Sprm Indah Khabar Dari Rupa Ibrahim
SPRM indah khabar dari rupa – Ibrahim
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sendiri tiga pegawainya yang ditahan kerana terlibat dalam perbuatan salahguna kuasa, penyelewengan serta pemalsuan wang yang merupakan barang kes milik kerajaan amat mengejutkan.
Perbuatan itu umpama ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ dan kenyataan daripada SPRM sebelum ini mengenai membanteras rasuah ibarat indah khabar dari rupa.
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, jika ada permasalahan dari segi integriti dalam kalangan pegawai, bagaimana rakyat boleh mempercayai siasatan atau kaedah SPRM menyelesaikan rasuah dan salah guna kuasa dalam negara.
Soal beliau, adakah SPRM yang kredibilitinya semakin terhakis berada di tangan yang selamat, pemimpin bersih dan bermoral?
Katanya, wang berjumlah AS$6 juta yang dipercayai milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul itu dirampas apabila SPRM telah menggeledah sebuah unit kondominium di Cyberjaya pada Ogos 2018.
“Sekiranya benar SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi pegawainya yang terlibat jenayah, mengapa Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Datuk Seri Azam Baki tidak mendedahkan kepada media apabila mengetahui penglibatan pegawainya dalam perbuatan itu?
“Malah, tindakannya boleh menimbulkan persepsi buruk dan pelbagai spekulasi terhadap Azam seolah menyembunyikan serta melindungi perbuatan tiga pegawainya itu daripada pengetahuan umum.
“Ini menimbulkan imej tidak baik kepada SPRM dalam menjaga integriti organisasi ini yang bukan sahaja mesti telus, tapi sentiasa dilihat bersih sebagai badan pencegah kepada amalan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.
Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu.
Menurut Dr. Ibrahim, antara persoalan yang perlu segera dijawab oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu ialah kenapa kes pemalsuan wang terbabit disiasat oleh agensi itu sendiri.
Katanya, siasatan itu dilakukan di bawah akta, sedangkan SPRM tidak ada sebarang kuasa untuk menyiasat kes pemalsuan wang.
“Ini satu dakwaan serius yang perlu dijawab oleh SPRM, bukan sekadar sahkan tangkapan yang dilakukan dengan mengeluarkan kenyataan media ibarat sekadar melepaskan batok di tangga agar boleh mengaburi mata rakyat jika tidak dibuat secara telus.
“SPRM, sebuah agensi yang disanjung tinggi pada satu ketika dulu, kini kredibiliti, ketelusan serta pucuk kepimpinannya menjadi tanda soal. Siapa lagi boleh percaya kalau SPRM sendiri dituduh menyembunyikan perkara sedemikian?
“Padahal umum tahu semua kes yang disiasat SPRM walau sekecil mana pun akan didedahkan kepada masyarakat tetapi apabila melibatkan pegawai sendiri kenapa SPRM seolah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri,” ujar beliau.
Kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) itu, kes berkenaan bukan yang pertama melibatkan kelemahan dan kelalaian kepimpinan SPRM di semua peringkat.
Tegas beliau, pada Oktober tahun lalu, suspek utama kes Macau Scam berjaya memboloskan diri kononnya dengan cara memanjat pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
“Azam perlu bertanggungjawab penuh terhadap kejadian ini dan masyarakat wajar mengetahui perkara sebenar bagi mengelak tuduhan pihak tertentu bahawa ada tali barut dalam SPRM yang bersekongkol untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada umum.
“Dua peristiwa buruk yang berlaku dalam SPRM menuntut agar agensi itu perlu segera dirombak dan disiasat sehingga ke akar umbi dengan melantik serta menentukan warga kerja semua peringkat benar-benar bersih dan berintegriti.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga perlu mengambil tindakan segera membersihkan SPRM supaya yang patut menangkap pencuri, perasuah dan salah guna kuasa tidak dimomok oleh masyarakat macam mana pencuri nak tangkap pencuri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia, Nasrul Alu Hasan Abdul Latif membuat laporan polis berhubung isu salah guna kuasa, penyelewengan dan pemalsuan barang bukti kes melibatkan tiga pegawai SPRM.
Laporan dibuat di Balai Polis Putra, Jalan Datuk Haji Eusoff pagi ini.
Menurut beliau, laporan itu dibuat supaya kes berkenaan tidak berlalu begitu saja demi keluhuran undang-undang dan kepentingan negara. MG
SPRM indah khabar dari rupa – Ibrahim
Baca Artikel Menarik :
Gimik Peja pulangkan gaji penasihat khas PM tak menjadi, skandal tanah pula diungkit
LGBT digantung di Malaysia, dakwa pelarian Malaysia
Sajat ditahan imigresen Thailand, bersembunyi di Bangkok
Resepi gulai kambing bawang goreng Penang
Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?
Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta?
Frontliners bantu pesakit ucap syahadah (Video)
Tak Mandi Situ Tapi Sungai Hulu Yam Baharu Tempat Buang Makhluk Halus?
‘Road to’ buka sempadan negeri
Nazri puji Nurul Izzah, sifatkan Syed Saddiq gagal
Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib
The post SPRM indah khabar dari rupa – Ibrahim appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/21/sprm-indah-khabar-dari-rupa-ibrahim/