Jho Low Bapa Dihalang Lupus Aset As 1 03 Bilion Dan As 401 5 Juta



KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan satu anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau ‘Jho Low’, melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$1.03 bilion.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh media menerusi sistem kehakiman, bapa Jho Low, Tan Sri Larry Low Hock Peng turut dihalang daripada mengalihkan, melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$401.5 juta.
Keputusan itu dibuat Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz dalam prosiding dalam talian semalam, selepas membenarkan permohonan injunksi mareva ex-parte (sebelah pihak) yang dipohon 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited), yang merupakan plaintif pertama dan kelima dalam kes saman 1MDB terhadap Jho Low, bapanya serta beberapa individu lain.
Injunksi mareva adalah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara kes sedang berjalan.
Injunksi tersebut juga mengehadkan Jho Low dan bapanya mengeluarkan wang tidak melebihi RM20,000 sebulan setiap seorang, yang diperlukan mereka untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman.
Sekiranya mereka memerlukan lebih daripada jumlah tersebut, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified.
Perintah itu juga menyatakan, Jho Low dan bapanya mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung aset mereka, masing-masing pada nilai AS$1.03 bilion dan AS$401.5 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.
Mereka hendaklah memberikan nilai, lokasi serta segala maklumat aset dan maklumat itu perlu disahkan melalui suatu afidavit, dan disampaikan kepada peguam plaintif pertama dan kelima dalam masa empat belas hari selepas perintah tersebut disampaikan kepada peguam mewakili dua beranak berkenaan.
Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti aset-aset Jho Low di negara ini melebihi jumlah AS$1.03 bilion, beliau boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada AS$1.03 bilion, manakala bapanya tidak kurang daripada AS$401.5 juta.
Perintah tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah, di mana mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.
Perintah itu berkuat kuasa sehingga mahkamah mendengar permohonan injunksi inter-parte (dua pihak) pada 29 Mac.
Seorang peguam, Tetuan Skrine yang mewakili 1MDB ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.
Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya iaitu Global Diversified, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memfailkan saman AS$3.7837 bilion terhadap Jho Low; bapanya; ibunya, Puan Sri Goh Gaik Ewe; kakak Jho Low, May Lin; adik lelakinya, Taek Szen serta rakan sekutunya, Eric Tan Kim Loong.
Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.
1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.
Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen. – Bernama
 
 
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Hasni Tidak Jadi MB, Shahrir Samad Malu Hadir Perhimpunan Agung UMNO Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin ‘Pas Tidak Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO? Ada Soalan Lain?’ – Ahmad Maslan Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’ Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO] ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO] Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat. PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

The post Jho Low, bapa dihalang lupus aset AS$1.03 bilion dan AS$401.5 juta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/16/jho-low-bapa-dihalang-lupus-aset-as1-03-bilion-dan-as401-5-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Seleweng Usd1 42 Bilion Daripada Urusniaga 1mdb Diatur Goldman Kata Ejen Fbi

Jho Low Seleweng Usd1 42 Bilion Daripada Urusniaga 1mdb Diatur Goldman Kata Ejen Fbi

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 118 hits
March 15 2022 Mahkamah Persekutuan di Brooklyn New York yang membicarakan kes Roger Ng diberitahu Jho Low adalah penerima terbesar daripada 16 orang yang menerima dana dikumpul oleh Goldman Sachs dalam urusniaga bon untuk 1MDB NEW YORK Ahli...
Seleweng Dana 1mdb Fbi Dedah Jho Low Curi Rm5 98 Bilion Najib Dapat Rm3 2 Bilion

Seleweng Dana 1mdb Fbi Dedah Jho Low Curi Rm5 98 Bilion Najib Dapat Rm3 2 Bilion

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 147 hits
March 16 2022 Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low didakwa mencuri AS 1 42 bilion daripada tiga transaksi bon yang diatur oleh bank pelaburan Goldman Sachs untuk dana kekayaan Malaysia Perkara itu didedahkan ejen Biro Peny...
Roger Ng Warned Goldman About Jho Low Met Najib Before

Roger Ng Warned Goldman About Jho Low Met Najib Before

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 147 hits
Former Goldman Sachs banker Roger Ng had recommended Low Taek Jho better known as Jho Low as a client for Goldman Sachs while advising caution in March 2010 This was revealed by Patrick Kidney a former Goldman Sachs compliance officer while...
Terima Wang Pampasan 1 5 Juta Ini Luahan Bapa Arwah Adib

Terima Wang Pampasan 1 5 Juta Ini Luahan Bapa Arwah Adib

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 145 hits
Terima Wang Pampasan 1 5 Juta Ini Luahan Bapa Arwah Adib ALOR SETAR Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim meminta agar orang ramai tidak menuduh mereka sebagai mata duitan kerana me nerima wang pampasan RM1 5 juta daripada kerajaan...
Ng S Wife Created Shell Company Took Tens Of Millions From Jho Low Trial Told

Ng S Wife Created Shell Company Took Tens Of Millions From Jho Low Trial Told

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 213 hits
Former Goldman Sachs banker Roger Ng received US 35 1 million through his wife s shell entity his 1MDB US trial was told on Monday NEW YORK Former Goldman Sachs Group Inc banker Roger Ng s wife created a shell company and opened a bank acco...
Hiburan Tak Dapat Tandingi Nyawanya Terima Pampasan Rm1 5 Juta Bapa Arwah Adib Minta Jangan Tuduh Mata Duitan

Hiburan Tak Dapat Tandingi Nyawanya Terima Pampasan Rm1 5 Juta Bapa Arwah Adib Minta Jangan Tuduh Mata Duitan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 140 hits
Menerima wang pampasan sebanyak RM1 5 juta daripada pihak kerajaan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memohon agar orang ramai tidak menuduh mereka mata duitan Menurut bapa Allahyarham iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid bagilah seber...
Report Fbi Officer Tells Court Jho Low Stole Us 1 42b Of 1mdb Money While Najib Received Us 756m

Report Fbi Officer Tells Court Jho Low Stole Us 1 42b Of 1mdb Money While Najib Received Us 756m

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 133 hits
Datuk Seri Najib Razak reaped US 756 million of the US 6 5 billion raised in the bond offerings Federal Bureau of Investigation agent Eric Van Dorn testified that fugitive financier Low Taek Jho or Jho Low the alleged mastermind of the 1MDB...
Isteri Ng Wujud Syarikat Samaran Cuci Wang Berjuta Dolar Daripada Jho Low Mahkamah Diberitahu

Isteri Ng Wujud Syarikat Samaran Cuci Wang Berjuta Dolar Daripada Jho Low Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 104 hits
March 22 2022 pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng menerima USD35 1 juta menerusi syarikat samaran isterinya NEW YORK Isteri bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng mewujudkan syarikat samaran dan membuka sebuah akaun bank yang m...
It Is Funny But It Is True Says Shafee On Jho Low S Role Arranging Haj Quota For Malaysia

It Is Funny But It Is True Says Shafee On Jho Low S Role Arranging Haj Quota For Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 158 hits
Najib s lead counsel Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah got this confirmed when cross examining a key prosecution witness in the trial former 1MDB director Tan Sri Ismee ismail who was also former Tabung Haji chief executive officer NSTP SAIF...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Maaqub Sintok Ni Nak Kata Anggota Kita Tak Sedia La

Buah Yang Berubah Ubah Rasa

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis