Rock Kapak Industri Muzik Tanah Air Dalam Kekangan Ekonomi




Era gemilang rock dilalui sekitar 80an dan 90an. Ia kini kian pudar ditelan waktu. 
HALAMAN HIBURAN

oleh Zua XPDCVocalist and bassist of rock group XPDC
Januari 08, 2019 20:13 MYT
Era muzik rock kapak yang dirindui.

DUNIA hiburan hari ini memperlihatkan kepelbagaian genre dengan percambahan barisan artis baharu tampil seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Dari satu sisi, ia bagus untuk industri muzik tanah air dalam suasana kekangan ekonomi yang menyaksikan artis dan syarikat rakaman yang kian bergelut untuk mengeluarkan atau menjual produk mereka.

Tidak seperti di era 80an dan 90an dahulu, dunia kini penuh kecanggihan yang membolehkan peminat mendapatkan produk atau info tentang artis hiburan dengan mudah.

Zaman berubah, era genre muzik tertentu juga berubah, itu hakikat yang perlu diterima oleh semua artis dalam dunia industri. Sebagai artis yang membawa genre muzik rock berentak heavy metal, era rock kapak adalah zaman kegemilangan kami iaitu era 80an dan 90an yang bertapak di Malaysia.
Kumpulan XPDC misalnya lahir di era lewat 80an dan merakamkan album pertama pada 1990. Waktu itu selaku pemain bass, saya masih ingat bagaimana album pertama “Darjah Satu” itu meletup di pasaran ketika banyak lagi kumpulan rock yang lain mendapat tempat.

Ia seakan rezeki yang di luar jangkaan buat kami ketika itu. Menerusi lagu C.I.N.T.A kumpulan kami mula meniti di bibir peminat di Malaysia. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan rock lain yang lebih awal mencipta nama seperti Search, Wings dan lain-lain.

Kemeriahan rock kapak itu berterusan hinggalah ke penghujung 90an. Peminat ketika itu sangat menghargai muzik rock. Konsert di mana sahaja pasti mereka akan datang memenuhi ruang.

Peminat dahulu lebih menghargai setiap artis kerana mungkin untuk berhibur dan mendapatkan sesuatu bentuk hiburan itu bukanlah mudah.

Malah untuk menjadi artis juga tidak semudah sekarang. Hanya yang benar-benar berkualiti dan bermutu sahaja yang mampu melonjakkan namanya.

Jadi yang sampai ke halwa telinga para peminat semuanya berkualiti baik dari segi kekuatan vokal artis sehinggalah kepada susunan muzik.

Namun suasana itu kini tidak lagi semeriah dahulu. Muzik rock kini mungkin sedikit terpinggir namun masih ada sebenarnya yang kekal dalam arena perjuangan ini.

Masih ada yang datang memenuhi ruang apabila kami adakan persembahan, cumanya mungkin tidak seramai dan semeriah dahulu. Walau apapun kami tidak pernah salahkan artis baharu, jauh sekali peminat muzik. Itu hak mereka dan soal rezeki masing-masing.

Zua ialah pemain bass kumpulan XPDC yang kini masih bergiat aktif dalam arena muzik rock tempatan. Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.


Selepas ini..E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/rock-kapak-industri-muzik-tanah-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintah Diminta Tiru Negara Ini Kembangkan Mobil Listrik Di Tanah Air

Pemerintah Diminta Tiru Negara Ini Kembangkan Mobil Listrik Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 286 hits
Direktur Utama PT Len Industri Zakky Gamal Yasin mengatakan pemerintah tidak hanya fokus pada pengembangan mobil listrik melainkan juga pengembangan industrinya secara keseluruhan Menurutnya cara bekerja sama atau meniru dari negara negara ...
Menteri Kewangan Sibuk Bergaduh Ekonomi Negara Jatuh Seperti Air Hujan

Menteri Kewangan Sibuk Bergaduh Ekonomi Negara Jatuh Seperti Air Hujan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 587 hits
Agak merisaukan sebenarnya bila saya membaca setiap hari ada agensi dan bank luar negara menurunkan penarafan dan unjuran ekonomi kita Minggu lepas Guan Eng marah apabila media utama Jepun Nikkei mengeluarkan laporan yang sangat negatif ten...
Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli

Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 425 hits
Tarif Air Dijangka Naik Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bek...
Scenario Politik Tanah Air

Scenario Politik Tanah Air

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 378 hits
Secawan Espresso HASSAN TSABITT II05 01 2019Tahun berubah Kerajaan pun sudah berubah namun sikap tidak berubah Tahun 2018 bukan sahaja catatan duka UmnoBN malah menjangkiti seluruh negara PH kerajaan serba tidak terurus Mahu tidak mahu meng...
Inaca Maskapai Penerbangan Tanah Air Sedang Tidak Baik

Inaca Maskapai Penerbangan Tanah Air Sedang Tidak Baik

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 424 hits
Ketua Umum Indonesia National Air Carriers Association I Gusti Ngurah Askhara Danadiputra mengatakan kondisi maskapai maskapai di tanah air saat ini sedang tidak baik Maskapai umumnya sedang diterpa masalah keuangan terutama sejak terjadiny...
Resepi Perut Air Asam

Resepi Perut Air Asam

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 540 hits
RESEPI PERUT AIR ASAMBAHAN BAHANPerut SapiCili ApiBelacan GorengAir Asam JawaBawang MerahTomatoGaram dan PerasaLimau NipisCARA CARA MEMBUATNYA1 Rebus perut sampai empuk tinggal kan sikit air rebusan2 Cili api dan belacan goreng sekejap blen...
Ternyata Paip Ini Mengeluarkan Air Batu

Ternyata Paip Ini Mengeluarkan Air Batu

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 536 hits
Di musim sejuk sepertinya orang dalam video ini tidak boleh menyiram tanaman Air paip kebiasaannya mengeluarkan air tetapi Yang menjadi peliknya mengeluarkan ais berbenttuk ciub Jom saksikan video berikut
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pasti Menang Ibc Tours Imbas Menang Rm1 Juta Di Matta Fair 2025

Bapa Penyayang Fattah Amin Kongsi Momen Sweet Bawa Anak Tunggal Ke Disneyland

Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air