Sprm Ada Bukti Zahid Hamidi Rasuah Pemilihan Presiden Umno Rm150 000


Zahid didakwa sogok RM150,000




Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai asas untuk mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana terbabit dalam politik wang.

Sumber memberitahu NST, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan didakwa mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kerana memberi atau menerima suapan oleh ejen.

Menurut sumber, Ahmad Zahid boleh disiasat kerana beliau didakwa menyogok wang tunai ketika pemilihan UMNO, Julai lalu, yang menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu memenangi jawatan presiden mengalahkan dua pesaingnya, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin.

NST turut difahamkan, ‘bukti’ yang sepatutnya diserahkan kepada SPRM berkaitan kes itu membabitkan wang ‘bertukar tangan’ dalam kalangan pemimpin UMNO di Sabah.

Difahamkan, ia membabitkan sejumlah wang RM150,000.

Terima laporan

SPRM mengesahkan ada menerima laporan pada Jumaat lalu, bahawa Ahmad Zahid terbabit dengan amalan rasuah dalam usahanya untuk memenangi jawatan nombor satu dalam parti keramat orang Melayu itu.

Bagi ‘pihak’ yang mengetahui kes itu, mereka mendakwa Ahmad Zahid adalah individu yang dianggap ‘sumber kewangan’ apabila beliau menyalurkan wang berkenaan di Sabah, sambil menegaskan ia bukan lagi hal dalaman parti, tetapi melampaui batas undang-undang kerana berunsurkan jenayah.

Usaha NST mendapatkan Ahmad Zahid bagi menjelaskan dakwaan itu bagaimanapun gagal.

Pada perkembangan sama, Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa memberitahu NSTP, mereka menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, setakat ini, Lembaga Disiplin parti belum menerima laporan berhubung dakwaan yang dibuat terhadap Presidennya.

Siasatan dalaman

Beliau berkata, Lembaga Disiplin UMNO juga terbuka menjalankan siasatan dalaman berhubung tuduhan itu, sambil menambah tanpa laporan kepada lembaga, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, siasatan dalaman mesti dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan tatatertib boleh dipertimbangkan terhadap Ahmad Zahid kerana dakwaan salah laku.

Mengulas lanjut dakwaan salah laku Presiden UMNO itu, Annuar berkata, kes beli undi berkenaan berbeza berbanding yang berlaku sebelum ini dalam kalangan pemimpin UMNO, termasuk kes Tan Sri Isa Samad, yang pernah digantung akibat terbabit dalam politik wang ketika pemilihan parti pada 2004.

“Ia tidak sama. Kes Isa adalah hasil penemuan dalaman,” katanya.

Pada 24 Jun 2005, Lembaga Disiplin UMNO mendapati Isa bersalah membeli undi menggunakan ejen dalam pemilihan parti pada tahun sebelumnya.

‘Hasilnya’, Isa memenangi Naib Presiden UMNO pada 2004 dengan undi tertinggi diikuti oleh Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isa digantung jawatan

Sehubungan itu, Lembaga Disiplin itu memutuskan untuk menggantung Isa daripada semua jawatan parti, termasuk naib presiden parti dan sebagai Ketua UMNO Teluk Kemang selama enam tahun.

Tempoh penggantungan itu akhirnya dikurangkan kepada tiga tahun oleh Majlis Tertinggi, berikutan rayuan Isa dan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada parti.

Penggantungannya daripada UMNO juga memaksa beliau melepaskan jawatan Kabinetnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Siasatan dalam parti terhadap Isa ketika itu membabitkan 20 saksi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2018/12/sprm-ada-bukti-zahid-hamidi-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhir Presiden Umno Zahid Hamidi Mengalah Dan Ini Yang Beliau Lakukan

Akhir Presiden Umno Zahid Hamidi Mengalah Dan Ini Yang Beliau Lakukan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 306 hits
Akhir Presiden UMNO Zahid Hamidi Mengalah Dan Ini Yang Beliau LakukanAkhir Presiden UMNO Zahid Hamidi Mengalah Dan Ini Yang Beliau Lakukan
Dakwaan Zahid Sogok Pemilihan Umno Dilapor Ke Sprm

Dakwaan Zahid Sogok Pemilihan Umno Dilapor Ke Sprm

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 337 hits
Diterbitkan 16 Dis 2018 8 02 malam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu Julai lepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya S...
Lantik Najib Jadi Ketua Pembangkang Sementara Zahid Bercuti Dari Jawatan Presiden Umno Lokman

Lantik Najib Jadi Ketua Pembangkang Sementara Zahid Bercuti Dari Jawatan Presiden Umno Lokman

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 430 hits
Lantik Najib jadi ketua pembangkang sementara Zahid bercuti dari jawatan Presiden UMNO LokmanPresiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan akan mengambil alih tugas tugasnya berkuatkuasa serta mer...
Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 359 hits
PETALING JAYA Tiada jaminan ahli Parlimen Umno akan kekal bersama parti itu walaupun selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian ...
Komplit Singkir Zahid Presiden Umno

Komplit Singkir Zahid Presiden Umno

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 352 hits
Beberapa pimpinan Umno termasuk anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menafikan mereka terlibat dalam usaha menyingkirkan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi Saya tak tahu apa apa kalau ada sebarang usaha tidak melibatkan saya Saya ta...
Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

Umno Dalam Proses Desak Zahid Letak Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 511 hits
JELAPANG hendak bertanyakan kepada kawan kawan Umno Benarkah satu gerakan sedang diadakan di bahagian bahagian Umno untuk mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno
Umno Kini Berpecah Kepada Lima Golongan Zahid Hamidi

Umno Kini Berpecah Kepada Lima Golongan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 356 hits
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui partinya kini berpecah kepada lima golongan selepas kehilangan kuasa pada PRU14 lalu Lima golongan ini pertamanya orang orang Umno yang mahu kekal Umno sebagai sebuah parti katanya menjelaskan go...
Sprm Sahkan Terima Laporan Rasuah Terhadap Zahid

Sprm Sahkan Terima Laporan Rasuah Terhadap Zahid

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu Julai lepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk S...
Ahli Umno Jangan Panik Zahid Hamidi Politik Utusan Online

Ahli Umno Jangan Panik Zahid Hamidi Politik Utusan Online

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 346 hits
Ahli UMNO jangan panik Zahid Hamidi Politik Utusan Online Ahli UMNO jangan panik Zahid Hamidi14 Disember 2018 4 47 PM Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar di Menara D...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini