Srinagar Dan Ladark Tertarik Dan Menarik





Dua tempat di India ini merubah pandangan saya terhadap India. Dua tempat ini mengamit saya untuk datang lagi ke negara ini. Dua tempat ini jauh di utara tapi merupakan tempat mesti lawat jika ke India. Tujuan saya ke Srinagar adalah ingin trekking di Kashmir Great Lake dan sebab  saya ke Leh, Ladakh kerana filem 3 Idiots
Saya bersama tiga teman ke India pada akhir July 2023 selama 15 hari untuk menyaksikan indahnya jalur dan tasik di Banjaran Himalaya. Kami bertolak dari Kuala Lumpur menuju Delhi lewat petang, sampai di Delhi tengah malam dan kami bermalam di Delhi. Keesokan paginya kami meneruskan penerbangan ke Srinagar. Di sebelah petang kami bersiar di bandar Srinagar dan di Tasik Dal yang menjadi tarikan pelancong di Srinagar






Hari ketiga kami menaiki kenderaan ke Shitkari, Sonamarg yang berjarak sekitar 80 kilometer dari Srinagar untuk memulakan trekking. Trek Kashmir Great Lake dibuka selama tiga bulan setiap tahun, dari bulan July hingga September. Trekking di jalur ini memerlukan masa tujuh hari trekking termasuk sehari rehat atau untuk masa kecemasan seperti keadaan cuaca. Trek bermula dari Sonamarg dan berakhir di Naranag atau sebaliknya








Kami trekking di banjaran tinggi Himalaya dan sepanjang tujuh hari trekking kami melintasi tiga puncak banjaran yang melebihi 4000 meter dan melintasi lapan buah tasik yang besar. Semasa trekking di Banjaran Himalaya ini, salji masih belum cair sepenuhnya dan banjaran hijau ini diliputi bunga-bunga liar yang sedang mengembang. Ratusan ribu biri-biri jinak meragut rumput, air terjun dan sungai mengalir jernih. Di waktu malam pula jutaan bintang bertabur di langit. Pemandangan sepanjang jalur saya anggap taraf 5 bintang.














Hari kesembilan kami sampai di Kampung Naranag di mana trek kami berakhir. Kami kembali ke Srinagar dan bermalam di House Boat di Tasik Dal. Di sebelah petang kami mengambil pakage Shikara Ride iaitu aktivity menaiki sampan bersiar di Tasik Dal. Kami melihat indahnya matahari terbenam dari dalam sampan di tasik terbesar di Srinagar petang itu sambil berehat dan merakam gambar.






Hari kesepuluh, seawal jam 7:00 pagi, selepas sarapan kami berangkat ke Leh, Ladark yang berjarak sekitar 421 kilometer dengan menaiki kereta sewa. Perjalanan membelah tanah tandus ala padang pasir ini mengambil masa sekitar 12 jam, berbelok-belok dan naik turun melintasi puncak banjaran. kami berhenti di beberapa point sepanjang perjalanan seperti Zojila Pass Zero Point yang berketinggian 11649 kaki. 




Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti sebentar di Namikala yang berketinggian 12198 kaki. Kami merakam gambar sebentar di sini. Kami berhenti banyak kali sepanjang perjalanan untuk menserasikan badan dengan ketinggian walaupun baru turun dari puncak banjaran yang melebihi 4000 meter semasa trekking kemarin







Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti lagi di Fotula Top, tempat tertinggi di jalanraya yang sedang dibina antara Srinagar dan Leh. Ketinggian Fotula Top adalah 13479 kaki. Sebelum sampai di bandar Leh, kami berhenti di beberapa tempat dan di jalan lurus tanah gersang untuk merakam gambar










Kami sampai di Bandar Leh sekitar jam 19:30 malam. Setelah mendapat bilik hotel, kami keluar ke Leh Main Bazar. Leh merupakan bandar terbesar di Ladark yang terletak di sempadan Tibet, China. Bentuk muka buminya bergunung ganang dan berbatuan. Kebanyakan penduduknya menganut ajaran Budha. 



Hari kesebelas kami penuhi dengan melawat tempat tarikan pelancong sekitar bandar Leh. Tempat pertama lawatan kami adalah The Druk White Lotus School yang menjadi Rancho School dalam filem 3 Idiot. Disebabkan lokasi Ladark terletak di sempadan Negara China, maka terdapat banyak stupa dan monastery ataupun biara yang menjadi tempat lawatan. 


Antara tempat lawatan kami adalah Hemis Monastery, Thiksay Monastery, Leh Palace, Shanti Stupa dan berakhir di Leh Market. Kami cuma bergambar dihadapan monastery ataupun biara sahaja kerana tidak berminat untuk melawat ke dalam kecuali melawat Istana Leh. 


Leh Palace merupakan binaan dan karya agung Dinasti Namgyal iaitu Dinasti Kedua Ladark. Istana ini mengambil masa tiga tahun untuk dibina dan siap pada tahun 1635 masehi. Senibina istana gaya Tibet ini menggunakan batu dan kayu berkualiti tinggi dan menyerupai Patola Palace di Lhasa, Tibet. Istana ini dibina sembilan tingkat dan mempunyai lebih seratus bilik. Tingkat bawah digunakan untuk para pekerja dan ruang penyimpanan makanan.  Tingkat empat untuk aktiviti sosial dan kebudayaan keluarga bangsawan manakala tingkat lima untuk menteri dan para pegawai. Tingkat enam dan tujuh adalah ruang dan bilik keluarga diraja manakala tingkat lapan adalah bilik-bilik sampingan. Tingkat sembilan pula untuk ruang pertahanan istana. Kami akhiri lawatan hari ini di Leh market







Hari ke dua belas, kami bertolak sekitar jam 10:00 pagi menuju ke Pangong Lake kira-kira 140 kilometer dan mengambil masa kurang lebih lima jam. Perjalanan ke Pangong Lake kebanyakannya tidak berturap, berbelok-belok membelah kawasan gersang naik dan turun banjaran. Namun pemandangan amat indah dalam cuaca dingin. Kami singgah sebentar di Changla Pass yang berketinggian 17586 kaki. 








Dalam perjalanan kami juga singgah di beberapa tempat menarik untuk makan minum dan bergambar. Kami singgah di satu kawasan terdapat sekumpulan binatang yang hidup di dalam lubang tanah. Inilah pertama kali saya melihat Marmot, binatang yang menyerupai tupai tetapi bersaiz besar. Marmot yang hidup bebas ini agak jinak untuk dirakam gambarnya. Kami juga singgah bergambar di kawasan shooting filem Jap Tak Hai Jaan lakonan shah rukh Khan








Kami sampai di Pangong Lake ataupun Pangong Tso sekitar jam 17:00 petang. Pangong Lake merupakan salah satu tempat shooting filem 3 Idiot dan menjadi terkenal setelah filem itu berjaya memecah rekod tayangan. Tasik yang luas ini dikongsi dua negara dengan pecahan 30 peratus berada di negara India manakala 70 peratus dimiliki negara China. Air tasik yang biru ini kadangkala bertukar warna kemerahan dan kehijauan mengikut keadaan cuaca. Pangong Lake berada di ketinggian 4350 meter









Malam itu kami bermalam di glamping kawasan Pangong Lake. Keesokkan paginya jam 09:00 pagi selepas sarapan kami berangkat ke Nubra Valley yang berjarak sekitar 170 kilometer dan mengambil masa kurang lebih 7 jam perjalanan. Jalan ke Nubra Valley juga banyak yang tidak  berturap dan jalan masih berbelok-belok melintasi kawasan tandus naik dan turun banjaran. Kata kawan saya, kami seperti berada dalam tin kosong yang digoncang sepanjang perjalanan dari Srinagar dan di  Ladark ini. Jalan masih dalam pembinaan dan kebanyakannya berbatu kerikir menyebabkan kami bergoyang-goyang dan terhentak-hentak. Jam 16:30 petang kami sampai di Hunder Sand Dune, padang pasir yang luas untuk aktivity menunggang unta










Selain menunggang unta, berbagai aktivity lain terdapat di Hander Sand Dune dan di padang pasir di Nubra Valley ini seperti aktivity memanah, memandu ATV, berbasikal atau mountain bike, xpdc bermotosikal dan berbagai. 







Kemudian kami check in di glamping Nubra Ethenic Camp di Nubra Valley. Glamping ini saya rekomen kepada pembaca. Penginapan selesa, lokasi berhadapan gunung dan berdekatan sebatang sungai berbatu yang jernih, boleh bermandi manda jika tahan sejuk. Glamping menyediakan air panas







Hari keempat belas kami berangkat pulang ke Leh sekitar jam 9:00 pagi selepas sarapan. Jarak Nubra Valley ke Leh kira-kira 120 kilometer dan mengambil masa sekitar lima jam. Dalam perjalanan ke Leh, kami singgah di laluan paling tinggi iaitu Khardung La Pass 5602 meter. Saya sedikit pening setibanya di sini. 









Kami sampai di Leh sekitar jam 14:30 petang. Setelah check in dan berehat sebentar, kami keluar membeli belah di Leh bazar. Petang itu Leh bazar agak meriah dengan persembahan tarian dari pelajar sekolah. Kami membeli cenderahati buat kali terakhir sebelum berangkat pulang keesokkan harinya









Hari kelima belas kami berangkat pulang ke Delhi dengan penerbangan awal pagi pada jam 08:00 pagi. Sampai di Delhi kami ke Masjid Jamek dan makan di restaurant nasi beriani berhampiran masjid. Setelah makan kami berjalan sebentar melihat berbagai jenis makanan tempatan yang didagangkan









Selepas menjamu selera, kami ke India Gate, monument popular di bandar Delhi untuk merakam gambar. Kami tidak berlama-lama di sana kerana cuaca panas


Sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur tengah malam itu, kami habiskan masa di pusat beli belah DLF Promenade. Pusat beli belah ini agak mewah dan tidak berapa jauh dari Delhi Airport.

Srinagar dan Ladark merupakan dua tempat mesti lawat jika ke india. Pemandangan di Srinagar sangat indah terutama jika trekking di kawasan pergunungannya. Penduduk Srinagar majority beragama islam. Ladark pula mempunyai bentuk muka bumi yang berbeza dan menarik. Berada di dua bandar ini juga serasa berada di dalam kem tentera. Tentera mengawal di mana-mana, serata tempat dan ceruk. Bercuti di tempat begini mungkin sedikit sebanyak meresahkan pelancong yang sensitif

Contact perkhimatan pelancongan:Nawab - +91 8825034611 (rekomen)

Day 1- Kuala Lumpur - Delhi
Day 2- Delhi - Srinagar
Day 3- Srinagar- Shitkadi, Sonamarg - mula  trekking ke Nichanai
Day 4- Nichanai - Vishansar Lake
Day 5- Rehat sebab hujan
Day 6- Vishansar Lake- Gadsar
Day 7- Gadsar - Mengan Dob
Day 8- Mengan Dop - Nundkol Lake
Day 9 - Nundkol Lake - Naranag - Srinagar
Day 10- Srinagar - Leh, Ladark
Day 11- Leh- sesi lawatan
Day 12- Leh - Pangong Lake
Day 13- Panggong Lake - Nubra ValleyDay 14- Nubra Valley - LehDay 15 - Leh - Delhi ke Kuala Lumpur



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2023/09/srinagar-dan-ladark.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Poster Hari Kemerdekaan Ke 66 Tahun 2023 Yang Menarik

Koleksi Poster Hari Kemerdekaan Ke 66 Tahun 2023 Yang Menarik

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 387 hits
Selain ucapan mahupun dalam pantun yang dibuat apabila tiba Hari Kemerdekaan kita juga boleh kongsikan ucpan tersebut dalam bentuk poster Anda boleh berikan reka bentuk atau design yang menarik kepada rakan rakan anda Hari Kemerdekaan atau ...
Apa Yang Menarik Disekitar Mutiara Damansara

Apa Yang Menarik Disekitar Mutiara Damansara

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 194 hits
Mutiara Damansara ialah sebuah kawasan perbandaran yang terletak di daerah Petaling Jaya Selangor Malaysia Ia terkenal dengan pelbagai pembangunan kediaman komersial dan rekreasi Kawasan perbandaran ini terletak dengan strategik berhampiran...
Tempat Menarik Di Melaka Berangan Ala Venice Di Melaka River Cruise

Tempat Menarik Di Melaka Berangan Ala Venice Di Melaka River Cruise

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 166 hits
Tempat Menarik di Melaka Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Percaya tak korang boleh berangan ala ala bercuti di Venice walaupun hanya ke Melaka dengan naik Melaka River Cruise Jangan main main Melaka ni walaupun hanya berkeluasan 0...
Ilmu Hikmah Menarik Rezeki Kekayaan Pelarisan Perlindungan Dengan Berkat Surah Al Waqiah

Ilmu Hikmah Menarik Rezeki Kekayaan Pelarisan Perlindungan Dengan Berkat Surah Al Waqiah

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 180 hits
Setiap individu didalam dunia ini mahukan kehidupan yang bahagia Amalan rahsia kaya raya al waqiah dan pembuka pintu pintu rezeki Surah al waqiah dari alquraan mukjizat mempunyai banyak fadilat Ianya adalah salah satu surah pembuka pintu pi...
Cuti Mcd Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik Cuti Sekolah 26 Ogos Hingga 3 Septermber 2023

Cuti Mcd Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik Cuti Sekolah 26 Ogos Hingga 3 Septermber 2023

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 224 hits
Cuti McD menawarkan pelbagai aktiviti menarik sempena cuti sekolah kali ini Untuk pengetahuan semua McD menjemput semua ibubapa yang berminat untuk membuat permohonan bagi menyertai aktiviti Cuti McD ini McDonald s Malaysia Anjur Program Be...
Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan September 2023

Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan September 2023

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 242 hits
Senarai Filem Best Dan Menarik Di Pawagam Bulan September 2023 Pada bulan lepas iaitu Ogos kita dimeriahkan dengan beberapa filem melayu yang menarik dan best untuk ditonton contohnya Malbatt Misi Bakara Mat Tudung Begins dan juga Rahsia te...
Foto Menelusuri Keindahan Jalan Lintas Selatan Tulungagung Trenggalek Yang Jadi Spot Menarik Warga Untuk Fotografi

Foto Menelusuri Keindahan Jalan Lintas Selatan Tulungagung Trenggalek Yang Jadi Spot Menarik Warga Untuk Fotografi

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 122 hits
JLS baru sepanjang sekitar 17 km ini merupakan rangkaian Jalur Lintas Selatan yang membentang dari ujung Banten hingga Banyuwangi sepanjang 1 605 km
Pintasan Saloma Tempat Menarik Untuk Bergambar Di Kuala Lumpur

Pintasan Saloma Tempat Menarik Untuk Bergambar Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 190 hits
Pintasan Saloma Pintasan Saloma Pintasan Saloma atau nama bahasa inggerisnya Saloma Link adalah satu jejantas yang unik yang menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC Masa yang di ambil bagi sesiapa yang berjalan kaki dari KLCC ke pintasan sal...
23 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya Restoran Paling Best

23 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya Restoran Paling Best

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 255 hits
Wilayah yang dikatakan salah satu bandar terindah di dunia bukan sahaja menjadi destinasi pilihan ramai di hujung minggu untuk melawat lokasi lokasi menariknya tapi juga kerana ingin mencuba pelbagai kedai makan best yang ada di sini Dari k...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni