason ThomasPembantu perubatan ambulans Community Policing Malaysia (CPM) Amirul Ikmal Haris Abd Aziz (kanan) dan ketua pemandu Mohd Fazli Ajid @ Aziz (2 dari kiri) menempatkan seorang wanita ke dalam ambulans mereka.PUCHONG: Ambulans bergegas dan berhenti di hadapan sebuah bangunan flat.
Pegawai medik dan pemandu segera menaiki tangga ke tingkat 1 unit itu. Seorang pesakit strok dilihat terbaring di atas lantai ruang tamu rumah selepas dilaporkan terjatuh.
Jiran pula berkerumun dan cuba mengintai petugas yang memberi pertolongan cemas kepada wanita yang mengalami pendarahan dan tidak sedarkan diri itu.
Dengan mengusung wanita itu menggunakan tandu, mereka berhati-hati menuruni tangga sebelum memasukkan mangsa ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital tempatan.

Mereka kembali ke pangkalan di Puchong hanya untuk beberapa minit bagi menguruskan tugasan membawa seorang pesakit lain dari sebuah hospital ke hospital lain.
Meskipun sibuk, namun bekerja untuk perkhidmatan ambulans kebajikan yang dikendalikan oleh Community Policing Malaysia itu menjadi kepuasan buat pasukan medik dan pemandu terbabit.
Pemandu CPM, Shahrul Nizam Zainal Abidin melakukan rutin pemeriksaan harian pada ambulans di luar pangkalan mereka di Puchong.Perkhidmatan ambulans itu merupakan salah satu daripada unit aktivis sosial Kuan Chee Heng – yang lebih dikenali ebagai Uncle Kentang – yang disediakan untuk isi rumah berpendapatan rendah yang memilih untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan kerana tidak mampu menanggung kos perjalanan.
Ditubuhkan pada 2016, NGO itu kini menggaji 4 orang pegawai medik dan 5 pemandu yang sentiasa bersedia untuk situasi kecemasan, memindahkan pesakit antara hospital dan menghantar mereka untuk pemeriksaan perubatan dan temu janji.
Dibahagikan kepada 5 pasukan yang bekerja dalam 2 syif, perkhidmatan 8 ambulans itu menerima sekitar 50 panggilan setiap minggu – kebanyakannya di kawasan Serdang dan Puchong.
Syif 9 jam itu bermula pada pukul 8 pagi bagi sebahagian besar kakitangan terlibat, dengan pemandu memeriksa keadaan kenderaan dan pegawai medik memastikan stok bekalan perubatan mencukupi.
Sambil bersarapan sebelum menjawab panggilan hari itu, tugasan mereka, antara lain, membawa pesakit tenat pulang ke kampung halaman yang kadang kala jauh sehingga ke Kelantan dan Terengganu.
Walaupun kebanyakan pesakit benar-benar berlatar belakang yang sederhana dan dikecualikan daripada caj perkhidmatan minimum biasa, perkhidmatan mereka bagaimanapun kadang-kadang disalah guna.
Pembantu perubatan Amirul Ikmal Haris Abd Aziz menceritakan kejadian ketika mereka bersetuju untuk menghantar seorang pesakit pulang dari hospital selepas mengaku semua wangnya habis digunakan untuk kos rawatan.
Amirul sudah berkhidmat dengan CPM selama 4 tahun.Kuan selalu memberikan perkhidmatan percuma kepada pesakit yang tidak mampu.
“Saya terkejut bila sampai di rumah. Wah! Banglo. Wah! Ada Ferrari… dan 3 Ducati,” kata Haris yang berusia 25 tahun itu sambil tersengih lebar.
“Pesakit itu kata itu adalah rumah abangnya, tetapi bila kami bertanya kepada abangnya itu, dia kata itu adalah rumah untuk pesakit.
“Sudah banyak kali orang ambil kesempatan ke atas perkhidmatan kita, jadi kalau boleh kita cuba elak,” katanya.
Haris berkata, pelanggan yang menipu, pesakit yang agresif dan pemandu yang pentingkan diri sendiri adalah antara cabaran terbesar yang pernah dihadapinya.
Bagaimanapun katanya, cabaran paling sukar itu adalah membantu memastikan emosi pesakit terpelihara.
Haris turut mengaitkan kisah ketika beliau menjawab satu kes kemalangan di lebuh raya Damansara-Puchong dan terpaksa membawa seorang penunggang motosikal yang cedera ke Hospital Serdang.
Mangsa berusia 20 tahun itu tidak lama kemudian mula tidak sedarkan diri, nafas berhenti dan tiada denyutan nadi. Usaha untuk memulihkannya dengan bantuan pernafasan (CPR) ternyata tidak berjaya.
Tiba-tiba, telefon mangsa mula berdering dan merupakan panggilan daripada ibunya.
“Sangat susah bagi saya untuk beritahu pasal anaknya,” kata Haris. “Ibunya mula menangis dan walaupun air mata saya turut mengalir, saya kena kawal (perasaan) sendiri.
“Sedih bila ibu itu menangis … Seolah-olah ibu anda sendiri yang menangis. Jadi kita kena tabah. (Bekerja di sini) benar-benar bermain dengan emosi kita.”
Kakitangan itu juga bercakap mengenai rasa tanggungjawab terhadap pesakit dan kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan mereka.
Kedua-duanya adalah tema yang berulang-ulang didengari semasa FMT meluangkan masa untuk mengikuti pasukan itu menjalani rutin harian mereka.
Kerja berpasukan dan persahabatan dalam kumpulan itu jelas. Pegawai medik dan pemandu bergilir setiap hari bagi membolehkan semua ahli kumpulan yang rapat itu belajar tentang rutin kerja masing-masing.
Semasa waktu rehat, mereka sempat berkumpul makan di restoran di bawah bangunan pejabat mereka, menikmati minuman di pantri atau bergurau senda di ruang rehat pejabat.
Terletak di tingkat 2 di sebuah blok bangunan di Puchong, pejabat itu malah tidak mempunyai papan tanda untuk memberitahu penduduk kawasan itu mengenai perkhidmatan ambulans.
Namun, iklan yang terbaik adalah maklumat dari mulut ke mulut.
Ketua pemandu ambulans, Fazli sebelum ini mempunyai pengalaman 5 tahun memandu ambulans di KLIA.Situasi itu tidak jauh bezanya bagi ketua pemandu Mohd Fazli Ajid @ Aziz, 42, yang berpengalaman memandu ambulans di KLIA selama 5 tahun.
Selain mengajarnya teknik memandu yang betul, waktu yang dihabiskannya di lapangan terbang itu membolehkan beliau belajar CPR dan membiasakan diri dengan ambulans dan peralatannya.
Fazli bercakap tentang rasa tanggungjawab sebagai seorang pemandu, menyedari bahawa dalam situasi kecemasan, nyawa pesakit bergantung padanya untuk sampai ke lokasi – dan membawa mereka ke hospital – tepat pada waktunya.
Beliau berkata pemandu ambulans selalu berdepan dengan penunggang motosikal yang enggan memberi laluan atau orang lain yang suka mengekori ambulans.
Katanya, beliau akan cuba mengatasi situasi itu dengan tenang.
“Apa pun cabaran yang kita hadapi di jalan raya … nyawa pesakit dalam tangan kita,” katanya. “Kita perlu selalu perhatikan persekitaran ketika memandu. Kita tidak boleh hilang fokus.
“Saya tak kisah kalau sdimarahi oleh ahli keluarga pesakit kerana lambat, yang paling penting saya selamatkan pesakit.”
Perkhidmatan ambulans CPM boleh dihubungi di talian 011-55052148.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/staf-ambulans-cpm-uncle-kentang-kongsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Pasir Mainan Guna Bijirin Lebih Selamat Kalau Bayi Termakan Ibu Ini Kongsi Baby Hack

Buat Pasir Mainan Guna Bijirin Lebih Selamat Kalau Bayi Termakan Ibu Ini Kongsi Baby Hack

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 615 hits
Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak Mama dan papa boleh sediakan bahan bahan mainan ini bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang s...
Wanita Kongsi Pengalaman 2 Minggu Di Icu Serta Kehilangan Ibu Dan 16 Ahli Keluarga Positif Covid 19

Wanita Kongsi Pengalaman 2 Minggu Di Icu Serta Kehilangan Ibu Dan 16 Ahli Keluarga Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 375 hits
TIADA siapa yang mahu dirinya sakit Lebih lebih lagi dijangkiti Covid 19 yang sehingga ini belum ada penawarnya lagi Oleh kerana nekad untuk memberi kesedaran kepada semua tentang virus itu Myra Jijie tampil berkongsi tentang segala kesakit...
Covid 19 Uncle Kentang Terus Gigih Menyumbang

Covid 19 Uncle Kentang Terus Gigih Menyumbang

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR 13 Nov Soal kelangsungan hidup kumpulan masyarakat tidak bernasib baik yang amat memerlukan bantuan tatkala rutin seluruh rakyat tergendala susulan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan sejak Mac lepas sering menganggu akal f...
Makin Adik Nak Keluar Makin Dia Manja Rafael Makin Manja Mawar Rashid Risau Ramai Ibu Kongsi Ada Pengalaman Sama

Makin Adik Nak Keluar Makin Dia Manja Rafael Makin Manja Mawar Rashid Risau Ramai Ibu Kongsi Ada Pengalaman Sama

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 493 hits
Anak anak yang masih kecil bila nak dapat adik baru memang perangai clingy lain macam Seperti yang dikongsikan pelakon dan usahawan Mawar Rashid tentang anak pertamanya Raden Muhammad Rafael di Instagram miliknya Mawar atau nama sebenar Wan...
Pengalaman Lemas Ketika Kecil

Pengalaman Lemas Ketika Kecil

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 299 hits
Bagaimana satu kemalangan berjaya ditukar menjadi satu peluang dan rekod negara https mlstudios my zahramosaumah gayahidup
Kerana Nak Cuba Rawatan Tradisional Anak Kecil Tenat Nurse Kongsi Pengalaman Di Wad Kanak Kanak

Kerana Nak Cuba Rawatan Tradisional Anak Kecil Tenat Nurse Kongsi Pengalaman Di Wad Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 381 hits
Di dunia terdapat dua kaedah rawatan iaitu secara tradisional dan juga secara moden Rawatan tradisional sangat popular pada zaman dahulu terutama bagi masyarakat yang tinggal jauh dari pusat perubatan Ada juga yang lebih selesa mengamalkan ...
Pemandu Ambulans Ini Dijemput Ilahi Ketika Bertugas Ini Puncanya

Pemandu Ambulans Ini Dijemput Ilahi Ketika Bertugas Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 220 hits
Pandemik Covid 19 yang melanda negara ketika ini sememangnya amat membimbangkan Lebih lebih lagi dengan kehadiran gelombang ketiga yang lebih menggila sehingga kes positif harian mencecah empat angka Sudah pasti petugas barisan hadapan meng...
Belanjawan 2021 Pn Bertarung Nyawa Rakyat Diketepikan Faizah

Belanjawan 2021 Pn Bertarung Nyawa Rakyat Diketepikan Faizah

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 278 hits
Belanjawan 2021 tidak lebih daripada perjuangan hidup mati bertarung nyawa kerajaan Perikatan Nasional dan bukannya belanjawan melawan pandemik Covid 19 sebagaimana diwar warkan oleh media arus perdana Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia Da...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Apa Itu Isteri Provider

Having A Strong Company Culture