Sprm Jangan Ulangi Pelanggaran Sop Soal Siasat Saksi Wanita Ph




SPRM jangan ulangi pelanggaran SOP soal siasat saksi – Wanita PHOleh: Redzuan RF8 MediaJune 06, 2020ShareSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) digesa agar menghentikan kaedah intimidasi dan penyiksaan semasa melakukan siasatan atau mengambil keterangan daripada saksi.Hal itu dibangkitkan oleh Wanita Pakatan Harapan (PH). Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Wanita PH mengingatkan SPRM agar tidak lagi mengulangi imej buruk terpalit dengan kes kematian saksi Teoh Beng Hock pada 11 tahun lalu atau Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat SPRM pada 2011.Kes terbaharu melibatkan pegawai Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, Nurul Hidayah, menurut mereka, tidak sewajarnya menjadi petanda kembali SPRM ke era sebelum Malaysia Baharu.“Adakah kaedah menakut-nakutkan dan menyeksa saksi ketika rakaman keterangan diambil adalah Prosedur Operasi Standard yang baharu diamalkan oleh SPRM di bawah Perikatan Nasional (PN)?“Adakah ini perkara baharu di bawah arahan Kerajaan PN di mana mereka yang telah dipanggil ke pejabat SPRM harus bertahan semasa soal siasat dan penyaksian saksi?” tanya Wanita PH yang diwakili oleh Exco Selangor Rodziah Ismail dari KEADILAN, Senator Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu (AMANAH) dan Chong Eng (DAP).Nurul Hidayah, sebelum ini dalam laporan polisnya berkata, beliau dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM sebagai saksi. Namun sepanjang sesi soal siasal dengan pegawai SPRM lelaki dan wanita, beliau mendakwa mengalami intimidasi, ancaman dan taktik menakutkan dilakukan oleh pegawai yang menyoalnya.Nurul mendakwa dijerit, telefon bimbitnya dilemparkan ke arahnya, dipanggil “babi” dan “bodoh”, juga dipaksa berdiri selama 30 minit di atas satu kaki dengan kedua-dua lengan diangkat semasa menjawab soalan.Para pegawai bergurau bahawa jika beliau letih, boleh beralih berdiri di kaki yang lain. Nurul juga didakwa diancam akan ditampar oleh seorang pegawai yang pada masa itu tangan pegawai tersebut berada hampir pada wajahnya. Kerusi yang didudukinya turut ditendang. Beliau tidak dibenarkan berjumpa peguam yang pada masa itu berada di lobi bangunan SPRMSehubungan itu, Wanita PH mengingatkan SPRM bahawa salah satu cadangan daripada Laporan Suruhanjaya Tun Dzaiddin (untuk IPCMC) hampir sedekad lalu, adalah menyediakan ruang siasatan dengan pengawasan video. Segala wawancara dengan suspek dan saksi hanya boleh dilakukan dalam ruangan tersebut.“Sekiranya amalan seperti itu diterapkan secara komprehensif oleh semua agensi penguatkuasa termasuk SPRM, mungkin kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani dalam premis SPRM dapat dielakkan.“Teknologi ini telah lama wujud, dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Mengapa ada kelewatan dalam menerapkan saranan ini dan sekaligus lambat dalam mewajibkan pelaksanaannya?“Menggunakan teknologi sedemikian akan mendorong peningkatan profesionalisme dalam kalangan pegawai penguatkuasa dan sekaligus membantu melindungi pegawai terhadap sebarang tuduhan penyalahgunaan, kekejaman dan tingkah laku tidak profesional.“Kegagalan bagi memastikan saranan ini dilaksanakan, secara tidak langsung menunjukkan kurangnya keinginan tulen daripada pihak penguatkuasa untuk bersikap terbuka dan telus, malah mungkinkah ada sesuatu yang perlu disembunyikan mengenai kaedah, taktik dan teknik soal siasat ini,” kata mereka lagi.Oleh itu, Wanita PH mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki segera melancarkan siasatan mengenai salah laku dan penyiksaan saksi, malah suspek yang dibawa ke premis SPRM untuk disoal siasat.“Kami juga meminta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, agar berani mengambil tindakan atas laporan polis yang dibuat oleh Nurul Hidayah.“3 bulan di bawah Perikatan Nasional, penyalahgunaan kuasa, penyeksaan dan ancaman secara terang-terangan terus berlaku di SPRM. Soal siasat menggunakan kekerasan yang berlebihan mesti diklasifikasikan sebagai tindakan jenayah dan mereka yang terlibat harus segera diambil tindakan,” ujar mereka.Wanita PH turut menyatakan solidariti kepada Nurul Hidayah dan rakan-rakannya, serta semua yang menjadi mangsa penyiksaan, ancaman serta taktik menakut-nakutkan oleh SPRM.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/sprm-jangan-ulangi-pelanggaran-sop-soal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ph Gesa Ketua Sprm Siasat Tingkah Laku Pegawai Samseng

Wanita Ph Gesa Ketua Sprm Siasat Tingkah Laku Pegawai Samseng

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 606 hits
Wanita Pakatan Harapan mengecam intimidasi yang didakwa dilakukan terhadap saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Siti Nurul Hidayah yang merupakan pembantu Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Dalam satu kenyataan bers...
Audio Tawar Jawatan Politik Sprm Jangan Lengah Siasat Segera

Audio Tawar Jawatan Politik Sprm Jangan Lengah Siasat Segera

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 427 hits
Pendedahan satu rakaman audio semalam didakwa mirip suara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menawarkan jawatan menteri dan syarikat kerajaan kepada ahli parlimen Umno untuk melompat parti wajar disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasua...
Sprm Siasat Kemungkinan Salah Guna Kuasa Dalam Punb

Sprm Siasat Kemungkinan Salah Guna Kuasa Dalam Punb

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 299 hits
MALAYSIAKINISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat bekas pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dalam perolehan syarikat antaranya m...
Jangan Hanya Siasat Ppbm Siasat Juga Shafie Apdal Kata Jeffrey Kitingan

Jangan Hanya Siasat Ppbm Siasat Juga Shafie Apdal Kata Jeffrey Kitingan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 418 hits
Pemimpin pembangkang Sabah Jeffrey Kitingan menggesa pemimpin Pakatan Harapan supaya tidak mengamalkan dwistandard dengan mendesak siasatan dibuat ke atas parti kerajaan di peringkat persekutuan iaitu PPBM Beliau berkata gabungan politik pe...
Kasari Wanita Tindakan Sprm Menjijikkan

Kasari Wanita Tindakan Sprm Menjijikkan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 398 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan dakwaan Pegawai Syed Saddiq Siti Nurul Hidayah sangat serius jika ia benar benar dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malah katanya tindakan SPRM yang...
Jangan Hina Ketua Wanita Amanah

Jangan Hina Ketua Wanita Amanah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 309 hits
Oleh AIMAN ATHIRAH AL JUNDI ULASAN Saya merujuk kepada status Facebook Dr Kamarul Zaman Yusoff pada 25 Mei 2020 yang menyiarkan tulisan beliau dengan tajuk KETUA WANITA AMANAH YANG HIPOKRIT Secara jelas tulisan tersebut ditujukan kepada say...
Sprm Siasat Pendedahan Butiran Sulit Siasatan Ke Atas Taikun Kepada Ahli Politik

Sprm Siasat Pendedahan Butiran Sulit Siasatan Ke Atas Taikun Kepada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 464 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan laporan FMT tentang perhubungan antara menteri dan peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan yang membawa kepada badan anti rasuah itu diarah menarik balik pembekuan ak...
Siasat Antara Menteri Peguam Ph Ke Atas Taikun Hartanah Hidup Sprm

Siasat Antara Menteri Peguam Ph Ke Atas Taikun Hartanah Hidup Sprm

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 370 hits
Bekas peguam negara arahkan SPRM batal pembekuan akaun milik bos hartanah selepas diminta Guan EngSPRM diarahkan menarik balik pembekuan akaun bank milik taikun walaupun hanya 12 daripada dana 1MDB yang diterimanya dipulangkan FMTNwews 1MDB...
Jangan Cat Kereta Warna Pink Netizen Kongsi Tips Elak Dirompak Khas Untuk Wanita

Jangan Cat Kereta Warna Pink Netizen Kongsi Tips Elak Dirompak Khas Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 488 hits
Penjenayah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan kerja mereka terutama ketika mangsa leka Betapa banyak video video detik rompakan ragut dan sebagainya yang berlaku dalam sekelip mata Justeru kita perlu maju selangkah ke hadapa...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 6 Ogos

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Tak Ada Rezeki Nak Makan Karipap Segamat Legend Viral


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiah Birthday Cermin Mata

Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

Pok Park Kanto Pok Mon Theme Park To Open In 2026

Jenis Anak Lelaki Yang Menyusahkan Ibunya

Learning From Failed Startups

Petua Kurangkan Batuk