Sspn Online Pembukaan Akaun Simpanan Semakan Penyata


Makluman bagi yang ingin buka akaun SSPN untuk anak, anda kini boleh daftar SSPN online dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter atau berurusan di pejabat.
Bagi yang belum tahu apakah akaun SSPN dan apakah perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan.
Pengenalan: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN PRIME (dahulunya SSPN-i) selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Sementara itu, SSPN PLUS pula dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus.
I) SSPN PRIME Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga dikenali sebagai SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
SYARAT-SYARAT
Warganegara Malaysia Pendeposit berumur 18 tahun ke atas Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak kandung/ anak jagaan yang sah sahaja KELEBIHAN / KEISTIMEWAAN SSPN PRIME
PATUH Syariah SIMPANAN Dijamin Kerajaan PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI Sehingga RM 8,000 PERLINDUNGAN TAKAFUL Percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas LAYAK MEMOHON Pinjaman PTPTN GERAN SEPADAN Sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak DIVIDEN Kompetitif PENAMA Pengeluaran simpanan Simpan SSPN oleh waris Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan Simpan SSPN Prime :
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa; Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun; Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai. II) SSPN PLUS Simpan SSPN Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.
Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia.
Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pakej Intan: RM30 / sebulan Pakej Delima: RM50 / sebulan Pakej Topas: RM 100 / sebulan Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan Pakej Nilam: RM300 / sebulan Pakej Berlian: RM500 / bulan KELEBIHAN / KEISTIMEWAAN SSPN PLUS
DIVIDEN Kompetitif MANFAAT TAKAFUL Penyakit Kritikal MANFAAT PERLINDUNGAN Sehingga RM 1.2 Juta ELAUN Kemasukan Hospital PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI Dalam Tabungan Bersih KHAIRAT KEMATIAN (Pasangan & Anak) TIADA PEMERIKSAAN Kesihatan KOMITMEN Serendah RM30 Sebulan SIMPANAN Dijamin Kerajaan LAYAK MEMOHON Pinjaman PTPTN PENAMA Pengeluaran simpanan Simpan SSPN oleh waris Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan Simpan SSPN PLUS :
Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Melalui Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP. Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat. Perbezaan Akaun SSPN PRIME dengan SSPN PLUS Jadi, apa perbezaan antara SSPN-i dengan SSPN-i Plus ni yang perlu ibu bapa fahamkan?
Secara ringkasnya, kedua-dua merupakan simpanan masa depan yang berbaloi untuk anak-anak.
Namun SSPN PRIME berbeza dengan SSPN PLUS kerana SSPN PLUS menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang tetap.
Berikut adalah perbezaan antara SSPN PLUS dengan SSPN PRIME:
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan ASB, anda boleh baca selanjutnya melalui artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen
Cara Daftar Akaun SSPN Secara Online Di sini kami kongsikan cara daftar akaun SSPN online untuk anak-anak dengan sangat mudah.
1. Buka Laman Web
Untuk mendaftar SSPN online, pergi ke laman web rasmi SSPN : https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/
2. Pilih Skim / Pakej
Anda boleh memilih untuk daftar SSPN PRIME atau SSPN PLUS, dan klik pada salah satu butang tersebut.
Bagi SSPN PLUS*, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan seperti di bawah.
*Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.
*Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.
3. Isi Maklumat Anak / Peribadi
Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.
4. Pilih Kaedah Potongan
Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN.
Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.
Klik ‘Setuju’.
5. Buat Bayaran
Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.
(Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)
Pilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.
6. Pengesahan
Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.
Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.
Lebih mudah dan cepat tanpa perlu keluar dan beratur di kaunter lagi!
Mudah kan?
Dengan adanya akaun SSPN ini, anak-anak juga akan layak secara automatik untuk mendapat bantuan pinjaman PTPTN apabila menyambung pelajaran nanti.
Baca juga : Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini
Penutupan Akaun SSPN I) PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SSPN PRIME
Pendeposit boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.
Dokumen yang diperlukan:
Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan. Mengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit. Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama. II) PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SSPN PLUS
Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun; dan Mempunyai jumlah minimum yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.00 Kaedah pengeluaran adalah seperti berikut : KaunterPermohonan OnlinePerlu mengisi:
-Slip Pengeluaran akaun
Simpan SSPN Plus
-Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ CawanganMembuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui Portal Rasmi PTPTN. Maklumat Lanjut Ingin ketahui maklumat tambahan, layari laman web rasmi SSPN di pautan https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/
Talian hotline SSPN: 03-2193 3000
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sspn-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sspn-online

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Penyata Akaun Sspn

Cara Semak Penyata Akaun Sspn

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 187 hits
Original Content SSPN merupakan satu skim simpanan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Ia direka khas untuk tujuan penabungan pendidikan tinggi dan telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004 Akaun SSPN adalah sebuah akaun...
Cukai Tanah Selangor Semakan No Akaun Bayaran Online

Cukai Tanah Selangor Semakan No Akaun Bayaran Online

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 225 hits
Semakan Cukai Tanah Selangor Urusan pembayaran cukai tanah di negeri Selangor kini boleh dilakukan secara online Inisiatif oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor ini diwujudkan bagi memudahkan pemilik tanah untuk membuat pembayaran d...
Thijari Login Daftar Semakan Penyata Tabung Haji Online

Thijari Login Daftar Semakan Penyata Tabung Haji Online

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 424 hits
Berita baik bagi penyimpan Tabung Haji kini anda dah boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter melalui portal rasmi THiJARI Kalau sebelum ini mungkin kita hanya akan dapat mengetahui baki dengan menyema...
Cara Tukar Akaun Kwsp Konvensional Kepada Shariah Online

Cara Tukar Akaun Kwsp Konvensional Kepada Shariah Online

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 272 hits
PENDAFTARAN CARA TUKAR KE AKAUN SIMPANAN SHARIAH KWSP Anda pernah dengar mengenai Simpanan Shariah KWSP Bagaimana reaksi masyarakat terhadapnya sejak diwujudkan pada tahun 2016 Betul ke ramai orang lagi suka sistem patuh syariah atau masih ...
I Saraan Kwsp Semakan Status Pendaftaran Online Kelebihan

I Saraan Kwsp Semakan Status Pendaftaran Online Kelebihan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 206 hits
Tahukah anda KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraa...
Semakan Keputusan Muet 2022 Secara Online Atau Sms

Semakan Keputusan Muet 2022 Secara Online Atau Sms

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 227 hits
PENGUMUMAN KEPUTUSAN MUET SESI 3 TAHUN 2022 DAN RAYUAN SEMAK SEMULA MUET SESI 3 TAHUN 2022 Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan secara online atau melalui SMS Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2022 KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI ...
Aeon Credit Service Semakan Baki Pinjaman Secara Online Dan Sms

Aeon Credit Service Semakan Baki Pinjaman Secara Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 264 hits
AEON merupakan antara satu daripada syarikat popular yang menyediakan servis pinjaman kredit kepada semua rakyat Malaysia Tawaran pinjaman kredit ini dikendalikan oleh syarikat AEON Credit Service Sdn Bhd Permohonan untuk membuat bayaran me...
Permohonan Mykid Jpn 2023 Dokumen Semakan Status Online

Permohonan Mykid Jpn 2023 Dokumen Semakan Status Online

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 467 hits
Dah buat semakan MyKid Dengar kata ramai yang masih belum dapat ambil di JPN walaupun dah lama hantar permohonan Ini kerana terdapat kelewatan dalam memperolehi MyKid bagi bayi yang baru lahir Berikut dikongsikan info terkini tentang permoh...
Cara Tambah Deposit Duit Sspn Guna Jompay Di Mae Maybank Sspn I Plus Pelan Simpanan Ptptn

Cara Tambah Deposit Duit Sspn Guna Jompay Di Mae Maybank Sspn I Plus Pelan Simpanan Ptptn

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 230 hits
Ikuti video ini untuk cara tambah duit deposit ke akaun SSPN anak melalui JomPAY di aplikasi MAE Ada dua maklumat yang anda perlu peroleh terlebih dahulu seperti Biller Code dan Reference 1 yang bakal kami tunjukkan dalam video ini Ok untuk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash