Sprm Sila Siasat Surat Tanpa Nama Ini Atau Sekadar Surat Layang Pembohongan


 Berita UKMkini  (31/1/2025)


RASUAH & KORUPSI GENG PMX KETIMBANG DI UKM


Penulis: Tuah Jebat


Tuanku Canselor 'murka' dengan pengurusan tertinggi UKM


Pada 14hb Januari 2025 sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, tiada seorang pun ahli pengurusan tertinggi UKM dijemput ke Istana Seri Menanti untuk menghadiri upacara anugerah darjah kebesaran oleh Tuanku Canselor. Ini merupakan sejarah hitam untuk UKM kerana buat pertama kalinya ia berlaku sejak sekian lama. Tuanku tidak memperkenan serta tidak menjemput Pengerusi LPU, Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor. Tuanku juga telah menolak calon untuk anugerah Dato' Seri (Pengerusi LPU) dan Dato' (TNC Hal Ehwal Pelajar) dari UKM, sekaligus juga mencatat sejarah kali pertama tidak ada anugerah darjah tertinggi untuk calon dari universiti watan ini.


Kenapa Tuanku begitu 'murka' sekali? Pada bulan November 2024, satu aduan telah sampai kepada pihak Jabatan Audit Negara (JAN) tentang salahguna kuasa dan penyelewengan serta manipulasi proses perolehan dan tender projek-projek di kampus Bangi UKM dan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Terdapat syarikat-syarikat yang telah diberikan tender walaupun mereka telah gagal penilaian teknikal dan/atau penilian kewangan, namun diluluskan juga oleh Jawatankuasa Tender UKM yang dipengerusikan oleh Naib Canselor sendiri. (Ada kecurigaan juga tentang elemen rasuah yang diterima oleh ahli pengurusan tertinggi dari syarikat-syarikat tersebut. Ini sedang disiasat). Disebutkan juga ada penyelewengan di dalam Jawatankuasa Pra-tender (dipengerusikan oleh TNC HEPA), di UKM Shape (Pengarah UKM Shape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin) dan di UKM Holdings (Pengerusi UKM Holdings, Datuk Ahmad Shalimin).


Perkara ini telah sampai kepada pengetahuan Tuanku. Pasukan audit dari JAN telah menjalankan audit di kampus Bangi dan di kampus Kuala Lumpur sepanjang bulan Disember 2024. YB Menteri KPT telah mengeluarkan surat lantikan semula untuk Naib Canselor UKM pada 10 Disember 2024, walaupun proses audit sedang berjalan. Perlantikan semula untuk penggal ketiga ini tidak melalui proses yang sepatutnya iaitu melalui Jawatankuasa Carian Naib Canselor (memang ini prerogatif YBM tapi ini proses pencalonan dan temuduga oleh JK Carian NC sepatutnya dilakukan seperti di IPTA yang lain). Lantikan ini juga tidak dimaklumkan (sebagai menyantun dan menjaga adab dengan Istana) kepada Tuanku Canselor.


Pada minggu kedua Januari 2025, Ketua Audit Negara telah dipanggil mengadap Tuanku dan telah membentangkan laporan awal audit yang menunjukkan ada salahguna kuasa dan penyelewengan serta tidak mematuhi proses perolehan (untuk pelbagai projek tender), yang dilakukan oleh Naib Canselor selaku pengerusi JK Tender UKM dah subahat oleh ahli pengurusan tertinggi UKM yang lain secara langsung atau tidak langsung (mereka semua ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau MJPU). Pada minggu yang sama, YB Menteri telah dipanggil mengadap dan diberi titah supaya mengambil tindakan segera yang sepatutnya. Namun tidak ada tindakan diambil sehingga hari ini. Dipercayai YBM diberi nasihat oleh Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, sahabat baik dan penasihat khas YBM serta Pengerusi UKM Holdings Sdn Bhd.


Pada 17hb Januari 2025, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan sesi penutup audit dan jelas ia amat memalukan UKM. Laporan dengan bukti yang jelas menunjukkkan ada salahlaku dan manipulasi proses tender untuk kepentingan individu-individu tertentu. (Laporan ini boleh diperolehi dari JAN).


Malangnya YB Menteri masih tidak mengambil tindakan dan jelas beliau tidak memandang serius laporan dari JAN. Ada kemungkinan konflik kepentingan di pihak YB Menteri kerana kaitan rapat beliau dengan Datuk Ahmad Shalimin yang juga merupakan sandaran kuat Naib Canselor dan Pengerusi LPU serta rakan pengurusan tertinggi. Pengerusi LPU pula memang tahu apa yang berlaku tapi terpaksa mendiamkan diri dan mengelak dari membawa krisis ini untuk dibincang di LPU.


Kemurkaan Tuanku Canselor yang kita sayangi ini amat memalukan kita semua sebagai warga UKM. Memang kuasa melantik dan memecat Naib Canselor adalah kuasa YB Menteri, namun telah ada bukti dan laporan audit dari pihak JAN, satu entiti yang bebas dan tidak berkepentingan. Tuanku terpaksa berbuat begini sebab proses semak dan imbang dari LPU tidak berlaku. Tuanku terpaksa memberi titah kepada YB Menteri kerana Tuanku amat sayangkan UKM.


YAB Perdana Menteri sering menyatakan tentang pentingnya menjaga integriti dan tatakelola yang baik serta bersih. Di sini jelas tidak ada pematuhan kepada tatakelola dan proses perolehan yang ditetapkan.


Sehingga hari ini, masih belum ada tindakan dari YB Menteri. Ini bukan langkah yang bijak. Naib Canselor dan rakan-rakan pengurusan tertinggi harus mengambil jalan terhormat dan mengundur diri. Kita semua sebagai warga UKM harus hormat akan kedudukan DYMM Tuanku sebagai Canselor UKM. Adakah pengurusan tertinggi UKM ingin terus ada ketegangan dengan Istana dan mencuba nasib menegakkan benang yang basah? Apakah UKM sanggup berhadapan dengan masyarakat awam sekiranya perkara didedahkan oleh media dan pihak awam nanti?


Mohon agar warga UKM menyebarkan dan berkongsi berita ini untuk pengetahuan semua. Warga UKM mempunyai hak untuk mengetahui perkara yang sebenar dan bukan versi dari pengurusan tertinggi yang cuba menyelamatkan rejim dan kartel yang telah menyeleweng jauh. Berita ini sahih dan ini bukan surat layang. Sila hubungi Jabatan Audit Negara secara terus atau bertanya kepada mereka yang menhadiri sesi bersama pasukan audit JAN serta yang hadir semasa pembentangan lapuran audit pada 17hb Januari lalu.


'Berani kerana benar'.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/sprm-sila-siasat-surat-tanpa-nama-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lucunya Kamari Sky Wassink Sebutkan Nama Benda Atau Sosok Yang Ditunjukkan Sang Ibu Terlalu Gemas

Lucunya Kamari Sky Wassink Sebutkan Nama Benda Atau Sosok Yang Ditunjukkan Sang Ibu Terlalu Gemas

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 121 hits
Meski pelafalannya belum jelas tetapi Kamari udah punya banyak kosa kata lho Tumbuh dikelilingi bahasa beragam kira kira dia bakal fasih bahasa apa dulu ya
7 Tanda Pasangan Anda Serius Atau Sekadar Buang Masa

7 Tanda Pasangan Anda Serius Atau Sekadar Buang Masa

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 169 hits
Tanda pasangan anda serius atau sekadar buang masa adalah isu yang sering menjadi perbincangan dalam hubungan percintaan Kadang kala kita sukar untuk membezakan antara pasangan yang benar benar serius dengan yang hanya bermain main Dalam du...
Ops Sky Sprm Siasat Pembabitan Selebriti Dibayar Hingga Rm400 000 Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan

Ops Sky Sprm Siasat Pembabitan Selebriti Dibayar Hingga Rm400 000 Jadi Duta Syarikat Perunding Kewangan

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 104 hits
Katanya entah betul atau tidak Mungkin sendiket menggunakan wajah mereka tanpa diketahui mereka Dato Jalaludin dan Ziana semoga diberi pencerahan Ops Sky SPRM siasat pembabitan selebriti dibayar hingga RM400 000 jadi duta syarikat perunding...
Perkakas Atau Alat Tukang Yang Harus Ada Di Rumah Siap Sedia Buat Jaga Jaga

Perkakas Atau Alat Tukang Yang Harus Ada Di Rumah Siap Sedia Buat Jaga Jaga

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 150 hits
Udah sedia perkakas atawa alat tukang yang harus ada di rumah ini belum Terkadang ada aja momen di mana kamu perlu ganti lampu pasang jam atau memangkas pohon yang sudah terlalu besar Termasuk juga ketika kamu beli online dan paking yang di...
Ibnu Makmur Feat Lolita Santika Chord Katakan Ya Atau Tidak Melamarmu Chord

Ibnu Makmur Feat Lolita Santika Chord Katakan Ya Atau Tidak Melamarmu Chord

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 111 hits
A D A Bm C m D B E A D sudah terlalu lama E A rasa ini ku pendam D E setiap bersamamu C m F m ku diam dan membisu Bm menatap wajahmu B E Bm E bahkan aku tak mampu A D ku beranikan diri E A C m tuk berbicara kepadamu D E cukup lima menit saj...
Rip Current Atau Arus Pecah Bisa Menyeretmu Dari Pantai Ke Tengah Laut Inilah Cara Untuk Selamat Darinya

Rip Current Atau Arus Pecah Bisa Menyeretmu Dari Pantai Ke Tengah Laut Inilah Cara Untuk Selamat Darinya

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 141 hits
Belum banyak orang yang paham tentang rip current atau arus pecah Padahal inilah bahaya yang mengintaimu saat berlibur di pantai
Umno Di Persimpangan Elak Oligarki Atau Hilang Kepercayaan Rakyat

Umno Di Persimpangan Elak Oligarki Atau Hilang Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 124 hits
freemalaysiatoday com30 Jan 2025 11 00 AMUmno perlu pertimbang sebaiknya jika ingin kembali kepada pemilihan kaedah lama yang berisiko beri kesan negatif Umno kini berdepan satu dilema yang boleh memberi kesan besar terhadap kredibiliti dan...
Mau Study Tour Atau Outing Class Ke Pantai Kamu Wajib Lakukan Hal Ini

Mau Study Tour Atau Outing Class Ke Pantai Kamu Wajib Lakukan Hal Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 122 hits
Study tour atau outing class biasanya dilaksanakan oleh pihak sekolah mulai dari SD hingga SMA dengan tujuan melakukan pembelajaran sekaligus rekreasi di waktu yang sama Perbedaan kedua kegiatan tersebut terletak pada durasi konsep dan temp...
Perlu Atau Tidak Ketahui Bila Pembedahan Ovarian Cyst Diperlukan

Perlu Atau Tidak Ketahui Bila Pembedahan Ovarian Cyst Diperlukan

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 86 hits
Ovarian cyst adalah ketumbuhan berisi cecair yang terbentuk di dalam atau pada permukaan ovari Ramai wanita yang mengalaminya tanpa sebarang gejala namun ada juga yang mengalami kesakitan atau gangguan kitaran haid Persoalannya adakah semua...
Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Intellectual Property Protecting Ideas

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cipta Raya Sifu M Nasir Cetak Sejarah

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming

Mee Kari

Mb Kelantan Diberitahu Dari Layan Fitnah Podcast Baik Selesai Isu Tanah

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Support System Bukan Dari Sudut Duit Tapi Dari Sudut Motivasi Inspirasi