Nota: Bagi Tingkatan 1, permohonan hanya dibuka untuk menyambung pengajian di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sahaja.
Promosi: Dapatkan Buku Teks Tingkatan 1 Pos terus ke rumah anda
Panduan Am
Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 02 Oktober 2023 hingga 13 Oktober 2023.
Panduan Khusus
Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKad Murid dan No. MyKad/ No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/ Penjaga Kedua kemudian tekan Log Masuk.
Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Modul Pengurusan Murid. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila kemaskini maklumat di portal SPATKPM di pautan public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.
Semakan PKSK
Pemohon yang menghantar permohonan boleh membuat semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) melalui laman web SPSKT1 di halaman https://spskt1.moe.gov.my/ atau https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
Sila buat semakan melalui pautan berikut: https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |