Src Memperolehi Injunksi Mareva Menghalang Najib Pindah Aset Bernilai Hingga Rm42 Juta


 

KUALA LUMPUR - SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta.
Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian hari ini selepas membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd yang juga plaintif pertama dan kedua dalam saman SRC ke atas Najib selaku defendan.
Injunksi mareva adalah perintah sementara yang mengekang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.
Mahkamah mengarahkan Najib, 68 supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.
Selain daripada itu mahkamah juga mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan kepada peguam SRC (plaintif) secara bertulis aset beliau di dalam atau di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah itu diserahkan kepada Najib.
Bekas perdana menteri itu juga dibenarkan mengeluarkan dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman yang mahkamah ini menyatakan ia adalah termasuk perintah injunksi mareva sementara diperoleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mohd Arief Emran juga menetapkan pengurusan kes pada 13 Mei depan.
Seorang peguam daripada Tetuan Rosli Dahalan Saravana Partnership yang mewakili SRC ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.
SRC International Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd diwakili peguam M Nagarajah, Syafinaz Vani, Clament Tay, Lisa Yong daripada Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership sementara Muhammad Farhan Shafee dan Thilagan Mehanathan daripada Tetuan Shafee & Co mewakili Najib.
Pada 8 Februari lalu, 1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Najib daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.
Bagaimanapun pada 18 Februari lalu, Najib memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi mareva itu. Pendengaran permohonan itu ditetapkan pada 6 Mei depan.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah menyelewengkan RM42 juta dana SRC. Kes ini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/src-international-sdn-bhd-peroleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src Obtains Mareva Injunction Against Najib For Rm42 Million

Src Obtains Mareva Injunction Against Najib For Rm42 Million

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 250 hits
SRC International Sdn Bhd and one of its subsidiaries have obtained a Mareva injunction from the High Court in Kuala Lumpur to prevent former prime minister Najib Abdul Razak from transferring or dissipating of any his assets amounting to R...
1mdb Rosmah Didakwa Beli Kalung Berlian Bernilai Rm97 2 Juta Agensi Mac 24 2022

1mdb Rosmah Didakwa Beli Kalung Berlian Bernilai Rm97 2 Juta Agensi Mac 24 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 165 hits
Menurut Schwartz Rosmah telah meminta berlian 18 karat namun dia hanya mempunyai berlian merah jambu 22 karat dan urus niaga akhirnya dicapai untuk pembelian batu permata bersaiz lebih besar Foto Astro AWANI SHAHIR OMAR NEW YORK Juri dalam ...
Src Judge Should Have Disclosed Role In 1mdb Loan Najib S Lawyer

Src Judge Should Have Disclosed Role In 1mdb Loan Najib S Lawyer

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 183 hits
Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali should have recused himself from hearing Najib Abdul Razak s RM42 million SRC International corruption trial said the ex premier s lawyer Muhammad Shafee Abdullah said this is because the then Kuala Lumpur Hig...
Saman As 1 18 Bilion Src Mahkamah Arah Najib Fail Pernyataan Pembelaan

Saman As 1 18 Bilion Src Mahkamah Arah Najib Fail Pernyataan Pembelaan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 209 hits
malaysiakini comMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Najib Razak memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman AS 1 18 bilion yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri itu Peguam Lisa Yong yang m...
Gaji Ceo Tahunan 61 8 Juta Gila Hanya Najib Yang Tahu Jawab

Gaji Ceo Tahunan 61 8 Juta Gila Hanya Najib Yang Tahu Jawab

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 186 hits
FAHMI FADZILTahukah anda dari tahun 2014 hingga 2020 Shahril yang mempunyai 12 8 pegangan di dalam syarikat ini menerima gaji keseluruhan sebanyak RM432 7 juta Ini bermaksud secara purata beliau menerima gaji tahunan sebanyak RM61 8 juta se...
Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 184 hits
RAFIZI RAMLISejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Terbaru dia mengusu...
Appeal Court Shutting Their Minds To Najib S Fresh Src Evidence Bid Lawyer

Appeal Court Shutting Their Minds To Najib S Fresh Src Evidence Bid Lawyer

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 162 hits
The Court of Appeal has prejudged Najib Abdul Razak s application to adduce fresh evidence in his appeal in the RM42 million SRC International corruption case his defence counsel claimed Before the Federal Court this morning Muhammad Shafee...
Jho Low Bapa Dihalang Lupus Aset As 1 03 Bilion Dan As 401 5 Juta

Jho Low Bapa Dihalang Lupus Aset As 1 03 Bilion Dan As 401 5 Juta

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad dan satu anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low melupus atau mengurangkan nilai mana m...
Rafizi Pengarah Eksekutif Sapura Terima Rm983 Juta Ketika Najib Jadi Pm

Rafizi Pengarah Eksekutif Sapura Terima Rm983 Juta Ketika Najib Jadi Pm

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 174 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Pengarah Eksekutif Sapura Energy Bhd menerima kira kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk bayaran daripada 2009 hingga 2018 ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri Bekas Ah...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco