Spr Tentukan Status Prk Dun Bugaya Speaker Dun Sabah


Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah Datuk Kadzim M Yahya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan status Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Bugaya selepas darurat ditamatkan.


Beliau berkata pihaknya sebelum ini sudah membuat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun berkenaan susulan kematian penyandangnya Allahyarhamah Datin Manis Muka Mohd Darah pada 17 November tahun lalu kerana sakit buah pinggang.

"SPR telah menetapkan tarikh PRK, namun dibatalkan dan ditangguhkan kerana pengisytiharan darurat di kawasan itu sehingga suatu masa dianggap sesuai (untuk diadakan pilihan raya). Ini terserah kepada SPR dan yang menentukan bila (pilihan raya) hanya SPR," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Pada November tahun lalu, SPR menetapkan PRK Dun Bugaya dan Parlimen Gerik di Perak diadakan serentak pada 16 Januari tahun ini, namun terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan selari dengan Proklamasi Darurat di kawasan itu bagi mengekang penularan Covid-19.

Pada 16 Disember, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua PRK itu.

Dalam kenyataan itu, perdana menteri berkata Seri Paduka bertitah demikian selepas memperhalusi penjelasan beliau yang menyembah maklum nasihat jemaah menteri berhubung perkara itu.

Datuk Kadzim M Yahya menyerahkan kepada SPR untuk menentukan status PRK bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya. Pada 12 Januari pula, Seri Paduka memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di Malaysia.

Mengulas lanjut, Kadzim berkata, beliau belum pasti sama ada tempoh pengisytiharan darurat bagi kawasan Bugaya itu tamat pada 1 Ogos atau sebaliknya memandangkan ia merupakan pengisytiharan yang berasingan.

"Saya tidak tahu sama ada ia terikat dengan pengisytiharan darurat seluruh negara (atau tidak) kerana jika diikutkan pengisytiharan (darurat Dun Bugaya) adalah sendirian bersama dengan (Parlimen) Gerik.

"Tetapi, kalau terikat (dengan pengisytiharan darurat seluruh negara) bermakna ia tamat pada 1 Ogos. Jika tidak terikat bermakna masih darurat. SPR kena tentukan sama ada (kawasan Dun Bugaya) masih dalam darurat atau tidak," katanya.

Dalam pada itu, Kadzim berkata mengikut perlembagaan, terdapat keperluan mengadakan PRK bagi Dun Bugaya memandangkan kerusi tersebut baru sahaja kosong dan belum sampai tempoh tiga tahun.

"(Sekiranya) tempoh sudah tiga tahun (kerusi Dun Bugaya) baru kosong, mengikut perlembagaan tidak perlu PRK tapi ini (Dun Bugaya) masih setahun. Jadi keperluan untuk mengadaan PRK masih terikat, kita mesti adakan juga tidak boleh elak.

"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada nasihat dan pandangan pihak kesihatan (Kementerian Kesihatan) sama ada selamat, sesuai (atau tidak) untuk mengadakan PRK sekarang. Itu terserah dengan keputusan kementerian yang berkuasa dan terserah kepada SPR untuk mengadakan perbincangan," katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 September tahun lalu, Manis Muka yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah berjaya mempertahankan kerusi Dun Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas memperoleh 8,557 undi.

Manis muka yang bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1985, menewaskan enam pencabar lain termasuk calon Perikatan Nasional Mohd Daud Tampokong yang hanya memperoleh 2,552 undi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/spr-tentukan-status-prk-dun-bugaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Tiada Prk Untuk Dun Melor Di Kelantan

Spr Tiada Prk Untuk Dun Melor Di Kelantan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 104 hits
MALAYAIAKINI Tiada pilihan raya kecil yang akan diadakan untuk mengisi kerusi DUN Melor di Ketereh Kelantan yang kini kosong selepas penyandangnya Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia pada 30 April Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Ikmalrud...
Jika Ingin Memesan Makanan Secara Dalam Talian Tentukan Dahulu Tahap Kebersihan Status Halal

Jika Ingin Memesan Makanan Secara Dalam Talian Tentukan Dahulu Tahap Kebersihan Status Halal

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 290 hits
Oleh Prof Madya Dr Nik Rosmawati Nik Husain Dr Aspalilah Alias Pandemik COVID 19 telah mengakibatkan kehilangan nyawa manusia yang besar di seluruh dunia Dalam tempoh setahun setengah lebih 181 juta manusia dijangkiti COVID 19 dan hampir 4 ...
Dun Sabah Adun Petugas Wajib Kemukakan Ujian Calitan 3 Hari Sebelum Bersidang

Dun Sabah Adun Petugas Wajib Kemukakan Ujian Calitan 3 Hari Sebelum Bersidang

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 308 hits
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan para petugas wajib mengemukakan keputusan ujian calitan COVID 19 3 hari sebelum DUN Sabah bersidang KOTA KINABALU Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan para petugas wajib mengemukakan keputusan ujian cali...
Anwar Jahil Perlembagaan Speaker Tiada Kuasa Tentukan Majoriti Pm

Anwar Jahil Perlembagaan Speaker Tiada Kuasa Tentukan Majoriti Pm

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 247 hits
Anwar jahil perlembagaan speaker tiada kuasa tentukan majoriti PM Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju menyanggah kritikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terhadap speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun apabila mengatakannya ti...
19 Bayi Antara 1 166 Kes Covid 19 Baharu Di Sabah

19 Bayi Antara 1 166 Kes Covid 19 Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 281 hits
Masidi berkata secara keseluruhan 89 kanak kanak dijangkiti COVID 19 termasuk 19 bayi berusia bawah setahun Gambar hiasan KOTA KINABALU Sabah mencatatkan pertambahan 1 166 kes COVID 19 baharu hari ini termasuk 19 bayi berusia bawah setahun ...
Sabah Bakal Mendapatkan Ketua Polis Baru

Sabah Bakal Mendapatkan Ketua Polis Baru

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 253 hits
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali adalah antara 64 pegawai kanan polis yang terlibat dalam pemindahan yang akan berkuatkuasa pada 6 September Kuala Lumpur Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali bakal berpindah ke Bukit aman...
Polis Sabah Kesan 4 Individu Bawa Plakad Lawan Depan Ppns

Polis Sabah Kesan 4 Individu Bawa Plakad Lawan Depan Ppns

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 246 hits
Polis Kesan Empat Individu Bawa Plakad Lawan Depan PPNS KOTA KINABALU Polis sedang mengesan empat individu yang dipercayai menyertai perhimpunan Keluar dan Lawan pada Sabtu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata e...
Sabah Rekod 1 166 Kes Baharu Covid 19

Sabah Rekod 1 166 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 260 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah kekal merekodkan kes COVID 19 baharu melebihi paras 1 000 sejak 30 Julai lepas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes...
Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 256 hits
Pukulan berbeza Inan inan saling menghibur di pusat vaksinasi orang tua meninsini moginggat sementara menunggu vaksinasi mereka KUALA LUMPUR Program vaksinasi di Sabah dilihat berada pada landasan yang tepat walaupun masih di tangga terenda...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025