Sprm Perlu Siasat Lapangan Terbang Pulau Pinang



Najib Tun Razak
Minggu lepas, akauntan gagal penyangak terowong ajaib seorang itu tengah meroyan tentang isu pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang (LTPP) ditangguhkan akibat Covid.
Sebab itu, sudah tiba masa Najib bongkarkan tentang siapa yang sebenarnya tangguhkan projek ini dan kenapa tangguh.
Sebenarnya, projek untuk membesarkan kapasiti LTPP dari 6.5 juta penumpang setahun ke 12 juta setahun telahpun diluluskan kerajaan pusat BN pada tahun 2017 dan syarikat milik Khazanah Nasional, Malaysia Airports Berhad (MAHB) telahpun diarahkan untuk memulakan kerja pembinaan pada tahun 2018.
“24 Feb 2018: Projek pembesaran LTAPP bermula hujung tahun ini” https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/392428/projek-pembesaran-ltapp-bermula-hujung-tahun-ini Namun selepas PH menang PRU14, projek MAHB ini dihentikan dengan alasan kerajaan sudah bankrup dan tak ada duit untuk membiayai kos projek.
Sebab itu, projek tersebut perlu diswastakan dengan menggunakan kaedah Private Finance Initiative (PFI).
“Finance Minister Lim Guan Eng said the Federal Government was short of funds and the expansion project was expected to cost more than RM1.2 billion. “A PFI will help us undertake the expansion project more efficiently as well as save our cash resources.”
“2 Mac 2019: ‘Private financing to fund Penang airport expansion’” https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/04/private-financing-to-fund-penang-airport-expansion Kerajaan tak ada duit untuk projek pembesaran LTPP ini adalah satu pembohongan kerana yang keluarkan duit sebenarnya adalah syarikat MAHB yang keuntungan operasi mereka cecah RM1 bilion setiap tahun dan pada akhir tahun 2018, syarikat MAHB mempunyai rizab tunai dan rizab kewangan mencecah RM2 bilion dengan nilai pasaran cecah RM15 bilion.
Bukan kerajaan yang tanggung. MAHB yang tanggung.
Kenapa pula akauntan gagal mahu berbohong masa itu?
Bacalah surat di bawah. Surat syarikat swasta Ideal Property kepada MAHB pada bulan Disember 2018 berhubung penswastaan LTPP yang saya lampirkan ini ialah sebab utama projek pembesaran LTPP yang sudahpun diluluskan kerajaan BN dahulu telah ditangguhkan.
Surat ini juga disalin kepada Menteri Kewayangan DAP, Menteri Pengangkutan DAP dan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang.
Sebelum ini, saya pernah tulis tentang media Singapura melaporkan bahawa pemilik syarikat Ideal adalah amat rapat dengan pemimpin-pemimpin kanan DAP termasuk akauntan gagal tersebut.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157292249075952 Selain diberi hak penambakan tanah untuk projek kondo mewah sendiri, Ideal juga diberi kepentingan 20% dalam projek PTMP Pulau Pinang bernilai RM46 bilion dan dibenarkan mengambil alih kepentingan 49% syarikat milik kerajaan Pulau Pinang PDC Holdings dalam projek Pulau Jerajak dengan skim bayaran mudah 8 tahun pada harga RM156 juta untuk tanah 81 ekar (ataupun pada nilai RM91 setiap kaki persegi)
Projek Pulau Jerajak ini kini sedang disiasat SPRM
“15 Ogos 2020: SPRM siasat projek Pulau Jerejak” https://www.utusan.com.my/premium/2020/08/sprm-siasat-projek-pulau-jerejak/ Surat daripada Ideal Property kepada CEO MAHB yang saya lampirkan ini adalah surat niat untuk syarikat Ideal mengambil alih konsesi MAHB bagi LTPP untuk tempoh 30 tahun.
Syarikat Ideal kata mereka akan tanggung kos pembesaran LTPP sebanyak RM1.2 bilion dan akan menaikkan kapasiti LTPP kepada 15 juta penumpang setahun kerana mendakwa kapasiti 12 juta penumpang MAHB adalah tidak mencukupi walaupun kapasiti sekarang cuma 6.5 juta..
Kenapa pula mahu kapisiti lebih besar daripada 12 juta?
Kerana jika kapasiti 12 juta maka tiada keperluan mengambil tanah berhampiran.
Jika lebih, maka LTPP perlu mengambil beberapa bidang tanah berhampiran termasuk sebuah sekolah Cina.
Perkara ini juga diberitahu dalam surat ini dan syarikat Ideal baik hubungan baik mereka dengan kerajaan DAP Pulau Pinang akan memudahkan proses pengambilan tanah termasuk sekolah tersebut.
Sebenarnya, tanah sekolah tersebut dah lama ditukar dengan sebuah syarikat developer swasta yang tidak dinamakan.
“2013: School finally gets land for relocation” https://www.thestar.com.my/news/community/2013/02/02/school-finally-gets-land-for-relocation/ Walaupun syarikat developer yang dipilih untuk menukar tanah dengan sekolah itu tidak dinamakan (SPRM boleh siasat) tapi ianya satu kebetulan bahawa projek-projek kondo mewah seperti projek
“SummerSkye Residences” dan “Fiera Vista” cecah bilion Ringgit yang terletak berhampiran tapak baru sekolah Cina tersebut adalah milik syarikat Ideal juga.Bagaimanapun, syarikat MAHB melawan kuat usaha kerajaan PH untuk melepaskan LTPP kepada syarikat Ideal untuk tempoh 30 tahun.MAHB tegas untuk membiayai dan membesarkan LTPP kepada 12 juta penumpang setahun dengan kos RM800 juta (bukan 16 juta penumpang dengan kos RM1.2 bilion yang sering disebut akauntan gagal dan juga sebulat dengan apa yang terkandung dalam surat syarikat Ideal kepada MAHB).Sebab itu, Ketua Menteri DAP dah tak sabar dengan penangguhan projek LTPP akibat MAHB lawan penswastaan dan suruh kerajaan pusat PH sendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Ketua Menteri DAP juga mendedahkan penswastaan LTPP telahpun diluluskan secara prinsip oleh kerajaan PH tetapi syarikat PFI itu lambat.
“He said the PFI company had yet to submit its proposal for the expansion project. In principle, the expansion project has been approved, but they are unable to submit a plan to the MBPP (Penang Island City Council),” he said.
“June 2019: Govt urged to resolve Penang airport operator issue” https://www.nst.com.my/news/nation/2019/06/499869/govt-urged-resolve-penang-airport-operator-issue Namun, syarkat MAHB masih tegas untuk melawan penswastaan tersebut dan tegas untuk menjalankan projek ini sendiri tanpa penglibatan syarikat PFI
Dengan itu, CEO MAHB pun mengumumkan pada 25 Disember 2019 bahawa kerja pembesaran LTPP akan bermula tak lama lagi.
“MAHB group chief executive officer Raja Azmi Raja Nazuddin said the airport operator has started the process of pre-qualification via open tender to local contractors to undertake the first stage of the expansion work.”
“25 Disember 2019: Expansion works for Penang International Airport to start early next year” https://www.nst.com.my/business/2019/12/550691/expansion-works-penang-international-airport-start-early-next-year Tetapi 12 hari selepas CEO umumkan MAHB akan tersukan projek tersebut secara sendiri, CEO tiba-tiba umum dia letak jawatan walaupun tak sampai tempoh setahun selepas dia dilantik secara rasmi sebagai CEO
“6 Januari 2020: Raja Azmi quits as CEO of MAHB after barely a year at helm” https://www.thesundaily.my/business/raja-azmi-quits-as-ceo-of-mahb-after-barely-a-year-at-helm-GK1862228 Sejak itu, bekas CEO tak pernah memberi komen kenapa dia tiba-tiba letak jawatan walaupun kerajaan PH menolak khabar angin bahawa dia terpaksa letak jawatan kerana dia tak mahu ikut arahan kerajaan PH
“7 Januari 2020: Govt played no role in Raja Azmi’s resignation — Loke” https://www.theedgemarkets.com/article/govt-had-no-role-raja-azmis-resignation-%E2%80%94-loke Yang menakjubkan pula ialah saya difahamkan bahawa dia disuruh letak jawatan tetapi dia tetap akan dibayar gaji penuh selama tempoh 2 tahun lagi dari tarikh dia letak jawatan. Jika benar, maka persoalannya ialah jika dia terpaksa letak jawatan kerana dia telah melakukan kesalahan, kenapa dia pula dibayar gaji penuh selama 2 tahun lagi?
Adakah ini ganjaran ataupun syarat supaya dia tidak mendedahkan sebab utama dia dihentikan sebagai CEO?
Akauntan gagal ada sebarang komen berhubung apa yang saya dedahkan ini, tak?
Saya rasa ianya lebih elok jika kerajaan PN dan SPRM menyiasat jika menteri-menteri DAP pernah menyalah gunakan kuasa untuk menekan MAHB demi membantu kroni sehingga projek pembesaran LTPP yang sudahpun diluluskan BN tertangguh hampir dua tahun pada masa PH.
Paling lawak ialah geng DAP yang tangguhkan projek hampir dua tahun sebab mahu swastakan kepada kawan-kawan. Jika tidak, projek sudah mula tahun 2018 seperti diluluskan BN dan MAHB.
Lalu, dorang tuduh pulak kerajaan PN mahu hukum Rakyat Pulau Pinang.
“19 Ogos 2020: Isu PIA: Politik balas dendam hukum Pulau Pinang” https://www.roketkini.com/2020/08/19/isu-pia-politik-balas-dendam-hukum-pulau-pinang/  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/23/sprm-perlu-siasat-lapangan-terbang-pulau-pinang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 415 hits
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng belum berakhir dengan beberapa pendakwaan Jumaat lepas dan hari ini SuaraTV difahamkan SPRM telah ...
Pdrm Pulau Pinang Bakal Adakan Lelongan Libatkan 149 Buah Kenderaan Minggu Depan

Pdrm Pulau Pinang Bakal Adakan Lelongan Libatkan 149 Buah Kenderaan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 351 hits
PULAU PINANG Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang akan melelong sebanyak 149 buah kenderaan yang terdiri daripada motosikal kereta dan van pada minggu depan Lelongan tersebut akan diadakan pada jam 10 pagi 27 Ogos 2020 Lelongan berkenaa...
Lelaki Tinggal Kereta Terjun Jambatan Pulau Pinang

Lelaki Tinggal Kereta Terjun Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 469 hits
Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 2 2 arah pulau dekat sini hari ini Mangsa berusia 24 tahun itu disyaki terjun selepas meninggalkan kereta dipandunya dalam keadaan enjin ma...
Sprm Siasat Dakwaan Pihak Berkuasa Lindungi Judi Haram

Sprm Siasat Dakwaan Pihak Berkuasa Lindungi Judi Haram

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 273 hits
Cyberjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar Sungai Buloh kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya Pemilik perniagaan Hot...
Beri Penjelasan Isu Pemberhentian Feri Di Pulau Pinang

Beri Penjelasan Isu Pemberhentian Feri Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 306 hits
Pada 24 Ogos 2020oleh PENTADBIRMenteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong digesa memberi penjelasan penuh berhubung isu pemberhentian sementara perkhidmatan feri di Pulau Pinang Mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ini buat pertam...
Isu Pia Politik Balas Dendam Hukum Pulau Pinang

Isu Pia Politik Balas Dendam Hukum Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 319 hits
Pada 22 Ogos 2020oleh PENTADBIRPenantian sehingga selepas 2023 sebelum membuat keputusan tentang pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak lain tidak bukan ialah sebenarnya pembatalan projek tersebut Mantan Menteri Kewanga...
Bentuk Peta Pulau Pinang Dah Jadi Macam Babi Huan Cheng Guan

Bentuk Peta Pulau Pinang Dah Jadi Macam Babi Huan Cheng Guan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 284 hits
Bentuk Peta Pulau Pinang Dah Jadi Macam Babi Huan Cheng GuanParti Cinta Malaysia menyelar sikap rakus kerajaan Pulau Pinang yang menjual tanah di negeri itu kepada kroni Presidennya Datuk Mejar Huan Cheng Guan mendakwak tindakan tersebut te...
Sprm Siasat Pegawai Anggota Penguatkuasa Di Syaki Terima Rasuah

Sprm Siasat Pegawai Anggota Penguatkuasa Di Syaki Terima Rasuah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memberi tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPR...
Dashcam Sempat Rakam Lelaki Terjun Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

Dashcam Sempat Rakam Lelaki Terjun Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 314 hits
Seorang lelaki dipercayai lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang Georgetown Kilometer 2 2 jambatan itu dalam kejadian malam tadi Lelaki berusia 24 tahun itu terdahulu memberhentikan kereta Perodua Bezza yang dipandunya di...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Masih Beraya



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Anwar Announces Over 13 Pay Hike For Govt Servants Largest In History

Kkb By Election Remarks May Cost Pn Support Of Voters

1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

Menyantuni Rumah Terbuka

Hadits Arbain Nawawi 2 Islam Iman Ihsan

Yerba Mate Teh Hijau Banyak Manfaat