Sprm Bongkar Satu Lagi Skandal Air


Minda Rakyat  

KUALA LUMPUR: Selepas skandal rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dibongkar SPRM beberapa tahun lalu, satu lagi badan pengurusan air di negara ini turut dicemari skandal serupa yang membabitkan pegawai pembuat keputusan badan itu.

Difahamkan, empat pegawai kanan termasuk seorang berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) disyaki bersekongkol dengan beberapa pemilik syarikat untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang.

BH difahamkan, kegiatan pegawai kanan itu sudah berlangsung sejak 2014 lagi dan sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini, projek-projek yang dikeluarkan badan negeri itu dimonopoli dan dikawal oleh seorang kontraktor.

Sumber berkata, projek itu dimonopoli oleh lapan buah syarikat namun syarikat itu disyaki dikawal oleh kontraktor berkenaan yang turut dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pegawai kanan termasuk CEO berkenaan.

Kata sumber, keseluruhan projek itu mencecah jutaan ringgit tetapi projek yang diketahui dan sedang disiasat oleh SPRM dianggarkan bernilai RM23 juta.

“Modus operandi sindiket ini ialah memberi tumpuan kepada kerja-kerja dibawah RM50,000 saja dan kesemuanya dikesan dibolot oleh lapan syarikat terbabit.

“Siasatan awal mendapati kesemua kerja-kerja ini diberikan secara runding terus dan jika terdapat bagi projek kos melebihi RM50,000 pula akan dilaksanakan secara pecah kecil serta dibahagikan kepada dua fasa atau tiga fasa.

“Ini bertujuan mengelakkan berlakunya proses sebut harga yang sememangnya menyalahi peraturan kewangan yang ditetapkan jika ja diteruskan secara rundingan terus,” katanya.

Sumber menjelaskan, siasatan mendapati CEO terbabit juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana syarikat untuk melaksanakan projek bagi kerja-kerja yang tidak melebihi RM3 juta.

“Situasi ini dikesan membolehkan beliau menyalahgunakan kuasa untuk menentukan syarikat kroni bagi memperoleh tender terbabit.

“Hampir kesemua syarikat itu dikesan didaftarkan di Pahang dan hanya satu didaftar di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, BH dimaklumkan empat pegawai kanan itu sudah ditahan SPRM bagi membantu siasatan pada petang semalam di Kuantan, Pahang.

Kesemua mereka berusia antara 40 hingga 59 tahun manakala lapan lagi kontraktor termasuk seorang wanita dipanggil untuk membantu siasatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Bin Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tapi enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, beliau berkata CEO dan tiga pegawai kanan perbadanan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuantan, Pahang hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

BH turut mendapat maklumat, Laporan Ketua Audit Negara 2017 yang menyatakan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kerugian tiga tahun berturut-turut iaitu RM114.55 juta sehingga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2015, RM108.22 juta (31 Mac 2016) dan 103 juta (31 Mac 2017).

Hal itu terus berlaku disebabkan pengurusan bekalan air diuruskan dengan kurang cekap, pengurusan tadbir urus PAIP juga di sifatkan kurang cekap dan kurang memuaskan.

Selain itu prestasi kewangan PAIP dilihat kurang stabil, peningkatan kos mendadak sehingga PAIP mencatatkan kerugian secara berturutan setiap tahun.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/sprm-bongkar-satu-lagi-skandal-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 439 hits
Isteri kerja dekat dengan saya Satu hari saya hantar makanan padanya Sewaktu jumpa saya lihat isteri sedang makan sesuatu dengan kawan kawannya Hilang selera makan saya Hati rasa sedih Maafkan abang sebab tak mampu membahagiakan sayang Saya...
Kadar Tarif Air Dinaikkan Satu Bebanan

Kadar Tarif Air Dinaikkan Satu Bebanan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 319 hits
HARI ini rakyat akan berasa tidak berpuas hati jika berkaitan kenaikan barang mahupun perkhidmatan yang diumumkan oleh Kerajaan Ini bukan diharapkan oleh rakyat apabila kenyataan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli untuk menaikkan kadar tarif...
Insiden Spygate Bielsa Adakah Ia Satu Skandal Ataupun Manifestasi Dedikasi

Insiden Spygate Bielsa Adakah Ia Satu Skandal Ataupun Manifestasi Dedikasi

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 180 hits
Di England ketika ini sedang heboh dengan insiden spygate oleh Marcelo Bielsa dan pasukan kejurulatihan mereka Bagaimana segalanya bermula Spy gate merujuk kepada mata mata yang diarahkan untuk memantau dan mengintip latihan pasukan lawan P...
Kenaikan Tarif Air Bakal Dilaksanakan Tahun Ini

Kenaikan Tarif Air Bakal Dilaksanakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 262 hits
nbsp nbsp foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan itu kata Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakum...
Mengalir Air Mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isteri Kata Kereta Rosak

Mengalir Air Mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isteri Kata Kereta Rosak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 289 hits
Dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan masa Tuh Memang Betul2 Aku saspen Aku pun benti le tetiba bro saya nak mintak maaf sesangat dengan bro Apsal Rupanya Mengalir Air mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Ist...
Rock Kapak Industri Muzik Tanah Air Dalam Kekangan Ekonomi

Rock Kapak Industri Muzik Tanah Air Dalam Kekangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 2664 hits
Era gemilang rock dilalui sekitar 80an dan 90an Ia kini kian pudar ditelan waktu HALAMAN HIBURANoleh Vocalist and bassist of rock group XPDCJanuari 08 2019 20 13 MYTEra muzik rock kapak yang dirindui DUNIA hiburan hari ini memperlihatkan ke...
Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

Isu Kenaikan Tarif Air Kerajaan Ph Tidak Bertimbang Rasa Terhadap Rakyat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 261 hits
GEORGETOWN Pengumuman kenaikan tarif air di Pulau Pinang yang bakal dilaksanakan nanti membuktikan kerajaan negeri tidak mengambil peduli dengan bebanan yang ditanggung rakyat pada masa ini Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Norhiesam Ismail be...
Harga Bagasi Lion Air Capai Rp 930 000 Untuk Penerbangan 3 Jam

Harga Bagasi Lion Air Capai Rp 930 000 Untuk Penerbangan 3 Jam

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 226 hits
Dari foto daftar bagasi Lion Air yang beredar di media sosial terpampang harga untuk bagasi 5 Kg sebesar Rp 155 000 10 Kg bagasi harganya Rp 310 000 15 Kg harganya Rp 465 000 20 Kg harganya Rp 620 000 25 Kg Rp 755 000 Kg dan 30 Kg bagasi ha...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja