Ss Kecewa Dengan Sikap Penganjur Tak Berterus Terang Dengan Suhaimi




"SAYA digugurkan, bukan direhatkan. Sepatutnya pihak penganjur kena berterus terang," kata penyanyi Suhaimi Saad berhubung kenyataan penganjur Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM, KGM Event dia direhatkan daripada konsert itu yang akan berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20 April ini.

Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam berkata, keputusan itu tidak adil kerana cara hidup dan isu peribadi tidak berkaitan dengan kerjayanya.

Suhaimi juga menafikan penganjur ada berbincang dengannya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Minggu lalu penganjur ada menghubungi saya untuk mengesahkan urusan berkaitan pembayaran dan minta saya tetapkan tarikh.

“Namun, beberapa hari lalu mereka menghubungi semula memaklumkan terpaksa batalkan pembabitan saya kerana ada penaja yang tidak bersetuju atas sebab isu peribadi dan kontroversi yang melanda saya sejak kebelakangan ini.

“Ia memang tidak adil buat saya. Ini kerana pendirian, cara hidup dan isu peribadi saya tidak berkaitan dengan kerjaya dan komitmen kerja saya.

"Mereka sendiri mengakui bahawa saya selalu komited. Apapun, mereka berhak untuk membuat keputusan itu kerana mereka adalah penganjur dan saya hormati dan terima keputusan itu. Mungkin bukan rezeki saya di situ," katanya kepada Harian Metro.


Suhaimi berkata, penganjur tidak menyebut langsung perkataan direhatkan kepada dirinya sebaliknya menggunakan istilah 'tak ada rezeki kali ini'.

"Perkataan direhatkan bukan istilah yang baik dan tepat kerana saya bukan artis naungan atau pemain bola sepak persatuan mereka. Ada perbezaan ketara pada dua istilah itu.

“Itu bukanlah istilah yang terbaik untuk menghormati saya kerana isu ini sudah pun diketahui umum.

"Saya dengan yakin mengatakan mereka menggugurkan saya kerana penganjur sendiri sebut tak ada rezeki kali ini. Lainlah jika konsert itu akan ada sambungan atau separuh masa kedua," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Suhaimi direhatkan daripada konsert berkenaan.

Wakil penganjur yang juga pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurrazey berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal itu.

Menerusi kenyataan itu, pihaknya sedia maklum mengenai kontroversi melanda Suhaimi berhubung beberapa kenyataan yang berbaur provokasi sehingga bukan saja menerima reaksi kurang senang dalam kalangan netizen, malah turut mendapat liputan meluas media.

Pada konsert itu, kumpulan nasyid yang bakal membuat persembahan ialah Hijjaz, Inteam, UNIC dan Mestica.

Selain itu, terdapat juga persembahan istimewa daripada bekas anggota kumpulan nasyid yang kini aktif bergerak secara solo iaitu Fitri Haris, Hafiz Hamidun dan Fadzli Aziz (UNIC).

Sumber : harian metro © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/ss-kecewa-dengan-sikap-penganjur-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganjur Gugurkan Suhaimi Saad Dari Sertai Konsert

Penganjur Gugurkan Suhaimi Saad Dari Sertai Konsert

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 289 hits
Panas dihimpit pelbagai kontroversi kebelakangan ini Suhaimi Saad memberitahu namanya telah digugurkan oleh pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena yang bakal berlangsung The post appeared first on
Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 648 hits
SEBELUM ini hangat isu doula bertikam lidah dengan netizen dan doktor berhubung kepercayaan kaedah perubatan yang kononnya bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital Tidak habis perang mulut antara doula dan netizen kali ini seo...
Kita Dah Sampai Mana Sampai Ke Jannah Kata Sufian Suhaimi

Kita Dah Sampai Mana Sampai Ke Jannah Kata Sufian Suhaimi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 556 hits
Sufian bin Haji Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Sufian Suhaimi merupakan seorang penyanyi di Malaysia yang popular menerusi single hits beliau iaitu Terakhir dan Di Matamu Ku tulis nama mu di langit angin meniupnya Ku tulis nama mu di l...
Suhaimi Saad Persoal Kewujudan Graviti Pula

Suhaimi Saad Persoal Kewujudan Graviti Pula

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 316 hits
Jika sebelum ini Suhaimi Saad tidak berpuas hati dengan penjelasan angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana tidak bersumpah berkenaan bentuk bumi The post appeared first on
Lagu Sufian Suhaimi Mula Viral Di Indonesia

Lagu Sufian Suhaimi Mula Viral Di Indonesia

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 296 hits
Jika di laman YouTube lagu Di Matamu dendangan Sufian Suhaimi sudah mencecah lebih dari 53 juta tontonan kini khabarnya lagu putus cinta The post appeared first on
Respons Suhaimi Saad Apabila Nama Digugurkan Dalam Konsert Amal 4nomena Alumni Uiam

Respons Suhaimi Saad Apabila Nama Digugurkan Dalam Konsert Amal 4nomena Alumni Uiam

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 640 hits
SAYA digugurkan bukan direhatkan Sepatutnya pihak penganjur kena berterus terang kata penyanyi Suhaimi Saad berhubung kenyataan penganjur Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM KGM Event dia direhatkan daripada konsert itu yang akan berlangsung d...
Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1686 hits
Penyanyi nasyid dab bekas ahli Inteam iaitu Suhaimi Saad sedang menjadi topik hangat di laman sosial sejak minggu lepas ekoran perdebatan tentang bentuk bumi yang disifatkannya sebagai rata Malah Suhaimi Saad juga ada mencabar Angkasawan Ne...
Qobin Sangkal Dakwaan Suhaimi Bahawa Bumi Ini Datar

Qobin Sangkal Dakwaan Suhaimi Bahawa Bumi Ini Datar

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 252 hits
WAN AMSYAR JAILANI 17 Februari 2019 5 17 PM KUALA LUMPUR Penjelajah dan Pendaki negara Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin menyangkal dakwaan Suhaimi Saad
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan