Sst Kembalikan Trend Lari Cukai


KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 1 September ini me­nimbulkan pelbagai persoalan terutama kebimbangan rakyat sama ada harga barang akan meningkat ataupun tidak setelah rata-rata berpendapat GST sebelum ini adalah membebankan poket pengguna.
Timbalan Presiden, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Saizol Ismail berkata, pelaksanaan semula SST secara tidak langsung akan mengembalikan semula trend lama pelarian cukai dan meningkatkan aktiviti dalam pasaran gelap.
Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik untuk menangani kelemahan SST dan pada masa sama berupaya mengekalkan kadar pematuhan setelah cukai itu dikuatkuasakan.
“Mengenai trend lari daripada cukai ini, saya ambil contoh, pengilang mengurangkan kos di peringkat awal supaya cukai SST yang dibayar adalah rendah. Tetapi dalam masa sama, ia mempunyai syarikat-syarikat lain yang berkaitan antara satu sama lain dan mengambil kesempatan dengan menaikkan kembali harga barang.
“Dalam perkara ini, kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat itu kerana cukai hanya dikenakan di peringkat pengilang sahaja.
“Dari sudut pasaran gelap pula, dengan adanya GST, mereka lebih cenderung memilih untuk membeli atau dapatkan produk daripada syarikat yang berdaftar dengan GST. Dengan ini supaya mereka dapat membuat tuntutan semula yang mampu mengurangkan kos mereka. Tanpa GST, mereka boleh memberi produk daripada mana-mana syarikat termasuk seludup daripada pasaran gelap kerana harga produk adalah murah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut Saizol yang juga Pengarah Urusan Firma JTB Partners Sdn. Bhd. dan merupakan perunding cukai profesional (cukai pendapatan dan GST) dengan pengalaman lebih 13 tahun dalam bidang berkenaan, SST dilihat selesa untuk rakyat kerana ia tidak melibatkan kos untuk semua produk dan cukai pula hanya dikenakan kepada produk tertentu.
Saizol Ismail
“SST lebih mudah bagi peniaga kerana ia cukai satu peringkat maknanya pengilang dan pengimport dan pemberi perkhidmatan mengenakan cukai dan membayarnya kepada kastam tanpa perlu membuat tuntutan kredit sebagaimana GST sekali gus mengurangkan beban operasi terutama bagi syarikat kecil yang terlibat.
“GST pula adalah mekanisme yang berjaya membantu kerajaan dari segi hasil dan proses kutipan cukai juga lebih efisien. Malah, ia juga berupaya meningkatkan kadar pematuhan dalam kalangan peniaga. Dari sudut cukai, saya melihat kedua-duanya ditanggung oleh pengguna, cuma rak­yat kita terlalu fobia dengan istilah cukai baik SST mahupun GST,” katanya.
Rejim cukai di negara ini akan bertukar sekali lagi 1 September ini bagi menggantikan GST sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Kerajaan bercadang untuk mengenakan 10 peratus bagi kadar cukai jualan dan enam peratus bagi cukai perkhid­matan.
Secara dasarnya, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini, SST merupakan cukai satu peringkat yang secara amnya dikenakan ke atas pihak pengilang dan bukannya pengguna. Sebaliknya, GST adalah cukai pelbagai peringkat yang terpaksa dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rantaian bekalan.
Malah, katanya, GST merangkumi 60 peratus daripada Bakul Barangan dan Perkhidmatan CPI (Indeks Harga Pengguna), berbanding SST yang hanya merangkumi 38 peratus daripada Bakul Barangan CPI.
Sebelum pelaksanaan GST pada April 2015, Malaysia telah mengamalkan sistem cukai SST sejak 1970-an dengan cukai jualan dikenakan kepada pengilang atau pengguna manakala cukai perkhidmatan pula dikenakan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Axcelasia Inc., Dr. Veerinderjeet Singh berkata, secara dasarnya tidak ada perbandingan khusus yang boleh dibuat antara SST dan GST kerana ia perlu mengambil kira kos sebenar, apatah lagi GST melibatkan beberapa pengecualian.
“Sebagai contoh, kenderaan dijangka lebih mahal dengan adanya SST kerana mengenakan cukai jualan 10 peratus itu. Sama ada di peringkat pengilang, pemborong atau peruncit mereka dianggap sebagai pengilang yang melibatkan banyak kos di peringkat itu. Jadi kita perlu dapatkan kos sebenar dan perbandingan keuntungan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana badan profesional tidak diberi ruang oleh kerajaan untuk terlibat dalam perbincangan mengenai rang undang-undang draf SST.
“Ketika GST mahu dikuatkuasakan, kami mempunyai peluang untuk menyertai sesi dialog bagi mendapatkan pandangan kami berhubung cukai yang hendak dilaksanakan. Tetapi kali ini tidak ada, dan kami agak kecewa,” katanya.


Sumber: myterengganu.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/sst-kembalikan-trend-lari-cukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khayal Kisah Fantasi Stacy Untuk Lari Dari Masalah

Khayal Kisah Fantasi Stacy Untuk Lari Dari Masalah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 433 hits
Stacy tampil dengan lagu terbaharu berjudul Khayal yang dilancarkan pada Jumaat Penyanyi Stacy memberitahu lagu terbaharu berjudul Khayal mengisahkan mengenai cabaran dan kesakitan yang perlu dilalui oleh seseorang dalam menghadapi dunia re...
Dulu Hari Hari Gaduh Lari Rumah Sebab Terlalu Stress Inilah Cinta Sejati Abang Sampai Jannah Dato Sri Aliff Syukri

Dulu Hari Hari Gaduh Lari Rumah Sebab Terlalu Stress Inilah Cinta Sejati Abang Sampai Jannah Dato Sri Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 467 hits
Hidup berumah tangga memang banyak kisahnya Penuh ranjau suka dan duka dalam melayari bahtera Satu hal yang penting bukan senang untuk bertahan lama dan mengenal pasangan sepenuhnya Tak terkecuali pasangan VVIP popular Dato Aliff Syukri dan...
Cara Tutup Celah Potensi Kerugian Negara Dari Cukai Rokok

Cara Tutup Celah Potensi Kerugian Negara Dari Cukai Rokok

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 275 hits
Kerugian negara yang muncul dari celah kebijakan cukai rokok disebabkan adanya produsen yang membayar tarif cukai rokok lebih rendah dibandingkan yang seharusnya
Jadi Korban Tabrak Lari Widodo Tewas Terlindas Truk

Jadi Korban Tabrak Lari Widodo Tewas Terlindas Truk

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 177 hits
Nasib nahas menimpa seorang pengendara sepeda motor di Sidoarjo Ia tewas terlindas truk setelah sebelumnya menjadi korban tabrak lari
Perempuan Mengandung Di Rempuh Langgar Lari

Perempuan Mengandung Di Rempuh Langgar Lari

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 280 hits
Naik motor risiko dia memang lagi tinggi dari naik kenderaan lain kalau jatuh motor pun dah luka apa lagi kalau kena langgar kan Pagi tadi akaun Twitter 999 Malaysia telah memuatnaik satu video yang menunjukkan sebuah Proton Saga Iswara mel...
Budak Lelaki Sanggup Lari Dan Duduk Di Atas Bumbung Selama Dua Jam Kerana Takut Untuk Bersunat

Budak Lelaki Sanggup Lari Dan Duduk Di Atas Bumbung Selama Dua Jam Kerana Takut Untuk Bersunat

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 547 hits
Apabila bercakap mengenai bersunat atau berkhatan semua itu bukan sesuatu yang baharu malah sudah menjadi kewajipan untuk setiap muslim lelaki manakala bagi perempuan pula mereka diharuskan untuk bersunat jika ianya tidak mendatangkan sebar...
Tidak Ditahan Sopir Rubicon Terobos Lomba Lari 10k Milo Jadi Tersangka

Tidak Ditahan Sopir Rubicon Terobos Lomba Lari 10k Milo Jadi Tersangka

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 213 hits
Tidak Ditahan Sopir Rubicon Terobos Lomba Lari 10K Milo Jadi Tersangka PDK pun ditetapkan sebagai tersangka atas tabrakan yang terjadi di Jalan HR Rasuna Said Kuningan Jakarta Selatan Minggu Namun PDK tak ditahan Sebab polisi beralibi kalau...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak